JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

Walaupun jauh, tapi tetap dekat di hati.💖💖

Minggu lepas saya ajak adik beradik, ipar duai, masak nasi lemak pada hari yang sama. Tarikhnya pada 19/4/2020 Ahad.

Siap buat poster 😁

Alhamdulillah, 5 famili sanggup menyambut cabaran kecuali 1 famili sebab adik dan isterinya ‘frontliner’. Kami tahu bagaimana sibuknya mereka. Kami doakan Zizi dan Sila bersabar dalam tugas. Moga Allah memberi pahala selayak para pejuang agama Allah.

Macam- macam hal berlaku dalam masa nak siapkan nasi lemak ni. Ada yang tiba- tiba bekalan air terputus tanpa amaran. Dah macam mana nak memasak? 🤔

Yang sibuk dengan anak kecil meragam lagi. Tiba- tiba nak bergayut je kat mamanya. Hai anak- anak 😅😅

Tapi kesungguhan nak siapkan nasi lemak kasih sayang ni amat- amat menyentuh hati.😍😍

Siap juga 5 jenis nasi lemak kasih sayang dari 5 famili ni walaupun ada yang terlajak siapkan nasi lemaknya hari ini gara- gara tak de air semalam.

Kemudian ada pula berlaku kebakaran belukar berhampiran dengan rumahnya. Sementara nak tunggu bomba sampai, bergotong royonglah sesama jiran nak padamkan api kebakaran.

Sungguh, hari ini dalam sejarah.

Terima kasih adik- adik dan ipar-ipar yang disayangi. Ginilah gaya kak long @ mak long kamu. Sabor jelah. Hihi.

Sungguh, dalam kejauhan jarak, ada kalanya rasa rindu membuak- buak pada semua adik beradik. Bukan boleh dibuat- buat. Ia datang sendiri.

Emak dan arwah abah pernah buka warung nasi lemak di kampung. Abah siap beri nama yang cantik untuk warung kesayangannya. ‘Al Barokah’.

Warung ‘Al Barokah’ banyak meninggalkan kenangan buat emak dan abah. Jadi semalam saya minta pada semua adik- adik, sedekahkan al fatihah buat arwah abah. Khusus untuk abah, kita buat secara berjemaah.

Moga arwah abah mewah dengan hadiah al fatihah dari anak menantu dan cucu- cucu. Moga emak juga boleh berlapang dada dan redha dengan kami anak- anak yang sering melukakan hati ibu tua ini.

Selagi ada hayat dikandung badan, kasih sayang dan silaturrahim ini akan kami jaga.

Tiada apa yang lebih menggembirakan bila kita merdeka di akhirat kelak. Dapat berkumpul bersama di Syurga Allah dengan riang gembira.

Ya Allah, Ya Wajid… perkenankanlah.

Sepinggan nasi lemak, auranya hebat! Boleh menyatukan seluruh keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *