MAHLIGAIKU DI SYURGA

Kak Ita dengan suami ni buat jenis yg sweet-sweet. Memang tak reti. Kadang-kadang time gila-gila datang tu bercerita le yang merapu..
Cakaplah, bestlah kalau..kalau..kalau..

Semuanya kalau,kalau yang tak masuk akal.
Nanti En Somi pun cakaplah..
“Nak buat apa..”
” Manalah kita ada duit banyak tu..”
” Tak payahlah..”
“Kenapa nak macam tu..”

Pastu merajuk sendiri. Muncung pun panjang sampai boleh sangkut baju.

Dah tau tu. Tapi buat lagi. Tak serik-serik nak majuk-majuk benda yang tak berfaedah.πŸ˜…πŸ˜…

Suatu hari Kak Ita cerita lagi yang ‘kalau-kalau’ ni.Ni semasa lalu kawasan rumah orang yang have-have.
“Abang..Cantik kan rumah tu. Kalaulah kita ada rumah camtu kan..bla bla bla bla..”

Cerita merapukan..

Tapi en somi balas..

“Iyalah, nanti abang buatkan Ita mahligai indah yang tercantik, bukan setakat banglo besar ni. Tapi di akhiratlah. Kat akhirat kekal abadi. Rumah kat dunia ni tak kekal..”

Terkedu sekejap. Tak bernafas sesaat.
Hihihi..yang ni tak majuk-majuk.

Iyalah..terus senyap sampai ke sudah. Pastu dah takde nak citer yang ‘kalau kalau’..

Belajar bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi..tapi..yang ‘kalau-kalau’ saja je.. Saja nak cakap-cakapπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Saja nak buat bodoh.πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

SEPASANG SELIPAR CACAT

NILAI SEPASANG SELIPAR
======================
Sudah seminggu selipar ni rosak. Kisah dari konvo Kakak Adilah tak habis lagi. Hujung selipar ni patah semasa kami bergegas memasuki bangunan PICC kerana sudah terlambat.

Semasa Muaz tunjukkan bahagian yang patah tu, umi hanya pandang sepi, suruh dia pakai je sehingga habis program konvo kakak.

Sehingga balik ke rumah, umi dah lupa pasal selipar tu. Muaz pun tak bersebut.

Sehinggalah beberapa hari lepas, semasa menyapu sampah di luar rumah. Umi terpandang pada selipar yang dah tak cukup sifat tu. Ambil dan campak ke dalam bakul sampah. Elok je terletak dalam bakul sampah tu sendirian. Tanpa ada sampah kering yang lain.

“Umiiiii !!!!! .. Kenapa buang selipar Muaz.”

Segera Muaz mengambil selipar cacat itu. Kebetulan ketika itu Muaz baru balik dari sekolah. Ternampak pulak dia pada selipar cacat tu dalam bakul sampah.

“Kan dah rosak. Buat apa simpan, bukan boleh pakai pun. Banyak lagi selipar lain yang umi beli. Selipar buruk tu jugak yang dipakai ke hulu ke hilir.” Umi dah mula membebel macam keretapi laju.

“Tak boleh buang! Ini Abang Hafiz bagi.”
Muaz ambil dan peluk selipar cacat tu.”
Tinggi suaranya dan dah berlinang air mata.

Muaz ni perangainya banyak ikut uminya. Nampak keras, garang. Tapi hati tisu. Sikit-sikit menangis. Mudah sungguh air mata tu nak keluar.

Umi terdiam. Iya… selipar tu sepupu Muaz yang bagi. Sepupu yang bernama Mohamad Hafiz. Tua setahun dari Muaz. Berumur 12 tahun. Tinggal di Johor Bahru. Hensem boy. Seorang yang pendiam. Anak bongsu.

*Allahu..nilai kasih sayang anak-anak. Mudah tersemai ketika masih kecil. Masih bersih dan suci. Apa saja yang berkaitan kasih dan sayang mudah di terima dalam diri.
Kasih sayang kalangan anak-anak bersifat jujur. Tiada kepentingan diri. Jika terus dipupuk dan dibaja. Insyaallah tidak akan hilang hingga dewasa.*

Umi mengalah. “Iyalah..umi tak buang. Simpan tepi dulu.” Umi ambil dan simpan selipar cacat tu letak di tepi dinding. Hari dah nak Maghrib. Syaitan dah banyak ketika ni.

Masuk rumah tutup pintu. Habis adegan hari tu.

