KELUARGA BESAR AZBI

“Nanti lepas 30 hari ayah meninggal, abang nak buat kenduri. Kita jemput dalam 200 orang tetamu. Semua adik beradik boleh jemput sedara mara, kawan-kawan diaorang pun boleh dijemput.””Kita jemput anak- anak tahfiz, anak yatim, anak asnaf. Jiran tetangga kita.”Suatu hari En Somi bagitau tentang hasrat dia setelah beberapa hari ayah meninggal dunia.”Kita buat tahlil, bacaan yassin sekali.”Panjang lebar En. Somi bagi penerangan.”Iya, bang.”Saya menjawab ringkas.
Dah masuk gerbang 50an ni memang saya berazam taknak banyak membantah permintaan En. Somi. Apa-apa masalah, belakang kira.Dah banyak berfikir, tah berapa lama lagi masa yang tinggal untuk kami bersama. Biarlah di hujung-hujung masa emas ini lebih di manfaatkan untuk lebih sefahaman.Saya menantu ke 2 dari isteri yang pertama. Bila En. Somi mengambil tanggungjawab sebagai orang yang ditua-tuakan, saya pun kena bersedia sama.Sungguh, sejak ayah meninggal banyak benda yang En. Somi fikirkan. Yang sudah pergi memang tak kembali. Anak-anak yang tinggal masih ada lagi tanggungjawab yang perlu di selesaikan bagi pihak si mati.En. Somi mula merangka semua perkara yang perlu di buat. Mencari, mencatat, apa yang mungkin ayah berhutang, cari senarai- senarai nama kenalan dan saudara untuk dikunjungi.Menziarahi mereka sebagai tanda meneruskan persahabatan dan persaudaraan yang mungkin lama terputus.Letih! Memang meletihkan bagi saya. Dengan kerja hakiki yang tak pernah habis. Perlu ikut En. Somi dengan plan yang dirancang. Namun bila teringat dunia ini berputar. Hati ini menjadi kuat.”Ini masa kita sebagai anak menjalankan tanggungjawab pada ibu ayah yang telah mati.
Esok bila kita mati, harap-harap anak-anak kita akan buat perkara yang sama untuk kita.””Kenduri ni penting, abang nak kumpulkan semua adik beradik. Inilah usaha abang nak satukan hati adik beradik. Tak kira dari emak yang mana.” Telus En. Somi menyatakan harapannya.Iya, En. Somi ada ramai adik-beradik. Ada 24 orang. Dari beberapa ibu.19 orang lelaki, 5 orang perempuan. Saya sendiri sudah ada 19 orang biras.Orang yang anak seorang dua pun bergaduh dan senget-senget hati.
Adik beradik yang dari satu ibu pun ada yang merajuk hati, tidak berpuas hati dengan ibu bapa mereka. Jadi bukan suatu yang mustahil perkara yang sama berlaku pada kami.Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak boleh membetulkan keadaan. Itu adalah takdir dari Allah untuk kami. Takdir yang bukan untuk disalahkan atau mencari salah sesiapa.Setiap apa yang Allah jadikan tidak ada satu pun yang sia-sia. Semuanya ada hikmah dan ibrah. Semuanya ujian untuk kita bagi mendapatkan kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak.Sesiapa yang berjaya mengatasi ujian dari Allah, sudah pasti Allah persiapkan ganjaran yang terbaik buat mereka.Alhamdulillah, semalam selesai satu lagi hajat dan hasrat En. Somi. Kenduri arwah buat ayah. Anak-anak tahfiz dan ustaz mereka mengendalikan majlis bacaan yassin dan tahlil. Anak-anak kecil, anak yatim dan asnaf memeriahkan lagi majlis kenduri semalam.
Termasuk jiran tetangga dan saudara mara yang sudi hadir.Allahu.. adik beradik, ipar duai, anak-anak saudara, semuanya mengambil peluang untuk merapatkan lagi silaturrahim.Sungguh.. semalam hari yang amat membahagiakan. Hasrat untuk merapatkan ukhwah sesama keluarga akan terus dipupuk.Keluarga kami besar!
Memang menjadi harapan kami dapat bersama, berpimpin-pimpin tangan masuk ke syurga Allah. Harapan untuk kami berjumpa dengan gembira di dalam syurga kelak. Berjumpa kembali dengan ibu bapa kami sebagai satu keluarga.Harapan ini akan kami adik beradik usahakan bersama.Pada kawan-kawan dan saudara mara yang tidak dijemput, saya wakil keluarga memohon maaf. Mungkin ada yang terlepas pandang. Ada rezeki kita akan berjumpa. Insya Allah.

ISRAK DAN MIKRAJ- kronologinya.

