PENAPIS AIR KITA..HALAL KE?

COPY AND PASTE

Air putih/ penapis air halal?

Pernah ditanya oleh seorang usahawan kepada saya. “En Amin, air pun nak cari yang halal juga ke? Kan kita ambik daripada air paip. Kalau ada bab1 mati pun, halal ja air tu”.

Itulah persoalan yang sering ditanya tentang air putih.

Sebenarnya isunya adalah FILTER / penapis bukannya air.

Baiklah.

Sebelum kita meneruskan penerangan tentang filter aka penapis air. Jom kita ulang kaji tajuk jenis-jenis air dalam Islam:

Air terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

a) Air Mutlaq:

Air ini adalah air yang suci lagi menyucikan. Maksudnya dia boleh menyucikan najis-najis.

b) Air Musta’amal:

Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain.

– Air yang bercampur itu ada dua cara:-

1) Majawir
– Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.

2) Mukhalit
– Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya sabun maka dihukumnya air Musta’amal.

c) Air Musyammas:

Air suci lagi menyucikan tetapi makruh untuk menggunakannya.
Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.

d) Air Mutanajjis:
Air Mutanajis ialah air yang bercampur dengan cara Mujawir.
Contoh terkena najis, sedangkan ia kurang dari dua kolah, atau air yang lebih daripada dua kolah tetapi terkena najis sehingga berubah warna, rasa atau baunya. Air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana ia tidak suci dan tidak mensucikan

Baiklah…

Seperti penentangan diatas, saya ingin kongsikan isu tentang filter. Isu air ditapis adalah bagaimana air itu ditapis? Apakah jenis filter yang digunakan? Apakah sumber filter yang digunakan?

Untuk maklumat semua.

Di dalam filter mempunyai bahan yang dinamakan seramik. Seramik ini banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air. Bahan Seramik ini berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, mikro-organisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.

Akan tetapi yang perlu disedari oleh kita semua ialah banyak bahan seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’. Tulang ini akan dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentukkan seperti tiub untuk dipasang pada katrij sistem penapis air.

Tetapi jika tulang ini daripada tulang bab1, bagaimana?

Maka carilah filter yang halal seperti Hijrah ke Hijjaz atau seangkatan dengannya.

Sebab itu lah, di dalam pensijilan halal. Pengusaha mesti “declare” penapis yang digunakan. Jika penapis itu daripada sumber yang meragukan. Maka sijil halal tidak akan diberikan.

Nota: mommy-mommy tu…pastikan penapis air dirumah halal ya!

Mencari halal fardu untuk muslim.

Sekian,
Aminurrashid
#abamhalal
#trainerhalal

HALALKAH NUGGET YANG KITA MAKAN?

Nugget viral!

3 benda yang perlu anda tahu dan semak!

1) Bahan mentah/ramuan

Tahukah anda. Nugget adalah bahan mentah yang kritikal di dalam pensijilan halal kerana ia mengandungi bahan mentah dan ramuan yang kritikal.

Jom saya cerita.

Di dalam nugget, ia mengandungi bahan mentah dan bahan ramuan yang kritikal iaitu ayam, seasoning dan batter. Adalah amat penting untuk kita pastikan sumber ayam itu adalah halal (disembelih mengikut hukum syara’).

Selain daripada itu, seasoning dan batter untuk coating nugget juga boleh terhasil daripada sumber haiwan.

Maka, walaupun ia kesukaan anak kita. Hati-hati membeli produk ini.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به

“Setiap Daging yang Tumbuh dari sesuatu yang haram maka neraka lebih berhak baginya.” (HR. Thabrani).

2) Harga

Kita jadi gila dan tidak keruan apabila orang viral nugget murah! Nugget daripada jenama yang popular tapi dijual murah.

Memang kita terus beli dan jadi dealer la.

Aisey.. sabar na..

Kita mesti hati-hati dengan harga yang murah kerana isi nugget bukan hanya isi daging ayam sahaja. Ada industri mencampurkan dengan tulang dan lain-lain lagi.

Biasanya harga yang premium itu adalah daripada isi nugget yang berkualiti dan hanya isi daging ayam sahaja.

Bukan semua yang murah itu tidak berkualiti. Kene pastikan betul-betul.

3) Sijil Halal

Yang ini paling penting!

Belilah yang ada logo halal. Jika ada logo halal. Insha Allah, produk itu adalah daripada sumber yang halal dan toyyiban.

Tip:
Jika anda ingin membeli produk ini pastikan ada logo halal dan semak di halal Direktori www.halal.gov.my atau download aplikasi halal.

