HADIAH BUAT SAHABAT

HADIAH BUAT SAHABAT

“Kenapalah umi susah- susah nak pakai gelas ni buat puding. Banyak gelas nak kena basuh nanti.”

Betullah tu, buat dalam satu bekas besarkan lebih senang. Sama je, nanti semua masuk perut.

Bukan saja- saja saya guna gelas tu. Haah, betullah juga, nak nampak cantik, lepas tu nak upload kat fb.๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Gelas ini sebenarnya pemberian sahabat saya, adik yang sentiasa di dalam ingatan dan disayangi. Pemberian Aziana AR semasa program perkampungan #kelabsahabatBondaNor tahun lepas.

Semua peserta dapat, kerana setengah dozen gelas yang di dalam kotak itu, berada di dalam goodies bag. Seronok sungguh masing- masing menjinjit goodies bag yang sarat dengan pemberian sahabat- sahabat yang baik hati.

Sudah habis setahun gelas itu berada di dalam kotak tidak berusik. Musim PKP ni, barulah sibuk mengemas apa yang patut.

Saya tak banyak pinggan mangkuk, jadi mudahlah nampak kotak gelas itu berada di sudut penjuru almari.

Rasa bersalah bersarang di dalam diri. Pemberian sahabat, tapi saya tidak gunakan lagi. Bila tidak digunakan, maka tidak akan ada aliran pahala ke atas sahabat tadi.

Allahu, apalah ertinya persahabatan jika tidak dijaga adab- adabnya. Bukan minta dibalas, cukup sekadar dihargai.

Sebagai sahabat yang baik, sudah pasti kita ada peranan. Hadiah yang diberi, perlulah kita jaga. Besar kecil, mahal murah sesuatu hadiah, itu bukan ukuran.

Sudah pasti sipemberi hadiah tadi, mengharapkan hadiah itu diterima dengan baik. Pasti dialah orang yang paling gembira apabila hadiah yang dititip, kita dihargai.

Kalau hadiah itu berbentuk makanan, makanlah sedikit walaupun kita tidak suka pada makanan itu. Tunjukkan reaksi yang kita gembira dengan hadiah yang diberi. Jangan sesekali buat muka tidak puas hati sehingga menyinggung perasaan sahabat tadi.

Bagaimana pula dengan hadiah yang berbentuk fizikalnya tahan lama? Contoh pinggan mangkuk, gelas, tupperware, atau yang lain- lain. Pakailah, gunalah ia walaupun untuk sekali dua.

Kerana apa? Kerana itu akan mengalirkan pahala buat si pemberi hadiah tadi.

Sekali kita pakai, sekali sahabat kita dapat pahala. Bayangkan kalau berkali- kali kita gunakan hadiah tadi, maka berkali- kalilah pahala yang mengalir untuk sahabat kita.

Subhanallahโ€ฆIndahkan.

Mudah saja hendak menguruskan sebuah persahabatan. Ikatannya tidak semua boleh nampak dari sudut lahiriah. Ia lebih merujuk ke dalam hati.

Apabila hati kita sudah lurus untuk menjalin persahabatan. Walau berlaku pergeseran hati atau bersenget- senget hati dengan sahabat, ia akan cepat pulih. Kita akan cepat bermaaf- maafan antara satu sama lain.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ia mudah berlaku.

Sesekali, kirimkan doa atau hadiah al fatihah buat sahabat tanpa pengetahuan dia.

Sungguh, ia cukup bermakna. Dia tidak tahu, tapi Allah dan malaikat tahu apa yang kita buat. Sungguh tinggi nilaiannya di sisi Allah. Bila Allah suka, maka bertambahlah berkat dan rahmat yang Allah cucurkan buat kita dan sahabat kita.

Jom sahabat, carilah mana- mana hadiah yang mungkin masih berbungkus walaupun sudah bertahun di dalam simpanan kita. Mungkin ada sekecil- kecil tipuware atau tupperware yang dihadiahkan. Gunakanlah ia, kerana ia akan mengalirkan pahala.

Ia akan membuatkan satu jalinan perhubungan yang tidak nampak di mata. Tapi ia akan terletak di hati. Hubungan yang dinamakan kasih sayang. Binalah kasih dan sayang kerana hari ini ramai manusia yang ketandusan dan kegersangan kasih dan sayang.

Sahabat… cinta sentiasa menang
Puding mangga in the glasses

PUDING MANGGA CHEESE SEDAP

Ada mangga, ada cheese cream. Macam- macam boleh buat. Mango cheese cake.