Hari ini dalam group wassap keluarga. Umi membuat rayuan. Sebab 30/10 ni harijadi Muaz, umi minta Abang Hafiz bagi hadiah selipar buat Muaz. Supaya umi boleh buang selipar yang dah tak cukup sifat tu.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… Papa Hafiz dah jawab. Yesss!! Muaz akan dapat selipar baru hadiah dari Abang Hafiz.
😍😍😍😍😍..

Tiada lagi air mata kesedihan Muaz.😁😁😁

BEDAK ASMAK

🌻🌻 BEDAK ASMAK 🌻🌻

πŸ’― Bedak Asmak memang bagus untuk masalah kulit terbaru testimoni jeragat -hanya dalam masa 10 hari!🌺🌹

πŸ’― Sebelum itu dah terkejut dengan testimoni dari ibu mengandung yang tidak ada parut regangan yang best,ramai yang menggunakannya sebagai masker dan bedak sejuk pada waktu malam..hasilnya memang memuaskan hati cuba dulu baru percaya☺☺

πŸ’― Rahsia kehebatan produk semulajadi⭐⭐
Terbukti membantu merawat pelbagai masalah penyakit kulit termasuklah psoriasis, kulit gatal-gatal, ruam, kudis, campak, kurap, panau, gatal, jerawat dan lain-lain.
.
KELEBIHAN BEDAK ASMAK β˜ƒ:
πŸ“Œ Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat putih premium yang mengandungi mineral semulajadi.
πŸ“Œ Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
πŸ“Œ Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
πŸ“Œ Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
πŸ“Œ Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.

Berminat nk try wasap πŸ‘‡
πŸ“²www.wasap.my/60192304433

TESTIMONI MINYAK HERBA ASMAK

Hari hujan.Rasa sejuk.Tidur pun sedap cuti-cuti niSekali anak merengek.Batuk tak berhenti.Berjangkit dari suami la ni.Hidung masing-masing meleleh.Mama is rimas tau.Ajak pergi klinik.Siap punya siap jam dah pukul 12.30pm.Sampai klinik pukul 1pm sebab cari parking lambat.Kena tunggu pulak doktor rehat katanya.Pukul 2pm masuk jumpa doktor.Doktor check anak dan suami.Ok,ke kaunter lah nak buat bayaran.Mak aih,mahalnya kena.Ubat pun berderet.Sekali ada yang tegur. “Kak,kenapa tak cuba Minyak Herba Asmak.Bagus dengarnya”.Dia pun bercerita dan bagi no seller terdekat.Lepas call,akak pergilah jumpa pengedar tu dan dapatkan cara pakai.Balik akak bagilah si kecik dan bapanya pakai.Alhamdulillah mereka nampak lega dan tidur lena.Esoknya ..Eh,mereka dah makin segarlah.Tak sempat guna ubat-ubat tu semua.Inilah cerita pembaziran masa,tenaga dan wang.Maka berhuhu la.Serasi untuk saya sekeluarga,Insyaallah serasi untuk kalian semua.Mai pinang sekarang.Berbaris stok bersedia untuk dipinang.Akak jual apa yang akak pun guna tau.#minyakherbaasmakHubungi 0192304433www.wasap.my/60192304433

BEDAK ASMAK~memang terbaik

Sharing dari cust yang gembira bila anaknya sembuh dari masalah sakit kulit.

================================

Beberapa bulan yang lepas anak kak cyla dijangkiti sakit kulit yang agak serius. Doktor kata impetigo sejenis penyakit kulit seperti kudis buta. Kalau lihat muka die masa tu sedih sangat, lagi teruk dari kene chicken pox. Muka bintik merah & luka berdarah akibat di garu sebab gatal. Pergi ke klinik doktor cme bagi ubat sapu, tapi kak cyla tengok si icha semakin rancak menggaru pulak. Akibat semakin di garu kulit menjadi luka & semakin merebak ke tempt lain sehingga ke sekitar badan.

Mujur la ada nya bedak asmak & minyak herba asmak. Hari2 kak cyla konsisten sapu kejap bedak, dah kering sapu plak minyak asmak. Alhamdulillah setelah konsisten akhirnya luka cepat kering & akhirnya sembuh sepenuhnya. Hasil sapuan bedak asmak parut luka pun semakin lama semakin pudar dan terus hilang.

Masa kene sakit kulit tu ckup malu nak ble kite amik gambar die, segan.sekarang suh amik gambar serah jer kat die. Alhamdulillah, asbab asmak kini anak kak cyla kembali ceria. Tq founder Asmak Nor Fazilah Abd Mohd sebab keluarkan produk yang sangat berkesan❀️

Kredit: Kak Cyla

#MinyakHerbaAsmak

#BedakAsmak

MINYAK HERBA ASMAK

Dalam banyak- banyak produk Asmak..Minyak Herba Asmak tetap no 1 dihatiku.

