SAKURA..Kau juga hamba.

Rupanya musimmu hampir tiba. Bagi penggemar bunga atau pencinta alam yang berkemampuan, di saat mekarnya kamu, mereka sudah mempersiapkan diri untuk terbang ke negara Jepun atau Korea di mana kamu tinggal.

Kamu sangat popular di sana walaupun kamu juga berada di beberapa buah negara yang lain.

Cherry Blossom atau bunga Sakura, kamu sangat cantik! Ada 600 spesies di kalangan kamu.

Kamu menjadi lambang cinta pada jiwa manusia.Mampu memberi ketenangan dan kegembiraan. Walaupun hayatmu tidak lama, namun kamu mampu mengubat rasa cinta manusia yang ghairah melihat kecantikanmu.

Tapi Sakura… aku mendapat berita, cerita yang sahih dari kaca televisyen. Kamu tampak layu untuk musim kali ini. Mekarmu seakan dipaksa- paksa.

Kelopak bunga yang kebiasaannya begitu bersemangat, megah menampakkan kecantikan diri, tapi pada tahun ini engkau seakan tidak bermaya, lemah.

Kamu bersedihkah wahai Sakura?

Ya Sakura.. Ketika ini covid 19 sedang mengganas, menyerang bumi tanpa ada belas kasihan. Ramai yang telah menjadi mangsa. Dijangkiti malah ada yang mati.

Seluruh sistem dan ekonomi dunia menjadi lumpuh. Semua dipukul sama rata. Bijak pandai di kalangan manusia yang dikatakan pakar juga buntu menghadapinya.

Sakura, kamu tahu, sesiapa yang disahkan positif covid 19 ini mereka terpaksa dikuarantinkan. Terpisah dari dunia luar. Sepi.

Semalam aku melihat video, anak kecil di dapati positif covid 19.Sayunya hati melihat anak itu di bawa pergi menaiki ambulan,tanpa ibu dan ayah.

Hari ini tular pula video seorang anak kecil yang baru berusia 4 tahun terkedek- kedek dia berjalan, di bawa pergi menaiki ambulan setelah dijangkiti covid 19.

Sakura, anak kecil itu sendirian. Dia seorang yang positif. Ibu dan ayahnya negatif covid 19.

Terdengar suara si ibu mengucapkan selamat tinggal pada si anak yang tampak tenang. Ada kedengaran esakan siibu di hujung video tersebut.

Tidak cukup lagi, Sakura! Ada lagi! Anak kecil berusia 2 tahun yang menghidap kanser darah, sah positif covid 19.

Hati siapakah yang tidak runtun. Aku turut menangis teresak- esak. Bagaikan kehilangan anak sendiri. Pedihnya bagai dirobek- robek.

Bagaimana hendak menanggung rindu pada si anak yang masih kecil yang terpaksa bergelut dengan virus yang kejam!

Aku tidak mampu membayangkannya. Sesak dadaku. Air mataku mengalir tidak berhenti. Aku sedih sekali.😭😭😭

Sakura… Banyak lagi yang hendak diceritakan. Ada 1001 cerita yang ada. Ada suka, ada duka.

Sakura…dengarlah apa yang hendak aku katakan. Covid 19 tidak bersalah. Kejam dan zalimnya ia di mata manusia, ia adalah hamba.

Aku, kau dan dia… kita semua adalah hamba Allah. Allah Yang Maha Memiliki sekelian alam.

Beza antara kita, aku adalah dari kalangan hamba Allah yang sentiasa lupa, selalu derhaka dengan perintah Allah.

Manusia yang sentiasa ingin memiliki sifat sombong, sedangkan sudah Allah berpesan, sifat sombong itu hanya untuk Ku. Sombong itu adalah selendangKu!

Engkau dan covid 19, adalah hamba yang sangat taat pada Allah , yang memiliki sifat Al Malik, Al Aziz, Al Jabbar.

