KELEBIHAN BERISTIGHFAR- ringankan mulutnya menyebutnya.

K I S A H K E L E B I H A N
I S T I G H F A R

Ketika Imam Hambali bermusafir ke Iraq, beliau telah singgah di masjid dan selepas solat beliau ingin berehat dan tidur di satu sudut di dalam masjid. Oleh kerana penduduk di situ tidak mengenalinya, Imam Hambali telah dihalau lalu beliau tidur di bahagian luar masjid. Beliau dihalau lagi sehinggalah beliau tidur di tepi jalan.

Seorang lelaki telah melihat dan menjemput Imam Hambali untuk tidur di rumahnya. Rumah yang agak kecil tapi selesa. Imam Hambali melihat lelaki ini berniaga. Sepanjang dia menjaga kedainya itu, lelaki ini sentiasa beristighfar.

Imam Hambali bertanya, “Sudah berapa lama engkau beristighfar?” Lelaki itu menjawab, “Sejak aku mula berniaga.”

Imam Hambali bertanya lagi, “Sudah berapa lama engkau berniaga?” Dia menjawab, “Hampir 30 tahun.”

Imam Hambali bertanya, “Dah 30 tahun kau beristighfar, apa yang kau dapat?” “Allah telah memberi semua yang aku inginkan kecuali satu,” jawabnya.

“Apakah 1 permintaanmu yang belum Allah tunaikan?” Jawab lelaki tersebut, “Aku ingin berjumpa dengan Imam Hambali.”

Allah berfirman dalam Al-Quran,

“Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”

Surah Al-Anfal 8:33

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu,”

Surah Hud 11:3

@islamitu_indah

JUS ASMAK GOLD

Tekak perit akibat batuk? Nak cakap pun tak ada suara, gatal2 tekak plak tu.
.
Dengan sesudu #Jus Asmak Gold In syaa Allah #batuk_kurang, #tekak_selesa dan kalau ada selesema pon selesema #cepat_baik.
.
Selain membantu melegakan sakit tekak & batuk, Jus Asmak Gold, #Jus_lemon yang banyak khasiatnya mengandungi 11 herba terpilih membantu untuk :
.
👍 Asma
👍 Kahak
👍 Selesema
👍 Senggugut
👍 Menguatkan ketahanan badan
👍 Menjadikan anda lebih sihat dan cergas
👍 Mengurangkan kolestrol
👍 Mengawal gula dalam darah
.
Jus Asmak Gold alternatif penyembuhan dalaman & pelengkap kpd minyak herba asmak sbg sapuan luaran.
.
Jus Asmak Gold & minyak herba asmak
wajib ada di setiap rumah.
.
Tak rugi usahakan yang terbaik untuk keluarga tersayang kan? Anak2 pon suka dgn rasa jus ala oren nii.
.
KELUARGA SIHAT, KECERIAAN BERGANDA.
.
Jom Sihat & Ceria!

0192304433 Anita

RESDUNG ATAU JERAWAT- Asmak Herbs boleh membantu

Beza antara jerawat dan resdung!

Adakah kita betul2 kenal antara jerawat dan resdung? Ramai yang anggap jerawat di muka adalah jerawat yang biasa.

Saya juga akan terangkan kepada anda perbezaan antara jerawat dan resdung agar kita lebih peka terhadap masalah jerawat sebenar yang mungkin melanda diri anda, keluarga anda ataupun rakan-rakan anda. Seperti yang anda sedia maklum, jerawat dikategorikan sebagai penyakit kronik yang dihidapi oleh hampir 80% individu di negara kita.

🌸Jerawat (Acne):

📌Sejenis penyakit kulit yang kronik.
📌Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
📌Terjadi di dalam lapisan kulit.
📌Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
📌Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛

🌸Resdung (Sinusitis):

📌Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
📌Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
📌Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
📌Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
📌Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
📌Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.

Saya harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung.

Yang ada masalah resdung yang kronik boleh mencuba Asmak Herbs Kapsul Penawar Resdung yang terbukti berkesan!

#AnakSihatHatiTenang #AsmakHerbs

ISRAK DAN MIKRAJ- kronologinya.