Kronologi Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Copy n paste

Kasih simpul mati

Menghadiri majlis pernikahan sepupu semalam. Kedua mempelai menyimpul kasih buat kali kedua.

Mendengar tazkirah akad nikah sebelum majlis tentulah lain dari yg baru pertama kali bernikah. Lebih penekanan kepada membentuk persefahaman dan nilai kasih sayang suami isteri.

Kita yang dah lama bernikah pun boleh mengambil peringatan dari tazkirah tersebut.

Yang seronok dapat buah tangan ni. Orang JDT mesti sedia maklum. Menggamit memori, kenangan zaman-zaman sekolah dulu. Dah lebih 40 tahun tapi masih menjadi kudapan yang evergreen.

Ada yang panggil mee siput, ada yang panggil mee sanggul. Letak sambal tumis. Pecah-pecahkan, makan terus dari plastik. Bila makan cara begini lain nikmatnya. Teringat kenangan lama😍😍.

5 SYARAT IBADAH

Pagi- pagi lagi dah tersentap. Allah menegur melalui sahabat-sahabat baik saya.
Kisahnya, kami ada group wassap mengaji. Masing-masing akan ambil juzuk-juzuk untuk dibaca. Selesai 30juz, kami khatam dan ulang semula membaca Al Quran.

Untuk lebih memeriahkan lagi taman- taman syurga kami, kami adakan juga bacaan zikir istighfar dan selawat sebanyak 100kali setiap hari. Bertambah menjadi 300kali pada hari Jumaat jika mampu. Tiada paksaan.

Selesai membaca, kami akan tick simbol sebagai tunjuk ada kami sudah selesai berzikir.

Malangnya, saya seorang yang culas dalam bab- bab meng’tick’. Harapkan ada sahabat- sahabat yang sudi membantu saya.

Sehinggalah pagi tadi, saya dapat tick sendiri. Memang sangat-sangat gembira. Sebabnya selama ni, saya tidak jumpa simbol✅.

Saya luahkan juga rasa penatnya dengan tugas-tugas harian.

Di situ saya disedarkan, dikejutkan oleh salah seorang sahabat yang perihatin dengan masalah saya.

“Sebab itu Islam suruh kita jadikan seluruh urusan dunia sebagai ibadah. Ibadah umum. Barulah untung dua-dua. Dunia dapat, akhirat pun dapat.”

Allahu.. Betul- betul saya tersentap. Saya lalai dan terlupa. Urusan dunia jika kita melepasi 5 syarat, boleh menjadi ibadah buat kita.

Bila menjadi ibadah, maka adanya pahala di situ. Termasuklah ianya menjadi urusan akhirat.

5 SYARAT IBADAH
================
1. Niat kena betul. Buat hanya kerana Allah taala.

2. Perkara yang hendak dilakukan mesti mengikut syariat. Maka urusan yang ‘lagho’ tidak termasuk.

3. Perlaksanaan hendaklah betul mengikut syariat. Cara-cara nak laksanakan jangan ada yang melibatkan unsur- unsur maksiat.

4. Natijahnya hendaklah betul. Bermakna hasil dari perbuatan kita itu betul menurut landasan Islam.

5. Tidak meninggalkan ibadah asas. Bermakna tidak boleh tinggalkan solat tanpa sebab dan semua rukun Islam.

Kalau begitulah mudahnya urusan dunia hendak di akhiratkan. Maka urusan kita di dalam tandas pun boleh menjadi ibadah.

Subhanallah.. Indahnya hidup bersama Tuhan.

REZEKI DARI ALLAH

DALAM REZEKIKU ADA KAMU
==========================
Dia buat lagi. Walau berpuluh kali saya berpesan pada mereka berdua. Muaz dan Sara, anak lelaki dan perempuan bongsu.

Tapi anak, walau kamu buat perbuatan yang sama beribu kali pun, umi akan tetap membebel perkara yang sama. Biar sampai mati kamu ingat.

“Jangan ditumpahkan nasi tu. Kutip balik, atas meja pun, bukan jatuh ke lantai. Habiskan semua rezeki yang ada di dalam pinggan kamu. Jangan membazir.”

Kata yang sama bila perbuatan yang sama berulang. Tiada kompromi. Titik.

Iya, rezeki. Walau apapun bentuknya, jangan dibazirkan. Baik nasi atau pun sekadar lauk ikan masin. Tidak boleh dibazirkan.

Semua itu rezeki yang Allah turunkan pada kita. Mengapa perlu kita membazir?

Sedarkah kita, berapa ramai yang terlibat dalam menghasilkan nasi dan lauk pauk yang terhidang di meja makan untuk kita?