Harap status ini dapat menenggelamkan lagu haram semalam.

Sekian,
Aminurrashid.
2 Februari 2019
Trainer Halal.

LOGO HALAL? HARAM?

Logo haram!

Saya sering kali dihujani pertanyaan ini. Malah mereka siap memarahi JAKIM tentang inisiatif logo halal yang ada sekarang.

Grrrrr….

Apakah pendapat anda?

Bagi mereka logo haram adalah lebih baik daripada logo halal.

Tapi…

Kenapa mereka minat sangat tentang logo haram ini? Apakah hujah-hujah mereka.

Jom kita hayati hujah-hujah mereka:

1) Dunia ini asalnya dipenuhi dengan yang halal, bukan yang haram. Dalil ini mereka gunakan:

‎الأصل في الأشياء الإباحة والطهارة
“Hukum asal bagi setiap perkara adalah harus (boleh) dan bersih”.

Yang haram sedikit sahaja: Arak dan Bab1.
Yang lain semuanya halal.

2) Nas-nas dalam al-Quran dan al-Sunnah mendapati sedikitnya perkara yang diharamkan Allah dan banyaknya perkara-perkara yang Allah diamkan tanpa diberikan hukum. Maka yang halal adalah banyak.

3) Negara kita majoriti beragama Islam manakala orang bukan Islam memahami tentang makanan Halal. Maka baik adanya logo haram kerana makanan haram sedikit sahaja.

4) Banyak industri mengeluarkan makanan halal dan produk haram hanyalah sedikit. Maka lebih senang kita mengawal produk haram ini kerana ia sedikit.

Inilah hujah-hujah mereka yang menyokong logo haram ini. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka tidak berada dalam industri ini. Saya raikan pandangan mereka.

Tetapi saya kongsi balik petikan dalam FB saya:

Apa yang akan berlaku jika LOGO HARAM diperkenalkan atau diwajibkan.

Jom kita sama-sama fikir.

Kemungkinan berlaku dan adanya:

1. Jabatan Haram Malaysia.
2. Haram Industry Development Corporation.
3. Pegawai Produk Haram.
4. Budjet/belanjawan/geran produk haram.
5. Perniagaan sertu makin maju.
6. www.haram.gov.my (direktori haram).
7. Pensijilan dan logo haram.
8. Aplilasi haram dalam play store & apps store.
9. Skim sukarela letak logo haram.
10. Penguatkuasaan/pemantauan produk haram.
11. Pengusaha haram tidak mahu letak logo haram.
12. Haram Park ( industri kilang haram berkumpul).
13. Dalam job street boleh seacrh haram job.
14) Nilai/statistik pasaran haram (import&export).
15)Haram supply chain.
16) Expo/pameran Haram.

Baiklah… kalau nak disenaraikan memang banyak. Tetapi kita cuba lihat apakah objektif pensijilan halal ini bukan hanya lihat kepada “outcome” sahaja. Apa yang boleh saya simpulkan.

Objective + Outcome + Impact =

semua memainkan peranan yang penting.

Mesti ingat
“Tidak semestinya tiada logo halal itu maksudnya tidak halal”.

Mencari halal fardu bagi setiap muslim.

Sekian,
#abamhalal
#tarbiahhalal
Aminurrashid

BEDAK ASMAK- masalah ekzema?

🌻BEDAK ASMAK🌻✔ Merawat ruam pada bayi, ekzema, psoriasis, kudis buta, kurap, panau, kayap, gatal, cacar air, luka dan lain-lain.✔Diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih bekualiti tinggi.❤Bedak Asmak 150g – RM38❤Bedak Asmak 50g – RM24

Kasih simpul mati

Menghadiri majlis pernikahan sepupu semalam. Kedua mempelai menyimpul kasih buat kali kedua.

Mendengar tazkirah akad nikah sebelum majlis tentulah lain dari yg baru pertama kali bernikah. Lebih penekanan kepada membentuk persefahaman dan nilai kasih sayang suami isteri.

Kita yang dah lama bernikah pun boleh mengambil peringatan dari tazkirah tersebut.

Yang seronok dapat buah tangan ni. Orang JDT mesti sedia maklum. Menggamit memori, kenangan zaman-zaman sekolah dulu. Dah lebih 40 tahun tapi masih menjadi kudapan yang evergreen.

Ada yang panggil mee siput, ada yang panggil mee sanggul. Letak sambal tumis. Pecah-pecahkan, makan terus dari plastik. Bila makan cara begini lain nikmatnya. Teringat kenangan lama😍😍.