Kronologi Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Copy n paste

MINYAK HERBA ASMAK

Apa itu Minyak Herba Asmak 🤔🤔
.
Minyak Herba Asmak adalah produk keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd. Minyak ini digunakan sebagai rawatan alternatif untuk melegakan masalah berkaitan pernafasan seperti selsema, batuk dan semput.
.
APA YANG MENARIKNYA GUNA MINYAK HERBA ASMAK NI.
.
1. RAWATAN ALTERNATIF UNTUK IBU-IBU MODEN : Jika anak-anak batuk, selsema, ibu2 dah tak perlu bersusah payah buat rawatan bawang putih lagi. Hanya TITIS, SAPU DAN GOSOK sahaja #MINYAKHERBAASMAK. Jimat masa dan mudah dibawa travel. Didatangkan dengan 3 saiz. Jadi boleh simpan 1 dirumah, 1 dikereta dan 1 dibeg. 😊
.
2. MINYAK PELBAGAI GUNA : Selain masalah selsema,batuk dan semput, minyak ni juga boleh digunakan sebagai Minyak Telon untuk melegakan kembung bayi, menggantikan minyak gamat untuk menyembuhkan luka, melegakan gigitan serangga, lenguh2 sendi dan pelbagai lagi. 1 MINYAK PELBAGAI FUNGSI. MUDAH, JIMAT, BERKESAN.
.
3. RAMUAN BERKUALITI : Bahan2 utama di dalam Minyak Herba Asmak terdiri dari HABATUSSAUDA, GAMAT EMAS, MINYAK KELAPA DARA DAN MINYAK ZAITUN. Semuanya ada fungsi yang best dan hebat. Terbaik.
.
4. MUDAH DIGUNAKAN : Hanya TITIS, SAPU dan GOSOK di dada, belakang, tapak kaki dan labu betis. Cara guna yang lengkap akan diberikan oleh pengedar selepas pembelian dibuat.
.
5. RIBUAN TESTIMONI : Setiap hari, kita mendapat testimoni2 dari pelanggan yang berpuas hati. Kebanyakan agen2 juga datang dari pelanggan yang berpuas hati.
.
6. SELAMAT DIGUNAKAN : Minyak Herba Asmak ada kelulusan MAL dari KKM. Bahan2nya selamat digunakan dari bayi hingga warga emas.
.
Macam mana nak order??
.
Klik wasap.my/60192304433/herbaasmak

10ml = RM19
30ml = RM39
50ml = RM55

LALAI

Tajuk kuliah dari Ustaz Pahrol Mat Juoi di dalam radio IKIM.

Mengupas bab LALAI

1. Kurang membaca Al Quran

2. Kurang berzikir

3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:- Tidak fokus,- Sering terlupa bilangan rakaat,- Melewatkan solat,- Kurang solat jemaah.

4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.

5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.

6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.

7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8. Tak berhati-hati dengan perkara yg syubhah & haram.

9. Tangguh utk bertaubat.

10. Malu utk belajar agama.

11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.Ada juga Ustaz sebut :Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak’ kita dgn Al-Quran.

Pesan Ustaz:

Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI :

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.

2. ‘Bunuh’ kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.

3. Hilang fokus dlm hidup.

4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI :

1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.

2. Berkawan dgn org² yg lalai.

3. Berada dlm persekitaran ‘rosak’. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.

4. Tidak berzikir.

5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam. (Contoh: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan lain-lain.)

Cara-cara mengatasi LALAI :

1. Cari sahabat yg baik & soleh.

2. Hadiri majlis ilmu.

3. Bangun malam utk solat tahajjud.

4. Banyakkan zikir & taubat.

5. Rajin baca quran.6. Bersangka baik pd org lain.

7. Pemaaf.

8. Ingat mati.

9. Kurangkan makan.

10. Amalkan sunnah Nabi saw.11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Share jika ia memberi manfaat.

Kredit pada penulis asal

ASMAK HERBS- Penawar resdung

🌸ASMAK HERBS🌸
[Kapsul Penawar Resdung]

1 botol [30biji]

Harga rm35

KANDUNGAN BAHAN DALAM ASMAK HERBS:
Asmak Herbs diperbuat drpd bahan semula jadi, iaitu Akar Mengkunyit, Akar Serapat & Lada Sulah. Ketiga-tiga herba di ats mempunyai nilai yg sgt tinggi di dlm perubatan tradisional Melayu.