Sedarkah kita, berapa ramai yang telah menumpahkan keringat atau mungkin air mata hanya untuk memberi kita kenyang?

Petani, pekebun, penternak dan nelayan, insan yang banyak berjasa kepada kita.

Mereka mungkin berlapar ketika kita kenyang. Mereka mungkin sedang berduka tatkala kita gembira.

Kenanglah jasa mereka. Tanpa mereka, mana mungkin kita dapat menjamah hidangan yang lazat- lazat.

Sama- samalah kita mengucapkan syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Usah membazir walaupun hanya sebutir nasi. Sebutir nasi yang mungkin kita rasa tiada nilai, sebenarnya mempunyai pelbagai cerita yang boleh menginsafkan kita.

SALAM MAULIDUR RASUL

BERKAT MAULIDUR RASUL.

“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56).

Berkat tarikh kelahiranmu Ya Rasullullah, kami berazam untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

Pandanglah kami Ya Allah, dalam kami berusaha untuk mencintai KekasihMu.
Mencintai kekasihMu bererti kami belajar untuk mencintaiMu.

Kami berazam untuk menjadi orang yang bertaqwa, kerana kami belum lagi bertaqwa.
Kerana hanya dengan taqwa, Allah akan letakkan dunia di tangan kami. BUKAN mendiami hati kami.

Bila bertaqwa, seluruh alam akan datang kepada kita dengan gembira.

Sejahterakanlah hati-hati kami agar kami mampu membuang semua sifat-sifat mazmumah kami. Sifat yang akan menjauhkan kami dari syurgaMu.

Hiasilah hati-hati kami dengan sifat-sifat mahmudah. Sifat yang amat disukai seluruh umat manusia. Seperti mana sukanya manusia dengan haruman kasturi.

Terimakasih Ya Allah.
Terima kasih Ya Rasullullah.

MAHLIGAIKU DI SYURGA

Kak Ita dengan suami ni buat jenis yg sweet-sweet. Memang tak reti. Kadang-kadang time gila-gila datang tu bercerita le yang merapu..
Cakaplah, bestlah kalau..kalau..kalau..

Semuanya kalau,kalau yang tak masuk akal.
Nanti En Somi pun cakaplah..
“Nak buat apa..”
” Manalah kita ada duit banyak tu..”
” Tak payahlah..”
“Kenapa nak macam tu..”

Pastu merajuk sendiri. Muncung pun panjang sampai boleh sangkut baju.

Dah tau tu. Tapi buat lagi. Tak serik-serik nak majuk-majuk benda yang tak berfaedah.😅😅

Suatu hari Kak Ita cerita lagi yang ‘kalau-kalau’ ni.Ni semasa lalu kawasan rumah orang yang have-have.
“Abang..Cantik kan rumah tu. Kalaulah kita ada rumah camtu kan..bla bla bla bla..”

Cerita merapukan..

Tapi en somi balas..

“Iyalah, nanti abang buatkan Ita mahligai indah yang tercantik, bukan setakat banglo besar ni. Tapi di akhiratlah. Kat akhirat kekal abadi. Rumah kat dunia ni tak kekal..”

Terkedu sekejap. Tak bernafas sesaat.
Hihihi..yang ni tak majuk-majuk.

Iyalah..terus senyap sampai ke sudah. Pastu dah takde nak citer yang ‘kalau kalau’..

Belajar bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi..tapi..yang ‘kalau-kalau’ saja je.. Saja nak cakap-cakap😅😅😅
Saja nak buat bodoh.🙈🙈🙈

SEPASANG SELIPAR CACAT

NILAI SEPASANG SELIPAR
======================
Sudah seminggu selipar ni rosak. Kisah dari konvo Kakak Adilah tak habis lagi. Hujung selipar ni patah semasa kami bergegas memasuki bangunan PICC kerana sudah terlambat.

Semasa Muaz tunjukkan bahagian yang patah tu, umi hanya pandang sepi, suruh dia pakai je sehingga habis program konvo kakak.

Sehingga balik ke rumah, umi dah lupa pasal selipar tu. Muaz pun tak bersebut.

Sehinggalah beberapa hari lepas, semasa menyapu sampah di luar rumah. Umi terpandang pada selipar yang dah tak cukup sifat tu. Ambil dan campak ke dalam bakul sampah. Elok je terletak dalam bakul sampah tu sendirian. Tanpa ada sampah kering yang lain.

“Umiiiii !!!!! .. Kenapa buang selipar Muaz.”

Segera Muaz mengambil selipar cacat itu. Kebetulan ketika itu Muaz baru balik dari sekolah. Ternampak pulak dia pada selipar cacat tu dalam bakul sampah.