Keperluan kita- hanya ruang saiz kita sahaja

Bila sebut tentang dunia, sebolehnya semua tentangnya ingat kita terokai. Malah ingin kita miliki. Tak salah. Allah membenarkannya.Nak buru dunia, nak cari kekayaan dunia juga tidak salah. Siapa yang hendak menolak kemewahan dan kesenangan dunia.Akal kita berkata, jika kita boleh dapat kekayaan dunia, sudah pasti kita akan hidup senang.Namun.. hakikatnya, manusia itu sama sahaja. Baik dia seorang yang kaya atau pun dia miskin.Orang kaya atau miskin, bila mereka makan, sudah kenyang, itulah keperluan untuknya. Bila hendak makan lebih sudah tidak boleh. Tidak kiralah sesedap mana makanan tersebut.Bila kenyang, ruang perut sudah penuh,cubaan hendak makan lebih lagi akan memudaratkan tubuh badan kita. Mungkin kita akan sakit perut. Mungkin juga kita akan memuntahkan balik makanan tadi.Dalam berpakaian, walau secantik dan semahal mana pun pakaian kita, ruang keperluan pakaian tadi hanya sekadar saiz badan kita. Jika kononnya kita memakai pakaian yang mahal, kita tamak hendak meletakkan ruang kain yang lebih pada tubuh badan kita, hasilnya sudah tidak cantik. Pakaian tadi akan terlondeh dari tubuh kita.Kalau kecil pula ruangnya, lagi parah. Langsung kita tidak boleh nak pakai pakaian tadi.Begitu juga dalam berkenderaan. Naik BMW ke, Honda ke atau Viva sekali pun, ruang keperluan kita hanya saiz badan kita. Bezanya orang kata, naik kereta yang mahal ni lebih selesa dan sedap di bawa. Lebih laju dan bergaya. Namun apa- apa jenis kenderaan pun, bila sampai ke destinasi, itulah ruang keperluan kita. Kita tetap sampai ke tempat yang hendak dituju.Bila kita berbaring hendak tidur tidak kira di dalam rumah yang mewah atau rumah kos rendah, juga keperluan tetap sama saja, sekadar saiz ruang kita.Silap hari bulan, tidur diatas tilam yang empuk, katil yang mahal, siap dipasang aircond untuk mendapat udara yang nyaman. Berpaling kiri dan kanan, mencari ruang keselesaan, masih tidak boleh melelapkan mata.Begitulah juga anugerah rezeki dari Allah untuk umat manusia. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang.Sepatutnya yang dapat lebih membantu mereka yang dapat kurang agar ruang keperluan itu sama-sama dapat dipenuhi.Yang kurang memerlukan bantuan orang yang lebih.Orang yang dapat lebih, membantu orang yang kurang. Barulah akan terhubung kasih dan sayang.Jika orang yang kaya tidak mahu membantu orang yang miskin, akan berlaku hasad dengki. Orang kaya tidak akan senang duduk.Jika orang yang kaya tidak membantu yang kurang. Orang miskin juga tidak boleh tenang.Orang yang kaya akan dianggap tamak, bakhil dan kufur nikmat.Orang yang miskin tidak redha dan sabar.Sebab itulah berlakunya kecurian, rompakan, penculikan malah berlaku pembunuhan.Jika keadaan inilah yang berlaku, kita semua berada di dalam kemurkaan Allah. Masing- masing buat salah.Kesalahan yang kita buat itu mengikut ruang bidang masing- masing.Bila kita berada di dalam kemurkaan Allah, bererti kita semua berada di dalam keadaan berdosa. Allahu.. malangnya nasib kita.Di dunia lagi tidak selamat, di akhirat belum tentu nasib kita.Semoga Allah mengampunkan segala dosa yang kita lakukan.

