Keperluan kita- hanya ruang saiz kita sahaja

Bila sebut tentang dunia, sebolehnya semua tentangnya ingat kita terokai. Malah ingin kita miliki. Tak salah. Allah membenarkannya.Nak buru dunia, nak cari kekayaan dunia juga tidak salah. Siapa yang hendak menolak kemewahan dan kesenangan dunia.Akal kita berkata, jika kita boleh dapat kekayaan dunia, sudah pasti kita akan hidup senang.Namun.. hakikatnya, manusia itu sama sahaja. Baik dia seorang yang kaya atau pun dia miskin.Orang kaya atau miskin, bila mereka makan, sudah kenyang, itulah keperluan untuknya. Bila hendak makan lebih sudah tidak boleh. Tidak kiralah sesedap mana makanan tersebut.Bila kenyang, ruang perut sudah penuh,cubaan hendak makan lebih lagi akan memudaratkan tubuh badan kita. Mungkin kita akan sakit perut. Mungkin juga kita akan memuntahkan balik makanan tadi.Dalam berpakaian, walau secantik dan semahal mana pun pakaian kita, ruang keperluan pakaian tadi hanya sekadar saiz badan kita. Jika kononnya kita memakai pakaian yang mahal, kita tamak hendak meletakkan ruang kain yang lebih pada tubuh badan kita, hasilnya sudah tidak cantik. Pakaian tadi akan terlondeh dari tubuh kita.Kalau kecil pula ruangnya, lagi parah. Langsung kita tidak boleh nak pakai pakaian tadi.Begitu juga dalam berkenderaan. Naik BMW ke, Honda ke atau Viva sekali pun, ruang keperluan kita hanya saiz badan kita. Bezanya orang kata, naik kereta yang mahal ni lebih selesa dan sedap di bawa. Lebih laju dan bergaya. Namun apa- apa jenis kenderaan pun, bila sampai ke destinasi, itulah ruang keperluan kita. Kita tetap sampai ke tempat yang hendak dituju.Bila kita berbaring hendak tidur tidak kira di dalam rumah yang mewah atau rumah kos rendah, juga keperluan tetap sama saja, sekadar saiz ruang kita.Silap hari bulan, tidur diatas tilam yang empuk, katil yang mahal, siap dipasang aircond untuk mendapat udara yang nyaman. Berpaling kiri dan kanan, mencari ruang keselesaan, masih tidak boleh melelapkan mata.Begitulah juga anugerah rezeki dari Allah untuk umat manusia. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang.Sepatutnya yang dapat lebih membantu mereka yang dapat kurang agar ruang keperluan itu sama-sama dapat dipenuhi.Yang kurang memerlukan bantuan orang yang lebih.Orang yang dapat lebih, membantu orang yang kurang. Barulah akan terhubung kasih dan sayang.Jika orang yang kaya tidak mahu membantu orang yang miskin, akan berlaku hasad dengki. Orang kaya tidak akan senang duduk.Jika orang yang kaya tidak membantu yang kurang. Orang miskin juga tidak boleh tenang.Orang yang kaya akan dianggap tamak, bakhil dan kufur nikmat.Orang yang miskin tidak redha dan sabar.Sebab itulah berlakunya kecurian, rompakan, penculikan malah berlaku pembunuhan.Jika keadaan inilah yang berlaku, kita semua berada di dalam kemurkaan Allah. Masing- masing buat salah.Kesalahan yang kita buat itu mengikut ruang bidang masing- masing.Bila kita berada di dalam kemurkaan Allah, bererti kita semua berada di dalam keadaan berdosa. Allahu.. malangnya nasib kita.Di dunia lagi tidak selamat, di akhirat belum tentu nasib kita.Semoga Allah mengampunkan segala dosa yang kita lakukan.