Sakura, covid 19 adalah hamba Allah yang dihantar dengan misi dan tugas- tugas khas. Laksana tentera gerak tempur yang sedang bekerja. Penuh dedikasi. Hanya patuh dengan arahan ketua.

Pukulan hebat ini sebenarnya untuk semua manusia di muka bumi. Bumi Allah ini sudah terlalu tua. Sudah tidak mampu menanggung segala dosa maksiat yang dilakukan umat manusia.

Nafsu manusia yang rakus, tindas menindas sesama sendiri. Semuanya ada kepentingan untuk diri sendiri.

Orang kaya bertambah kaya, yang miskin terus tertindas. Akal tidak berperanan, maka nafsu menguasai diri. Manusia menjadi tamak dan haloba.

Kasih sayang sudah hilang. Maaf memaafkan sukar hendak dilakukan. Kesalahan dan kesilapan musuh atau lawan di masa lalu sering diungkit- ungkit. Lagak diri sendiri bagai wali, tidak melakukan kesalahan. Itulah sifat manusia masa kini, wahai Sakura.

Anak sudah menjadi tuan. Ibu dan ayah menjadi hamba. Benar seperti kata lidah rasul. Ia terjadi sekarang ini. Ibu melahirkan tuan- tuannya.

Sakura, tidak tertulis banyaknya maksiat yang telah dilakukan manusia. Banyak sekali.

Aku malu Sakura. Aku sebahagian dari mereka. Aku akui nafsuku adakalanya mengatasi akalku.

Tapi Sakura, engkau tahukan? Kasih sayang Allah itu mengatasi kemurkaanNya.

Allah itu sifatNya Ar Rahman, Ar Rahim, Al Mukmin, Al Ghaffar.

Di sebalik segala malapetaka yang sedang menimpa ini ada rahmat dan kasih sayangNya. Pandanglah ia melalui mata hati. Kita akan dapat melihatnya.

Sakura, Allah sedang memproses manusia. Tanpa mengira darjat dan keturunan. Kaya atau miskin. Sama ada manusia itu seorang pendosa atau alim ulamak. Manusia diproses dalam keadaan sama rata.

Ketika ini, jika manusia itu bijak, mereka akan bertaubat. Meminta ampun di atas segala kesalahan dan dosa. Mereka akan membaiki kelemahan diri.

Tidak mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Memperbanyakan amalan membuat kebaikan dan bersedekah.

Ya Sakura, inilah masanya untuk melonjakkan tahap iman kita. Peluang untuk merintih, merayu, merengek- rengek pada Sang Pencipta. Mohon dan meminta pada Ar Rahman Ar Rahim agar dibersihkan hati dan roh sebersih bumi nanti setelah covid 19 selesai menjalankan tugasnya.

Covid 19 akan pulang, ia akan Allah panggil kembali ke tempat asalnya. Covid 19 adalah makhluk yang taat pada perintah Allah. Ia akan pergi bila sampai masanya.

Sakura, tahun hadapan aku pasti engkau akan lebih mekar berkembang. Engkau akan lebih menyerlahkan kecantikanmu untuk mendamaikan hati- hati yang memandangmu.

Semoga begitu juga hati- hati manusia, hanya mereka yang terpilih, berjaya di dalam ujian hebat ini. Membawa hati yang damai yang penuh keimanan untuk kembali mengadap Sang Pencipta bila tiba saatnya.

Semoga aku antara yang terpilih, Sakura. Berpimpin- pimpin tangan masuk ke Firdaus bersama orang- orang yang aku cintai.

Aku doakan juga orang- orang yang membaca coretan ni masuk ke Firdaus bersama- sama dengan orang- orang yang mereka cintai. Aamiin.🌸🌸🌸🌸🌸🌸

TANAH VS EMAS

Diceritakan kisah sebongkah emas telah bertemu dengan sebongkah tanah.

Lalu telah terjadi dialog di antara 2 makhluk ini.