UJIAN DARI ALLAH- untuk jadikan diri mu itu ISTIMEWA

“Mengapa hanya aku saja yang diuji. Terasa beratnya ujian dariMu Ya Allah. Tak tertanggung rasanya hendak menghadapi ujian yang Engkau beri.”Mungkin kita pernah berbisik di dalam hati, patah perkataan yang lebih kurang begitu maksudnya.Ujian yang menimpa terasa berat di bahu. Melihat orang lain bagai tidak diuji. Melihat orang lain boleh bersenang- senang, seolah- olah ringannya ujian mereka.Ada masanya kita seolah- olah belum sempat habis satu ujian, datang lagi ujian yang lain. Terasa sesaknya dada seolah-olah tiada nafas yang dapat dihela lagi.Beratnya ujian itu..Mengapa Allah perlakukan begitu pada dirimu ?Subhanallah.. Maha Suci Allah. Andailah kita tahu mengapa terjadinya begitu.Ini adalah kerana Allah mahu dirimu istimewa di akhirat. Bukan istimewa di dunia.Allah lambatkan terangkatnya ujian kerana Allah hendak beri banyak pahala buat dirimu.Itulah hikmahnya.Supaya kita dapat redha Allah dalam setiap ujian yang menimpa. ALLAH mahu kita kaya di akhirat.Lihat sahaja kekasih Allah di dunia yang diberi kekayaan di dunia. Nabi Sulaiman yang dikurniakan kekayaan, pun Allah uji dengan kesusahan.Ujian dan kesusahan yang berat buat Rasul Allah ini. Seolah- olah Allah bagi isyarat. Seolah-olah Allah berkata pada Rasul Nya,” Hai Rasul, engkau ini Kekasih Aku. Kalau engkau cinta Aku, tentu Aku hendak istimewakan engkau. Tapi bukan di sini tetapi di akhirat. Jadi terima dulu ujian di sini supaya dapat pahala yang banyak di dunia. Supaya engkau istimewa di akhirat.”Jika kekasih Allah juga diuji, apatah lagi kita manusia biasa. Tetap akan diuji.Tidak sukakah kita mendengar janji Tuhan seperti ini?Selayaknyalah jika berat ujian kita di dunia, kita mendapat pengiktirafan dari Allah di akhirat.Menjadi kaya dan menjadi orang istimewa di akhirat.

UJIAN – ia menjadi pakaian kehidupan

UJIAN dalam kehidupan.Kita semua tidak dapat lari dari menghadapi ujian dalam kehidupan.Kerana ujian itu pakaian hidup manusia.Suka atau tidak, iya tetap datang. Setiap dari kita menghadapi ujian yang berbeza-beza.Kita rasa, selalunya ujian dalam hidup ini banyak yang mengganggu gugat jiwa dan perasaan kita.Ujian yang datang ada kalanya boleh kita duga. Tetapi kebanyakannya tidak dapat kita duga.Bila datang ujian sebegini, seringkali hilang rasa ketenangan dan kebahagiaan kita.Lebih-lebih lagi jika ujian itu datang bertimpa-timpa.Aduhai.. Ibarat kata pepatah melayu’Sudah jatuh ditimpa tangga.’Adakalanya ujian yang datang itu berat bagi kita. Adakalanya ringan pula untuk kita.Adakala datangnya sekali sekala. Tapi ada juga yang datang berkali-kali.Kesimpulannya kita sebagai manusia tidak akan lepas dari ujian. Ertinya hati dan jiwa kita akan sentiasa dibolak balikkan, diganggu gugat.Jiwa tidak tenang dek kerana ujian.Bila datang ujian yang berat, susah sekali hendak mengubatnya.Tidak dapat diubat dengan harta atau kekayaan, tidak juga dengan nama dan pangkat, tidak juga dengan kuasa mahu pun ilmu.Kebanyakan dari kita, akan merasa gelisah dan sengsara. Menjadi kecewa dan putus asa dengan ujian yang menimpa.Allahu.. Betapa lemahnya iman kita.Sebenarnya, semua perasaan itu adalah fitrah semulajadi jiwa manusia. Rasa susah dan gelisah dengan ujian.Namun ada orang yang tenang saja bila menghadapi ujian. Ujian ringan atau berat, sama saja bagi mereka.Sedih tetap terasa namun tidak sampai menggugat. Tidak sampai hilang pertimbangan, tidak meroyan dengan ujian yang Allah timpakan pada mereka.Malah, ada golongan yang rasa terhibur dengan ujian dari Allah. Mereka rasa, Allah memberi perhatian.Bagaimana mereka ini boleh tenang dengan ujian?Boleh redha dengan ujian?Boleh pula rasa terhibur dengan ujian?Ini adalah kerana mereka meletak Allah di hadapan. Mereka kembali kepada segala ketentuan Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Mereka menjadikan Allah sebagai sandaran. Allah menjadi tempat rujukan mereka dalam apa jua keadaan.Bila sudah kenal dan perlu pada Allah. Maka yakinlah bahawa Allah lah pengubat segala penyakit jiwa yang menimpa manusia.Berbahagialah pada manusia yang menjadikan ujian sebagai hiburan.

ALLAH MEMUJUK.