UJIAN DARI ALLAH- untuk jadikan diri mu itu ISTIMEWA

“Mengapa hanya aku saja yang diuji. Terasa beratnya ujian dariMu Ya Allah. Tak tertanggung rasanya hendak menghadapi ujian yang Engkau beri.”Mungkin kita pernah berbisik di dalam hati, patah perkataan yang lebih kurang begitu maksudnya.Ujian yang menimpa terasa berat di bahu. Melihat orang lain bagai tidak diuji. Melihat orang lain boleh bersenang- senang, seolah- olah ringannya ujian mereka.Ada masanya kita seolah- olah belum sempat habis satu ujian, datang lagi ujian yang lain. Terasa sesaknya dada seolah-olah tiada nafas yang dapat dihela lagi.Beratnya ujian itu..Mengapa Allah perlakukan begitu pada dirimu ?Subhanallah.. Maha Suci Allah. Andailah kita tahu mengapa terjadinya begitu.Ini adalah kerana Allah mahu dirimu istimewa di akhirat. Bukan istimewa di dunia.Allah lambatkan terangkatnya ujian kerana Allah hendak beri banyak pahala buat dirimu.Itulah hikmahnya.Supaya kita dapat redha Allah dalam setiap ujian yang menimpa. ALLAH mahu kita kaya di akhirat.Lihat sahaja kekasih Allah di dunia yang diberi kekayaan di dunia. Nabi Sulaiman yang dikurniakan kekayaan, pun Allah uji dengan kesusahan.Ujian dan kesusahan yang berat buat Rasul Allah ini. Seolah- olah Allah bagi isyarat. Seolah-olah Allah berkata pada Rasul Nya,” Hai Rasul, engkau ini Kekasih Aku. Kalau engkau cinta Aku, tentu Aku hendak istimewakan engkau. Tapi bukan di sini tetapi di akhirat. Jadi terima dulu ujian di sini supaya dapat pahala yang banyak di dunia. Supaya engkau istimewa di akhirat.”Jika kekasih Allah juga diuji, apatah lagi kita manusia biasa. Tetap akan diuji.Tidak sukakah kita mendengar janji Tuhan seperti ini?Selayaknyalah jika berat ujian kita di dunia, kita mendapat pengiktirafan dari Allah di akhirat.Menjadi kaya dan menjadi orang istimewa di akhirat.

UJIAN – ia menjadi pakaian kehidupan

UJIAN dalam kehidupan.Kita semua tidak dapat lari dari menghadapi ujian dalam kehidupan.Kerana ujian itu pakaian hidup manusia.Suka atau tidak, iya tetap datang. Setiap dari kita menghadapi ujian yang berbeza-beza.Kita rasa, selalunya ujian dalam hidup ini banyak yang mengganggu gugat jiwa dan perasaan kita.Ujian yang datang ada kalanya boleh kita duga. Tetapi kebanyakannya tidak dapat kita duga.Bila datang ujian sebegini, seringkali hilang rasa ketenangan dan kebahagiaan kita.Lebih-lebih lagi jika ujian itu datang bertimpa-timpa.Aduhai.. Ibarat kata pepatah melayu’Sudah jatuh ditimpa tangga.’Adakalanya ujian yang datang itu berat bagi kita. Adakalanya ringan pula untuk kita.Adakala datangnya sekali sekala. Tapi ada juga yang datang berkali-kali.Kesimpulannya kita sebagai manusia tidak akan lepas dari ujian. Ertinya hati dan jiwa kita akan sentiasa dibolak balikkan, diganggu gugat.Jiwa tidak tenang dek kerana ujian.Bila datang ujian yang berat, susah sekali hendak mengubatnya.Tidak dapat diubat dengan harta atau kekayaan, tidak juga dengan nama dan pangkat, tidak juga dengan kuasa mahu pun ilmu.Kebanyakan dari kita, akan merasa gelisah dan sengsara. Menjadi kecewa dan putus asa dengan ujian yang menimpa.Allahu.. Betapa lemahnya iman kita.Sebenarnya, semua perasaan itu adalah fitrah semulajadi jiwa manusia. Rasa susah dan gelisah dengan ujian.Namun ada orang yang tenang saja bila menghadapi ujian. Ujian ringan atau berat, sama saja bagi mereka.Sedih tetap terasa namun tidak sampai menggugat. Tidak sampai hilang pertimbangan, tidak meroyan dengan ujian yang Allah timpakan pada mereka.Malah, ada golongan yang rasa terhibur dengan ujian dari Allah. Mereka rasa, Allah memberi perhatian.Bagaimana mereka ini boleh tenang dengan ujian?Boleh redha dengan ujian?Boleh pula rasa terhibur dengan ujian?Ini adalah kerana mereka meletak Allah di hadapan. Mereka kembali kepada segala ketentuan Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Mereka menjadikan Allah sebagai sandaran. Allah menjadi tempat rujukan mereka dalam apa jua keadaan.Bila sudah kenal dan perlu pada Allah. Maka yakinlah bahawa Allah lah pengubat segala penyakit jiwa yang menimpa manusia.Berbahagialah pada manusia yang menjadikan ujian sebagai hiburan.

ALLAH MEMUJUK.

Allah memujuk

==============Bila lihat gunung ganang, apa kita rasa?

Bila lihat laut yang terbentang luas, apa kita rasa?