” Hai tanah…cuba kau lihat dirimu, suram dan lemah. Adakah engkau mempunyai cahaya dan kilatan yang bersinar seperti diriku? Bongkah emas memulakan bicara kepada bongkah tanah.

Bongkah tanah menjawab, ” Aku tidak ada semua yang engkau miliki. Tetapi, aku boleh menumbuhkan rumput juga pokok yang akan menghasilkan bunga dan buah. Juga aku boleh menghidupkan tanaman yang lain.”

” Apakah engkau boleh buat seperti aku?” Tanah bertanya kepada emas.

Emas terdiam, terus membisu.

Sahabat baikku, di dalam dunia ini ramai yang kedudukannya sama seperti emas. Bernilai, berharga, menyilaukan bahkan mempersonakan mata yang memandang.

Namun tidak bermanfaat untuk orang lain. Mereka mencipta kejayaan dalam karier. Menjadi hartawan malah jutawan. Lebih lagi dikurniakan cantik paras rupa dan tampan. Namun golongan emas ini tidak menghiraukan manusia di sekelilingnya. Berkira- kira hendak menghulurkan bantuan pada yang memerlukan.

Syukur, ramai juga manusia yang seperti tanah. Ada kehidupan yang biasa- biasa tetapi mereka ini ringan membantu sesama manusia. Tidak berkira menghulurkan tangan pada yang memerlukan.

Sahabat yang baik, makna kehidupan bukan terletak kepada berapa nilainya diri kita tetapi berapa besar manfaat diri kita kepada orang lain.

Jika keberadaan kita dalam masyarakat boleh menberi berkat kepada orang lain, barulah sebenarnya kita menjadi peribadi yang bernilai.

Apalah ertinya kejayaan diri sendiri tetapi tidak menjadikan diri kita berguna kepada keluarga kita dan orang lain.

Apalah ertinya kemakmuran, jika kita tidak berkongsi kebahagiaan dengan insan yang memerlukan pertolongan.

Apalah ertinya kepandaian dan kecerdikan kita jika tidak menjadi inspirasi kepada orang di sekeliling kita.

Hidup adalah proses, ada masa kita memberi dan ada masanya kita menerima. Ia akan terjadi mengikut qada dan qadarnya.

DOA- senjata orang mukmin

Kisah Benar Tentang Seorang Isteri yang diuji dengan suaminya mati otak selama 15 tahun.

Seorang wanita warga saudi menceritakan kisah suaminya yg mati otak sejak 15 tahun yg lalu..katanya:

“Suamiku asalnya seorang pemuda yg periang, bersemangat, cergas, segak, sasa, berpegangan agama, berakhlak dan berbakti kpd kedua orang tuanya..dia mengahwiniku pd tahun 1390 H dan aku tinggal bersamanya di rumah ayahnya sebagaimana adat kebiasaan keluarga org saudi..

Melihat kebaktiannya kpd kedua ibu bapanya, aku mula rasa takjub dgnnya dan aku bersyukur kpd Allah krn menjodohkanku dgn suami ini..Kami dikurniakan seorng ank perempuan setelah setahun perkahwinan kami berlangsung..kemudian tempat kerjanya berpindah ke daerah timur..Dia berulang alik ke tempat kerjanya selang seminggu..seminggu di sana dan seminggu bersama kami..sehingga ia berlangsung selama tiga tahun, manakala anak perempuan kami sudah berumur 4 tahun..

Tanggal 9 Ramadan 1395 H, ketika dlm perjalanan pulang ke kediaman kami di Riyadh, beliau terlibat dlm kemalangan jlnraya..ekoran itu beliau dimasukkan ke hospital dlm keadaan tidak sedarkan diri..Para doktor pakar yg merawatnya mengisytiharkan keadaannya sebagai ‘mati otak’ kerana kerosakan saraf otaknya pd kadar 95%..