Akar Mengkunyit sendiri sgt popular digunakan di kalangan masyarakat Melayu utk mengubati masalah resdung, hidung berair dan gatal-gatal.

Akar serapat pula popular digunakan oleh wanita Melayu zaman dahulu terutamanya untuk kecantikan luar & dlm kerana ia dpt melicinkan kulit di samping membuang toksin di dlam badan.

Lada sulah pula sering digunakan dlm masakan harian kita. Tahukah anda lada sulah mempunyai khasiat yg sgt byk malah istimewa? Antara khasiat lada sulah yg paling istimewa adalah ianya dpt mengatasi masalah hidung tersumbat.

Hebatkan kandungan di dlm Kapsul Penawar Resdung Asmak Herbs! Gabungan Herba terpilih di dlm setiap kapsul yg dpt merawat masalah resdung anda.

Apa tunggu lagi? Dapatkan hari ini!

#Pastikanoriginalbarubeli
#Lebihberkesanselamatdansuci

Kita ikhtiar. Allah menyembuhkan. InshaAllah🌸

Hubungi Anita 0192304433

UDANG/IKAN KERING HALAL?

Masinnya ikan dan udang kering.

Sungguh meloyakan, menjijikan dan pengotornya cara pengusaha yang tidak bertanggungjawab ini.

Hampa tau?
Sanggup hampa memakai selipar untuk membersihkan kotoran pada udang kering itu.
Nak bersih udang tetapi kaki memijaknya.

Hampa tau?
Udang yang hampa pijak tu la, kami masukkan ke dalam mee gereng.

Hamp tau?
Ikan kering itu juga la kami makan dengan ulam dan budu.

Hampa tau?
Ikan bilis sambal pedas yang kami buat tu la yang hampa pijak!

Hampa tau?
Anjing tu najis dan boleh bawa penyakit. Napa hampa biarkan anjing tu pi jilat udang kering tu? Ke hampa nak kami samak dulu makanan tu sebelum masak? Hampa memang tak fikir tentang kami.

Hampa tau?
Kami nak kurang makanan yang proses dan tidak sihat. Kami nak support makanan hampa. Tapi kalau hampa buat macam ini? Sapa yang kami nak percaya lagi?

Sedih tau!

Begitulah sahabat-sahabat. Ada sesetengah pengusaha yang tidak bertanggungjawab dan prihatin tentang amalan kebersihan. Mereka lebih fikir tentang keuntungan. Dan tidak fikir amalan mereka itu salah.

Carilah pengusaha yang diyakini.

Bersih dan semestinya halalan toyyiban.

(1) يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

(سورة البقرة, Al-Baqara, Chapter #2, Verse #168)

2:168 Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Sekian,
#abamhalal

KEPENTINGAN VITAMIN C PADA TUBUH BADAN KITA

Tahukah anda pengambilan vitamin C dapat membantu mengurangkan gejala selsema.

Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi iaitu:
Strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis.

Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selsema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

Kredit: my.theasianparent.com

#Wearefamily
#Anaksihathatitenang

TAPAI OH TAPAI!

Tapai!

Tahukah anda, di dalam tapai adanya alkohol.

Apa? Dalam tapai ada alkohol.

Iya, memang ada alkohol disebabkan oleh proses penapaian. Apa-apa yang menjalani proses penapaian akan menghasilkan alkohol.

Maka, adakah haram kita makan tapai sebab mempunyai alkohol?

Jom kita belajar.

Kita selalu dimomokkan dengan alkohol.

“don’t drink alcohol”. – signage yang selalu kita lihat. Betulkan?

Selalunya alkohol dikaitkan dengan arak. Tetapi adakah arak itu alkohol?

Adakah haramnya arak sebab alkohol?

Jawapannya tidak.

Arak dan alkohol adalah sebatian yang berlainan.

Malah ada alkohol dalam tapai lagi tinggi daripada minuman keras.

Ingat formula ini.

(Dalam arak adanya alkohol tetapi alkohol tidak semestinya daripada arak).

Alkohol boleh terhasil daripada proses penapaian buah dan juga boleh terhasil daripada sebatian kimia.

Maksudnya, ia boleh dibuat di makmal sahaja.

Sebab itulah, alkohol di dalam minuman atau dalam kordial atau dalam minyak wangi adalah biasanya bukan daripada alkohol arak.

Sekian,
Aminurrashid.
#abamhalal