Bila melihat bunga yang cantik warnanya, berbau harum, apa kita rasa?Apa yang kita rasa hanya rasa gembira, suka atau seronok.

Bila melihat kejadian tsumani, gempa bumi, banjir atau kematian, apa kita rasa?

Bila melihat kebakaran, kemalangan, apa kita rasa?

Apa yang kita rasa hanya rasa sedih, kasihan atau berduka.

Jarang sekali kita hendak merasa segala peristiwa yang terjadi,segala nikmat yang Allah beri itu adalah didikan dari Allah.

Allah memperlihatkan kebesarannya, mengumpan kita dengan ketakutan atau kegembiraan supaya kita dapat merasa, kita ini adalah hamba yang tidak ada kuasa, tidak ada kekuatan, hanya manusia yang lemah.

Namun ternyata kita ini manusia yang degil. Jarang sekali hendak mengambil pengajaran atau perhatian dari didikan Allah.

Seumpama kita ini orang cacat.

Kita ada mata tapi seperti buta.

Kita ada telinga tapi seperti pekak.

Kita ada mulut tapi seperti bisu.

Kita ada hati tapi seperti tiada perasaan.

Apa yang kita ambil perhatian, hanya pada nafsu. Kita belai, kita pupuk, kita manjakan sehingga nafsu itu bermaharaja lela.Nafsu yang dibesarkan, mula menguasai diri. Mula menjadikan kita tawanannya. Kita duduk dan tinggal di dalam sangkar nafsu.

Allah memujuk…

Marilah dekat dan segera datang padaKu.Tapi manusia buat tak endah. Buat tidak mendengar.

Allah memujuk…

SyurgaKu amat indah. Tidak akan pernah kau melihat keindahannya di dunia. Keasyikan syurga, kenikmatan syurga,kau tidak akan dapat di dunia. Semuanya nikmat dan keindahan yang tidak terduga.

Tapi.. manusia tidak perduli. Lebih malang bila ada manusia menjadikan gambaran syurga itu sebagai bahan lawak dan sinis.

Allah memujuk…

NerakaKu amat dahsyat! Penghuninya orang yang jahat. Diseksa dengan seksaan yang amat dahsyat. Kau tidak akan mampu tinggal di dalamnya.

Tapi.. manusia buat selamba. Tidak merasa apa-apa pun dengan amaran Allah itu.

Allah memujuk..

Kau lihatlah.. langit, bumi, gunung, haiwan, sungai, lautan. Itu semua ciptaanKu.Tapi manusia tidak ambil peduli siapa Penciptanya.

Namun tanpa segan silu, mengambil khazanahNya untuk kepentingan dan keuntungan untuk diri sendiri. Seolah-olah dunia ini miliknya.

Terlalu banyak tanda-tanda dan hujah-hujah yang menunjukkan kebesaran Allah.

Semua itu bertujuan untuk menyedarkan manusia pada Penciptanya.

Allah tidak berhenti memujuk.

Pujukan dan kasihsayang Allah untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak.

BIAR PENAT KITA BERBALOI

Adik saya kata dia kesian tengok saya, penat sibuk memanjang.”Mana kau tau?”“Yani tengok status akak kat fb pun dah tau akak penat.””Ala..Sama je macam akak tengok kau. Kesian penat memanjang. Nak uruskan anak kau yg 6 orang tu, semuanya kecik-kecik lagi. Iqy yang sulong tu pun belum berakal sangat. Kau nak pegi mengajar kat sekolah lagi. Akak tengok pun rasa penat.”Sama je kita 😆😆.Penat tapi jangan sampai kita tidak bahagia.Penat tapi jangan sampai kita tidak gembira.Rugi..kerana penat kita itulah yang akan Allah kira sebagai medan mengaut pahala.Penat itulah yang akan menjadi ibadah kita pada Allah.Kalau ikutkan banyak perkara yang kita lakukan membuatkan kita penat.Lepas makan, kenyang, penat.Balik dari melancong, suka-suka, penat.Balik dari shopping, penat.Itulah dunia. Sentiasa membuatkan kita penat. Jadi bila semuanya berakhir dengan penat, maka pastikanlah penat kita itu semua menghasilkan pahala.Dunia memang tempat kita berpenat- penat kerana akhirat juga tempat yang kita idam untuk bersenang- senang.Kerana syurga itu manis.Syurga itu tempat yang abadi.

BERDOA TANPA HENTI- Jangan ditanya bilakah doa kita akan dikabulkan.