Meh nak bagi semua kenaldengan minyak herba Asmak ni dengan lebih mendalam. Tak kenal maka tak cinta kan..😘

Apa itu Minyak Herba Asmak?
=_=_=_=_=_=_=_=_=_=_=_=_=_

Minyak asmak digunakan sebagai rawatan alternatif herba untuk membantu melegakan masalah pernafasan seperti asma/ lelah, semput, sesak nafas, kahak, batuk dan selsema serta pelbagai lagi kegunaan luaran yang lain. Minyak herba asmak terdapat dalam 2 size iaitu 10ml & 30ml.

Kandungan Bahannya
=_=_=_=_=_=_=_=_=_=

* Habatussauda
* Gamat Gold
* Minyak Kelapa Dara
* Minyak Zaitun

Kegunaan & Cara Guna
=_=_=_=_=_=_=_=_=_=_=

* Membantu meredakan masalah batuk, selsema, kahak & demam
* Boleh digunakan utk membantu melegakan masalah pernafasan
* Boleh juga digunakan untuk tujuan lain
* Hanya TITIS, SAPU & GOSOK.

Kelebihan & Keistimewaan
=_=_=_=_=_=_=_=_=_=_=_=

* Minyak pelbagai guna
* Mudah dibawa & digunakan
* Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi
* Sebagai alternatif awal
* Sesuai untuk semua peringkat umur
* Ianya berkesan jika mengikut cara guna yang betul
* Minyak lebih mudah menyerap.
* Berdaftar dengan KKM

Komen Pengguna
=_=_=_=_=_=_=_=_

* Minyak tidak panas tetapi sedikit berangin sesuai untuk bayi
* Minyak berbau wangi habbatussauda
* Minyak mudah menyerap di permukaan kulit
* Minyak tidak melekit
* Minyak yang sangat berkesan

BEST KE BEST??😍😍 No wonder la sape yang dah guna memang tak boleh move on dengan yg lain.

* Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu & segera ke klinik jika masalah berlarutan.

HARI GRADUASI ADILAH 2

CERITA 2

Tarikh 21/10/18

Cerita semalam.. Tahniah Adilah dapat naik pentas sempena konvokesyen.
Diumumkan sebagai penerima anugerah dekan dengan gelaran “Anugerah khas ketua pegawai eksekutif”. Bohonglah kalau umi takde rasa bangga dengan pencapaian Adilah. Namun jauh di sudut hati umi sentiasa berasa cemas dengan dirimu.

Sentiasa cemas dengan bagaimana hubungan mu dengan Allah.
Bagaimana pergaulanmu bersama rakan-rakan.
Bagaimana solatmu,bagaimana kamu menjaga akhlak. Cemas..memang cemas.

Tapi apakan daya umi mahu mengawasimu 24jam.

Hanya pada Allah umi berdoa agar kamu sentiasa dipelihara dari segala bala bencana. Selamat di dunia dan di akhirat..

Menjadi muslimah yang sentiasa berakhlak baik. Menjaga solat dan segala ibadah. Rugi kalau kita hanya berjaya di dunia tetapi kita gagal dalam mengejar akhirat. Negara yang kekal abadi.

Semoga kita akan sama-sama dapat berpimpin tangan menuju syurga Firdaus Allah. Aminn

HARI GRADUASI ADILAH

CERITA 1:

Teringat kisah dulu..Ketika adik Suriani Hasan konvo kat UPSI. Bergenang air mata bila dia melintas lalu masuk ke dalam dewan.

Abah sudah meninggal dunia ketika tu. Jadi Kak Ita lah yang meneman emak.

“Ita, ko belikanlah Yani tu bunga, yang murah-murah pun jadilah.” Emak bisik-bisik pada Kak Ita.

Allahu.. Rasa sedihnya hati.

“Iyalah mak,Ita beli.”

Kak Ita beli bukan yang murah. Kak Ita belikan yang tercantik dan yang mahal. Semuanya untuk gembirakan emak. Sebenarnya bukan berduit sangat masa tu.Iyalah bisnes pun baru nak merangkak-rangkak. Tapi demi menggembirakan emak. Kak Ita sanggup nak buat apa saja nak bagi dia gembira.

Memang sepanjang masa bergenang air mata dia. Pasti bercampur baur antara gembira dan kesedihan.

Hari ini anak Kak Ita pulak yang konvo.