Peristiwa itu sangat menyedihkan kami, terutamanya bagi kedua ibubapanya yg telah lanjut usia..Menambahkan lagi keperitanku, pertanyaan oleh anak kami Asma’ tentang ayahnya yg sangat dirinduinya, lebih-lebih lagi dia telah menjanjikannya permainan yg disukainya..Kami bergilir-gilir menziarahinya setiap hari..sedangkan keadaannya tidak berubah sedikitpun..

Setelah 5 tahun masa berlalu..ada yg menasihatiku supaya menuntut cerai darinya melalui mahkamah, ats alasan penyakitnya itu tiada lagi harapan sembuh..bahkan sebahagian ulama telah memberi fatwa kpdku hukum keharusan cerai dlm keadaan kesihatan yg sebegitu..Namun, aku menolak sepenuhnya idea itu, bahkan aku tidak akn sekali2 menuntut cerai selagi dia masih ada di ats muka bumi ini, sama ada dia dikebumikan sama seperti si mati yg lain atau mereka biarkan saja dia bersamaku sehingga Allah melakukan apa yg dikehendakinya..

Sebaliknya tumpuanku terarah kpd ank perempuanku yg masih kecil..aku masukkannya ke sekolah tahfiz al-Quran..sehingga dia hafaz keseluruhan al-Quran sebelum umurnya melewati 10 tahun..Selepas itu, aku memberitahunya berkenaan hal ayahnya..dan dia tidak lekang mengingatinya..kadangkala dia menangis dan kadangkala dia diam membisu…Anak perempuanku seorang yg berpegangan agama..dia solat setiap fardu pd masanya..dia bangun solat di akhir malam, sedangkan dia belum berumur 7 tahun..

Aku bersyukur kpd Allah krn memberi hidayah kpdku utk mentarbiahnya seperti al-marhumah neneknya yg sangat akrab dgnya, juga seperti al-marhum datuknya..Dia mengikutiku menziarahi ayahnya dan dia membaca al-quran kpdnya dari semasa ke semasa..bahkan dia bersedekah bagi pihaknya..

Suatu hari pd tahun 1410 H. dia berkata kpdku: “Wahai ibuku! biarkanlah aku tidur di sisi ayahku pd mlm ini”..aku menerima permintaannya walaupun dalam keadaan teragak-agak.

Kemudian, anakku ceritakan kpdku (apa yg berlaku ke atas dirinya):

“Aku duduk di sisi ayahku sambil membaca surah al-Baqarah sehingga khatam, kemudian aku rasa mengantuk lalu tertidur..aku bermimpi seolah-olah satu senyuman melewati kehidupanku, justeru aku merasa tenang dgn keadaan itu..aku tersedar dari tidurku, lalu aku mengambil wuduk dan bersolat..ma sya Allah tanpa henti..tetapi aku tertidur semula di tempat solatku..
tiba2 ada seseorang berkata kpdku: “Bangunlah..apakah wajar kamu tidur, sedangkan Tuhan yg Maha Pemurah sentiasa jaga? Adakah wajar, sedangkan sekarang waktu penerimaan yg Allah tidak menolak permintaan hambanya?

Kemudian aku terjaga, terasa seolah-olah ada sesuatu yg hilang dariku..lalu aku angkat kedua tanganku, sambil melihat kpd ayahku, sedang air mataku berlinangan..aku berdoa:

“Wahai Tuhanku! wahai Tuhan yg Maha Hidup! wahai Tuhan yg Maha Berdiri! wahai Tuhan yg Maha Agong! wahai Tuhan yg Maha Perkasa! wahai Tuhan yg Maha Besar! wahai Tuhan yg Maha Tinggi! wahai Tuhan yg Maha
Pemurah! wahai Tuhan yg Maha Penyayang..
Ayahku ini seorang hamba dari sekelian hamba-Mu..dia telah ditimpa kesusahan, namun kami tetap bersabar, tetap bersyukur dan tetap beriman dgn segala ketentuan-Mu terhadapnya..
Ya Allah! sesungguhnya dia berada di bawah rahmat dan kehendak-Mu..ya Allah! Engkau telah sembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya, Engkau juga telah kembalikan Nabi Musa kpd bondanya, Engkau juga telah selamatkan Nabi Yunus dlm perut ikan, Engkau juga telah tukar api menjadi sejuk dan selamat utk Nabi Ibrahim..
Sembuhkanlah ayahku drpd penyakit yg menimpanya..ya Allah! mereka dakwa tiada lagi harapan sembuh baginya..Ya Allah! engkau memiliki segala kekuasaan dan keagongan..maka kasihanilah dia dan sembuhkanlah penyakitnya..