“Aku ada buat wakaf pam air kat Kemboja untuk arwah abah. Taktau le kenapa, aku suka dengan wakaf ni. Rasa macam mengalir je pahala buat arwah abah, macam air. Macam sejuk je kubur arwah.” Bisik saya pada sepupu saya Ati Nor Hayati Abd Kadir semasa arwah pakcik sedang dikafankan.”Esok-esok ada rezeki kau buatlah untuk arwah abah kau pulak.” Saya buat usul pada sepupu tadi.”Iyalah, aku pun nak buat jugak. Nanti kalau susah aku nak uruskan, kau tolong aku iya Ta.””Boleh-boleh takde masalah.”Arwah abah dah hampir 15tahun meninggalkan dunia fana ini. Selama itu juga saya menanggung rasa kekesalan.Rasa kesal kerana tidak berada disisi arwah saat dia menghembuskan nafas terakhir.Bukan kerana saya jauh ketika itu. Saya sudah sampai pun di kampung. Sudah pergi pun melawat abah di hospital sesampai di kampung. Tapi hanya sebentar. Malah sempat berjumpa dengan doktor yang merawat. Sudah tahu kondisi abah yang semakin lemah sistem badannya.Selepas habis waktu melawat, saya terus balik ke rumah pusaka. Adik beradik pun ada yang sudah sampai.”Nanti kita pergi lepas asar iya bang.” Saya memberitahu suami.Tapi sampai ke petang saya ikutkan rasa malas nak pergi melawat abah di hospital.Kebetulan pula saya baru 3 hari keguguran. Ini seolah-olah menguatkan lagi alasan untuk tidak pergi. Berbisik lagi dalam hati, esok sajalah pergi.Namun perancangan Allah lain. Abah pergi mengadap Ilahi pada sebelah malamnya. Emak seorang diri mengadap pemergian abah.Allahu.. berita kematian abah diberitahu oleh jururawat yang menelefon ke rumah. Kebetulan saya yang menjawab panggilan itu dalam keadaan terpisat-pisat kerana baru bangun dari tidur.Saya terduduk. Berita yang diterima ibarat batu yang dilemparkan ke muka saya. Sakit!!Nak menangis pun tak berlagu.Rasa bersalah dan kekesalan yang saya tanggung bertambah berat lagi, bila mak mertua saya meninggal dunia.Dia, saya jaga ketika sakitnya berbulan-bulan. Tanda-tanda kematian telah saya nampak jelas beberapa hari sebelum kematiannya.Saya cukup yakin, sayalah orang yang akan menunggu disisinya disaat ajal menjemput. Namun sekali lagi perancangan Allah bukan ikut kehendak saya.Emak mertua menghembuskan nafas akhirnya ketika saya tiada disisinya.Berlinang air mata saya bersama menanggung kekesalan dalam diri.Sekali lagi hendak menangis pun tak berlagu.Pagi semalam, saya terima berita pakcik sedang nazak. Saya terima berita dengan hati yang bulat. Saya berdoa bersungguh-sungguh pada Allah. Saya merintih, merayu pada Allah, izinkanlah saya dapat bertemu dengan pakcik sebelum ajalnya.Saya cuba selesaikan beberapa perkara sebelum pulang ke kampung seberapa cepat. Dalam hati tak putus-putus mengharap Allah tunaikan permintaan saya.Saya terus rintih dan merintih. “Ya Allah Kau Perkenankanlah doaku ini. Aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Janganlah Kau beratkan lagi rasa kekesalanku ini. Tak tertanggung rasanya.”Sungguh.. Maha Baiknya Allah. Sayalah orang yang dapat mengadap pakcik ketika sakaratul maut datang. Sayalah orang yang mungkin berada disisi malaikat maut yang hanya dipisahkan oleh dunia lain, yang diibaratkan seperti sehelai tirai yang menghalang.Sama-sama dapat mengajar pakcik mengucap syahadah. Saya dengar helahan nafas pakcik yang akhir.إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSungguh.. Kekesalan yang saya tanggung selama 15 tahun bagai dibawa pergi. Kini tiada lagi kekesalan.Betul bagai dijanjikan. ALLAH mendengar setiap apa yang didoakan oleh hambaNya. Jangan ditanya bilakah doa kita akan termakbul. Itu bukan hak kita.Tugas kita hanya berdoa dan berharap tanpa putus asa. Berdoalah tanpa henti.Allah tahu bilakah masa yang sesuai untuk Dia tunaikan.Mungkin di dunia dan mungkin juga di akhirat.Al fatihah buat arwah pakcik Abdul Kadir bin Long.

HATIKU TERASA- jangan di ikut rasa yang membinasakan

TERGELIAT RASA
===============
Kaki kalau tergeliat, sapukan #FreshnCool, insyaallah boleh surut bengkak dan sakitnya.