“Kan dah rosak. Buat apa simpan, bukan boleh pakai pun. Banyak lagi selipar lain yang umi beli. Selipar buruk tu jugak yang dipakai ke hulu ke hilir.” Umi dah mula membebel macam keretapi laju.

“Tak boleh buang! Ini Abang Hafiz bagi.”
Muaz ambil dan peluk selipar cacat tu.”
Tinggi suaranya dan dah berlinang air mata.

Muaz ni perangainya banyak ikut uminya. Nampak keras, garang. Tapi hati tisu. Sikit-sikit menangis. Mudah sungguh air mata tu nak keluar.

Umi terdiam. Iya… selipar tu sepupu Muaz yang bagi. Sepupu yang bernama Mohamad Hafiz. Tua setahun dari Muaz. Berumur 12 tahun. Tinggal di Johor Bahru. Hensem boy. Seorang yang pendiam. Anak bongsu.

*Allahu..nilai kasih sayang anak-anak. Mudah tersemai ketika masih kecil. Masih bersih dan suci. Apa saja yang berkaitan kasih dan sayang mudah di terima dalam diri.
Kasih sayang kalangan anak-anak bersifat jujur. Tiada kepentingan diri. Jika terus dipupuk dan dibaja. Insyaallah tidak akan hilang hingga dewasa.*

Umi mengalah. “Iyalah..umi tak buang. Simpan tepi dulu.” Umi ambil dan simpan selipar cacat tu letak di tepi dinding. Hari dah nak Maghrib. Syaitan dah banyak ketika ni.

Masuk rumah tutup pintu. Habis adegan hari tu.

Hari ini dalam group wassap keluarga. Umi membuat rayuan. Sebab 30/10 ni harijadi Muaz, umi minta Abang Hafiz bagi hadiah selipar buat Muaz. Supaya umi boleh buang selipar yang dah tak cukup sifat tu.😅😅😅😅 Papa Hafiz dah jawab. Yesss!! Muaz akan dapat selipar baru hadiah dari Abang Hafiz.
😍😍😍😍😍..

Tiada lagi air mata kesedihan Muaz.😁😁😁

BEDAK ASMAK

🌻🌻 BEDAK ASMAK 🌻🌻

💯 Bedak Asmak memang bagus untuk masalah kulit terbaru testimoni jeragat -hanya dalam masa 10 hari!🌺🌹

💯 Sebelum itu dah terkejut dengan testimoni dari ibu mengandung yang tidak ada parut regangan yang best,ramai yang menggunakannya sebagai masker dan bedak sejuk pada waktu malam..hasilnya memang memuaskan hati cuba dulu baru percaya☺☺

💯 Rahsia kehebatan produk semulajadi⭐⭐
Terbukti membantu merawat pelbagai masalah penyakit kulit termasuklah psoriasis, kulit gatal-gatal, ruam, kudis, campak, kurap, panau, gatal, jerawat dan lain-lain.
.
KELEBIHAN BEDAK ASMAK ☃:
📌 Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat putih premium yang mengandungi mineral semulajadi.
📌 Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
📌 Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
📌 Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
📌 Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.

Berminat nk try wasap 👇
📲www.wasap.my/60192304433

TESTIMONI MINYAK HERBA ASMAK

Hari hujan.Rasa sejuk.Tidur pun sedap cuti-cuti niSekali anak merengek.Batuk tak berhenti.Berjangkit dari suami la ni.Hidung masing-masing meleleh.Mama is rimas tau.Ajak pergi klinik.Siap punya siap jam dah pukul 12.30pm.Sampai klinik pukul 1pm sebab cari parking lambat.Kena tunggu pulak doktor rehat katanya.Pukul 2pm masuk jumpa doktor.Doktor check anak dan suami.Ok,ke kaunter lah nak buat bayaran.Mak aih,mahalnya kena.Ubat pun berderet.Sekali ada yang tegur. “Kak,kenapa tak cuba Minyak Herba Asmak.Bagus dengarnya”.Dia pun bercerita dan bagi no seller terdekat.Lepas call,akak pergilah jumpa pengedar tu dan dapatkan cara pakai.Balik akak bagilah si kecik dan bapanya pakai.Alhamdulillah mereka nampak lega dan tidur lena.Esoknya ..Eh,mereka dah makin segarlah.Tak sempat guna ubat-ubat tu semua.Inilah cerita pembaziran masa,tenaga dan wang.Maka berhuhu la.Serasi untuk saya sekeluarga,Insyaallah serasi untuk kalian semua.Mai pinang sekarang.Berbaris stok bersedia untuk dipinang.Akak jual apa yang akak pun guna tau.#minyakherbaasmakHubungi 0192304433www.wasap.my/60192304433