Mataku rasa mengantuk..lalu aku tertidur sebelum terbit fajar..tiba2 terdengar suara perlahan membisikku: “Siapa kamu? apa kamu buat di sini? Lalu aku bangkit disebabkan suara itu..aku pandang ke kiri dan ke kanan tapi tiada sesiapa..kemudian suara itu berulang lagi..rupa2nya ia suara ayahku..justeru tanpa berlengah lagi, aku terus bangkit dan memeluknya dgn gembira…tetapi dia menjauhiku..sambil beristighfar dia berkata: “Bertaqwalah kamu kpd Allah..kamu tidak halal bagiku”. Pantas aku menjawabnya: “Aku Asma’, anakmu”. Lalu dia terdiam..

Aku keluar memberitahu para doktor..sebaik mereka tiba mereka terkejut melihatnya..seorang doktor warga Amerika yg tidak fasih bahasa arab berkata: “Subhanallah!, manakala seorang lagi doktor warga mesir berkata: “Maha Suci Tuhan yg menghidupkan semula tulang temulang yg hancur”..manakala ayahku tidak tahu apa2 pun yg berlaku..sehinggalah kami memberitahunya hal itu..lalu dia menangis seraya berkata:

“Hanya Allah sebaik2 penjaga dan Dialah yg menjaga para solihin, demi Allah, aku tidak ingat apa2, cuma sebelum kemalangan itu berlaku aku niat ingin berhenti utk solat sunat duha..kemudian aku tak ingat lagi, sama ada aku solat atau tidak”.

(Menyambung ceritanya) Si Isteri berkata: “Akhirnya Abu Asma’ kembali ke pangkuan kami, sebagaimana aku harapkan..umurnya telah hampir 46 tahun..bersamanya, aku dikurniakan seorang lagi anak lelaki..segala puji bagi Allah..sekarang umurnya dua tahun dan sudah boleh merangkak..

Maha suci Allah yg telah mengembalikannya kpdku setelah 15 tahun berlalu..Dialah (Tuhan) yg menjaga anak perempuannya untuknya..Dialah jua (Tuhan) yg memberi hidayah kpdku untuk tetap setia dgnnya dan berlaku jujur terhadapnya meskipun dlm keadaan dia telah hilang dari dunia..

Oleh itu, janganlah sekali2 kamu abaikan doa..sesiapa yg menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaganya..dan jgnlah kamu abaikan kebaktian terhadap kedua ibubapamu..ketahuilah bhw di Tangan Allah jualah pengurusan dan penentuan segala perkara..tiada sesiapa pun selain-Nya yg melakukan semua itu..”

Kisah ini untuk pengajaran

Melaluinya, mudah mudahan Allah memberi manfaat bagi org yg berada dlm kesukaran atau ditimpa malapetaka besar atau tertutup baginya pintu penyelesaian atau terputus darinya jalan keselamatan.
Lalu dia ketuk pintu langit dgn doanya sambil meyakini pemakbulan olehNya.
Justeru jgnlah berputus asa selagi Tuhan kamu itu ialah Allah.

Solat sunat dhuha dan doa senjata mukmin yg utama, jaga hak2 Allah nescaya ALLAH swt jaga kita.
Insyaa Allah…

C/p: Whatsap
Moga bermanfaat untuk semua.