Tapi bila tergeliat hati atau rasa, takde cara lain nak merawatnya. Kembalilah pada Allah sebagai tempat rujuk.

Merujuk pada manusia adakalanya membuat kita lebih menjeruk rasa. Lebih lagi jika buah fikiran mereka hanya bersandarkan akal dan fikiran.

Lebih cepat kita merujuk pada Tuhan Yang Maha Baik, lagi cepat Allah merawat rasa yang sakit tadi.

Allah suka kita mengadu-adu padaNya.
Allah suka kita bermanja-manja denganNya.
Allah suka kita bercakap-cakap denganNya.

Ibarat Allah akan membalas, datanglah padaKu, akan Ku ubat hatimu yang lara.

DOAKU UNTUKMU- hanya yang baik-baik saja.

DOAKU UNTUKMU
================
” Terima kasih Mira tolong Maklong. Maklong doakan Mira cemerlang di dunia dan akhirat. Di anugerahkan suami yang soleh. Boleh bimbing Mira jadi isteri solehah. Aminn.”

“Maklong!!!!”. Tersipu-sipu Mira bila saya cakap macam tu. Siap berdoa Maklongnya.

Emak dan mama Si Mira yang ada di sebelah pun macam tergamam mendengarnya.

“Emak dulu-dulu tak reti nak doa bagai-bagai camni.” Emak tiba-tiba bersuara memecah kesunyian.

Saya pun tergamam sama sebenarnya. Macam mana pulak boleh cakap macam tu 😁😁.

Tapi itulah, ibarat sekarang ni macam satu tabiat. Suka nak mendoakan sapa-sapa saja. Rasanya bukan saya saja yang buat. Ramai lagi yang sama perangai macam saya ni.hihii.

Macam satu budaya pulak ‘doa mendoakan’ ni.

Tak caya. Cuba tengok kat group-group, contoh group parenting ke. Asal ada je yg minta doakan atas sebab-sebab tertentu, menderu2 netizen yang menaip ayat-ayat doa. Baguskan budaya ni.

Sememangnya dalam Islam sendiri, amalan berdoa ini sangat-sangat dituntut. Buat apa saja mesti di sudahi dengan doa.

Tak rugi jika kita rajin mendoakan orang lain. Banyak hikmahnya.

Tatkala kita berdoa kebaikan untuk orang lain, sejurus itu juga telah ada malaikat yang mendoakan perkara yang sama untuk kita.

Hebat tak hebat kuasa doa itu. Malaikat pun berlumba-lumba hendak berdoa untuk kita.

MASYALLAH!

Hebat juga iman seseorang itu jika dia boleh mendoakan orang lain secara senyap-senyap.
Mendoakan yang baik-baik buat musuh atau orang yang menganiaya dirinya.

Benar.. doa orang yang teraniaya itu tanpa hijab. Doanya Allah tidak sekat. Tapi dia memilih untuk berdoa yang baik-baik. Bukan mendoakan keburukan ke atas pelaku aniaya tadi. Hebat sungguh iman orang itu. Itulah tanda kasih sayang telah menjadi pakaian buat dirinya. Kasih sayang yang terus merahmati umat manusia.

JADIKAN SEDEKAH SEBAGAI AMALAN

Sedekah
=======
Mudah saja nak bersedekah. Tidak perlu protokol, tak perlu orang tahu. Semuanya bermula dengan diri sendiri.

Bila terdetik nak bersedekah,tak perlu ditangguh. Berikan saja. Bukan sedikit atau banyaknya sedekah itu dinilai. Allah tidak memandang jumlah besar atau kecil. Yang penting kita bersedekah.

Jangan ditanya hati itu adakah ikhlas aku bersedekah. Kerana ikhlas itu rahsia Allah. Bukan tugas kita hendak menilai. Tugas kita berbuat. Jadikan bersedekah itu sebagai amalan harian.

Sehingga kita boleh merasai hidup satu hari tidak sempurna jika tidak bersedekah.

Jangan lupa niatkan yang baik-baik ketika menghulur sedekah. Sedekah tidak menjadikan kita miskin. Malah sedekah itu membersihkan apa yang bukan milik kita.

Ingatlah..
Sebagaimana firman Allah “….Wahai Tuhanku, alangkah baiknya jika engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah…”
Surah Al Mu’minun : 10

Sedangkan dia tidak pula berkata “supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “aku dapat mengerjakan solat” atau “supaya aku dapat berpuasa”…

Begitu hebatnya kuasa bersedekah.