LOGO HALAL? HARAM?

Logo haram!

Saya sering kali dihujani pertanyaan ini. Malah mereka siap memarahi JAKIM tentang inisiatif logo halal yang ada sekarang.

Grrrrr….

Apakah pendapat anda?

Bagi mereka logo haram adalah lebih baik daripada logo halal.

Tapi…

Kenapa mereka minat sangat tentang logo haram ini? Apakah hujah-hujah mereka.

Jom kita hayati hujah-hujah mereka:

1) Dunia ini asalnya dipenuhi dengan yang halal, bukan yang haram. Dalil ini mereka gunakan:

‎الأصل في الأشياء الإباحة والطهارة
“Hukum asal bagi setiap perkara adalah harus (boleh) dan bersih”.

Yang haram sedikit sahaja: Arak dan Bab1.
Yang lain semuanya halal.

2) Nas-nas dalam al-Quran dan al-Sunnah mendapati sedikitnya perkara yang diharamkan Allah dan banyaknya perkara-perkara yang Allah diamkan tanpa diberikan hukum. Maka yang halal adalah banyak.

3) Negara kita majoriti beragama Islam manakala orang bukan Islam memahami tentang makanan Halal. Maka baik adanya logo haram kerana makanan haram sedikit sahaja.

4) Banyak industri mengeluarkan makanan halal dan produk haram hanyalah sedikit. Maka lebih senang kita mengawal produk haram ini kerana ia sedikit.

Inilah hujah-hujah mereka yang menyokong logo haram ini. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka tidak berada dalam industri ini. Saya raikan pandangan mereka.

Tetapi saya kongsi balik petikan dalam FB saya:

Apa yang akan berlaku jika LOGO HARAM diperkenalkan atau diwajibkan.

Jom kita sama-sama fikir.

Kemungkinan berlaku dan adanya:

1. Jabatan Haram Malaysia.
2. Haram Industry Development Corporation.
3. Pegawai Produk Haram.
4. Budjet/belanjawan/geran produk haram.
5. Perniagaan sertu makin maju.
6. www.haram.gov.my (direktori haram).
7. Pensijilan dan logo haram.
8. Aplilasi haram dalam play store & apps store.
9. Skim sukarela letak logo haram.
10. Penguatkuasaan/pemantauan produk haram.
11. Pengusaha haram tidak mahu letak logo haram.
12. Haram Park ( industri kilang haram berkumpul).
13. Dalam job street boleh seacrh haram job.
14) Nilai/statistik pasaran haram (import&export).
15)Haram supply chain.
16) Expo/pameran Haram.

Baiklah… kalau nak disenaraikan memang banyak. Tetapi kita cuba lihat apakah objektif pensijilan halal ini bukan hanya lihat kepada “outcome” sahaja. Apa yang boleh saya simpulkan.

Objective + Outcome + Impact =

semua memainkan peranan yang penting.

Mesti ingat
“Tidak semestinya tiada logo halal itu maksudnya tidak halal”.

Mencari halal fardu bagi setiap muslim.

Sekian,
#abamhalal
#tarbiahhalal
Aminurrashid