Allah memujuk

==============Bila lihat gunung ganang, apa kita rasa?

Bila lihat laut yang terbentang luas, apa kita rasa?

Bila melihat bunga yang cantik warnanya, berbau harum, apa kita rasa?Apa yang kita rasa hanya rasa gembira, suka atau seronok.

Bila melihat kejadian tsumani, gempa bumi, banjir atau kematian, apa kita rasa?

Bila melihat kebakaran, kemalangan, apa kita rasa?

Apa yang kita rasa hanya rasa sedih, kasihan atau berduka.

Jarang sekali kita hendak merasa segala peristiwa yang terjadi,segala nikmat yang Allah beri itu adalah didikan dari Allah.

Allah memperlihatkan kebesarannya, mengumpan kita dengan ketakutan atau kegembiraan supaya kita dapat merasa, kita ini adalah hamba yang tidak ada kuasa, tidak ada kekuatan, hanya manusia yang lemah.

Namun ternyata kita ini manusia yang degil. Jarang sekali hendak mengambil pengajaran atau perhatian dari didikan Allah.

Seumpama kita ini orang cacat.

Kita ada mata tapi seperti buta.

Kita ada telinga tapi seperti pekak.

Kita ada mulut tapi seperti bisu.

Kita ada hati tapi seperti tiada perasaan.

Apa yang kita ambil perhatian, hanya pada nafsu. Kita belai, kita pupuk, kita manjakan sehingga nafsu itu bermaharaja lela.Nafsu yang dibesarkan, mula menguasai diri. Mula menjadikan kita tawanannya. Kita duduk dan tinggal di dalam sangkar nafsu.

Allah memujuk…

Marilah dekat dan segera datang padaKu.Tapi manusia buat tak endah. Buat tidak mendengar.

Allah memujuk…

SyurgaKu amat indah. Tidak akan pernah kau melihat keindahannya di dunia. Keasyikan syurga, kenikmatan syurga,kau tidak akan dapat di dunia. Semuanya nikmat dan keindahan yang tidak terduga.

Tapi.. manusia tidak perduli. Lebih malang bila ada manusia menjadikan gambaran syurga itu sebagai bahan lawak dan sinis.

Allah memujuk…

NerakaKu amat dahsyat! Penghuninya orang yang jahat. Diseksa dengan seksaan yang amat dahsyat. Kau tidak akan mampu tinggal di dalamnya.

Tapi.. manusia buat selamba. Tidak merasa apa-apa pun dengan amaran Allah itu.

Allah memujuk..

Kau lihatlah.. langit, bumi, gunung, haiwan, sungai, lautan. Itu semua ciptaanKu.Tapi manusia tidak ambil peduli siapa Penciptanya.

Namun tanpa segan silu, mengambil khazanahNya untuk kepentingan dan keuntungan untuk diri sendiri. Seolah-olah dunia ini miliknya.

Terlalu banyak tanda-tanda dan hujah-hujah yang menunjukkan kebesaran Allah.

Semua itu bertujuan untuk menyedarkan manusia pada Penciptanya.

Allah tidak berhenti memujuk.

Pujukan dan kasihsayang Allah untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak.

BIAR PENAT KITA BERBALOI

Adik saya kata dia kesian tengok saya, penat sibuk memanjang.”Mana kau tau?”“Yani tengok status akak kat fb pun dah tau akak penat.””Ala..Sama je macam akak tengok kau. Kesian penat memanjang. Nak uruskan anak kau yg 6 orang tu, semuanya kecik-kecik lagi. Iqy yang sulong tu pun belum berakal sangat. Kau nak pegi mengajar kat sekolah lagi. Akak tengok pun rasa penat.”Sama je kita 😆😆.Penat tapi jangan sampai kita tidak bahagia.Penat tapi jangan sampai kita tidak gembira.Rugi..kerana penat kita itulah yang akan Allah kira sebagai medan mengaut pahala.Penat itulah yang akan menjadi ibadah kita pada Allah.Kalau ikutkan banyak perkara yang kita lakukan membuatkan kita penat.Lepas makan, kenyang, penat.Balik dari melancong, suka-suka, penat.Balik dari shopping, penat.Itulah dunia. Sentiasa membuatkan kita penat. Jadi bila semuanya berakhir dengan penat, maka pastikanlah penat kita itu semua menghasilkan pahala.Dunia memang tempat kita berpenat- penat kerana akhirat juga tempat yang kita idam untuk bersenang- senang.Kerana syurga itu manis.Syurga itu tempat yang abadi.