Tapi…tapi perasaannya berlainan sekali. Mana tidaknya, semua kelam kabut. Dari pagi tadi dua2 budak yang tak kecik sangat, Muaz dan Sara dah mula buat perangai. Dua-dua meragam bila kata kena duduk luar dewan. Tak boleh masuk. Duduk dengan Abang Besar Aiman.

Monyok semacam dua2 orang. Suruh kemas barang nak keluar homestay, diaorang buat tak tau je. Suruh mandi, masih duk baring-baring lagi. Umminya dah tinggi suara.

Kita nak cepat, semua jadi lambat.

Apa-apa solat dulu tadi di Masjid Besi Putrajaya. Selesai dalam 1:30. Terus masuk kereta. Dah lambat ni. Dua-dua masih tak bertukar mood. Masih nak buat perangai.

“Abang takyah masuklah. Ita masuk dengan Aiman. Abang jaga budak-budak ni.” kata En Somi.

” Mana boleh! Apa kata Dila nanti. Mesti dia sedih, ayah tak tengok dia naik pentas.” Tinggi dah suara. Allahu, dah buat dosa je dengan suami. Tapi membebel-bebel lagi ni.

Adui..rasa telinga dah panas ni, Naik dah darah ni.

Dah lambat, mestilah parking susah nak cari. Tapi alhamdulillah dapat jugak parking kat basement.

Masuk PICC tak pandanglah budak dua orang tu. Bagi duit kat Aiman suruh belikan bunga untuk kakaknya. Carilah apa yang patut. Umi dan ayah dah lambat nak masuk dewan.

Okfine. Selesai bab budak-budak.

Bagi pas pada yang bertugas.
“Encik, sepatutnya tak boleh pakai sandal. Tak boleh masuk ni.”

Ah sudah. Satu hal bila dah kelam kabut. En Somi lupa nak tukar sandal pada kasut.
“Kereta parking jauhlah cik.” En somi cakap baik-baik dengan yang bertugas.

“Saya bagi lepas ni. Tapi cover-cover sikit iya. Takut penjaga kat atas tak bagi masuk.

Alhamdulillah lepas masuk dan dapat tempat
duduk. Harap tiada lagi kujatan-kujatan..

Panjang pulak luahan rasa..huhu
Buat cerpen dalam dewan sementara menunggu nam kakak Adilah di panggil. Tapi taklah kot nak rasa-rasa sentimental.. Penat dahπŸ˜…πŸ˜…

PUDING ROTI SEDAP

Hari ini Kak Ita nak share resepi puding roti yang sangat mudah.

Kalau emak Kak Ita teringin nak makan, inilah satu-satunya pencuci mulut yang ringkas dan senang di buat. Sedap pun sedap.

Tapi Kak Ita dah modified sikit resepi ini sebab Kak Ita suka apa_apa dessert yang kurang manis. Kurang manis tapi sedap.

Resepi Puding Roti Mudah
======================
10 keping roti
3 cawan susu segar (susu cair pun boleh)
3 biji telur gred A@B
3 sudu besar gula (Kak Ita guna gula organik)
3 sudu besar margerin (cairkan)
1 sudu teh vanilla esen
kismis suka hati( Kalau ada cranberry @ kurma pun boleh masukkan)
Chocolate cip ( Kak Ita tak letak sbb tak suka☺)

Bahan sos
=========
1tin susu cair
1/2 tin air (guna tin susu tadi)
3 sudu besar gula
1 @ 2 sudu besar tepung kastard bergantung pada kepekatan sos yang kita suka.
1 sudu teh vanilla
Sedikit garam

CARA- CARA NAK BUAT.

Carik-carikkan dan atur roti ke dalam bekas yang telah disapukan margerin di sekeliling bekas.

Taburkan kismis di antara roti tadi. Ketepikan.

Di dalam bekas yang lain, campurkan susu,gula, telur, margerin cair dan esen vanilla. Kemudian kacau bahan tadi hingga sebati dan gula terlarut.

Setelah siap, tuangkan bahan cecair tadi ke dalam bekas yang mengandungi roti. Biar sebentar untuk memastikan roti tadi dapat menyerap campuran cecair tadi dengan sempurna.Kemudian bakar di dalam oven pada suhu 200c selamat 30-45minit.

SOS KASTARD

Campurkan semua bahan-bahan sos dalam periuk dan kacau di atas api yang perlahan. Sentiasa mengacau sos tadi hingga ia menjadi sedikit likat dan berkilat. Siap.

Bolehlah dihidangkan ketika sejuk .Selamat mencuba..