Errmmmโ€ฆ Memang sedap. Dah nak terbuat dah mango cheese cake, tapi terjumpa pulak serbuk agar- agar yang hampir nak expired.

Tak boleh membazir ni. Cari resepi dalam buku azimat purbakala.

Pegi google resepi. Olah sikit- sikit resepinya.

Maka terhasillah puding mangga cara saya.

Bila sebut puding ni, lari mana pun sukatan bahan cecair tetap kena seimbang dengan sukatan agar- agar. Baik yang bertali atau pun yang serbuk. Boleh jadi puding akan terkeras atau terlembik.

Contoh kalau resepi untuk 20g agar- agar memerlukan 1700ml air. Maka sebarang cecair yang dimasukkan mesti jumlahnya 1700ml.

Macam ni, kononnya kita nak buat puding buah-buahan. Ikut resepi, hanya perlu masukkan buah-buahan saja, tapi kita nak guna buah-buahan dalam tin. Sejenis kita pula yang tidak suka membazir. Boleh saja masukkan air dari dalam tin tadi dengan mengurangkan sukatan air tadi. Janji sukatan cecair sebagai contoh tadi cukup 1700ml.

Begitu juga dengan penggunaan susu cair. Contoh, nak guna hanya 350ml susu. Tapi susu cair yang kita ada sebanyak 450ml. Jangan takut nak guna keseluruhan susu cair tadi. Gunakan saja 450ml tadi, dengan mengurangkan sukatan air. Cukupkan jumlah bahan cecair sebanyak 1700ml.

Penggunaan tepung kastard di dalam puding. Tujuannya untuk menjadikan puding kita lebih lembut dan halus.

Kebiasaannya kita hanya memerlukan 1-2 sudu besar tepung kastard. Saya juga suka menambah 1-2 sudu besar tepung jagung. Tekstur puding akan lebih licin dan berkilat.

Tepung kastard dan jagung dimasukkan waktu akhir sebelum kita hendak angkat puding dari api.

Jangan tak tau, di dalam puding juga boleh dimasukkan biskut dan roti!

Selalunya, bila ada sekeping dua roti yang tidak habis dimakan dan hampir hendak tamat tarikh luput, jangan dibuang!

Nak buat puding roti memanglah tidak berbaloi. Masukkan dalam puding. Boleh!

Roti direndam dengan sedikit susu cair sampai kembang. Kemudian kisar sampai halus. Boleh dimasukkan sekali dengan semua bahan setelah agar- agar dan gula sudah sebati dan larut.

Kebiasaan yang saya buat, agar- agar dan gula dilarutkan bersama air sampai menggelegak. Sukatan susu, air dalam tin buah-buahan dan buah- buahan dimasukkan kemudian. Kacau rata. Bila sudah nampak air wap, masukkan bancuhan tepung kastard dan kacau lagi.

Tidak perlu tunggu sampai mendidih kerana apabila puding tadi mendidih susu akan bergentil. Angkat dari api dan terus kacau sekejap.

Masuk dalam bekas dan hiaslah ikut kesukaan kita.

Dalam resepi ni saya letakkan sedikit cheese. Buat penambah rasa di dalam puding. Tak letak pun takpe. Tiada akta yang akan menghukum.๐Ÿ˜

Jomlah tengok resepi. Resepi ni resepi asal yang saya ambil dari group MAHN, saya olah sikit.

Oh ya, jika suka puding yang manis sedikit, bolehlah ditambah gula dalam 2 sudu besar lagi. Resepi ini kemanisannya sederhana. Tidak manis sangat.

Puding Mangga Cheese

20g agar- agar tali atau serbuk
5 cawan air
1 cawan gula
3 biji mangga ( 2 dikisar , 1 potong dadu)
1 keping cheddar cheese ( saya guna 50g cream cheese sebab itu saja yang ada)
2 1/2 cawan susu cair atau susu segar.
2 sudu besar tepung kastard
Sikit garam ( sebagai pemangkin rasa. Kalau terlupa letak atau taknak letak pun tak pe.)

Cara:

Masak agar-agar dan gula hingga larut. Perlahankan api. Masukkan susu cair, cheese, garam dan tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air).

Ambil sebahagian, masukkan dalam bekas yang kita suka. Tujuannya untuk kita jadikan puding kita ni berlapis. Bahagian ini akan berwarna putih. Barulah cantik nanti puding kita.

Puding yang masih berbaki di atas api, kita masukkan mangga yang telah dikisar dan yang sudah dipotong dadu. Kacau rata. Ketika ini jika suka, letakkan beberapa titik pewarna kuning. Tujuannya untuk menyerlahkan warna pada puding.

Apabila puding yang sudah kita letakkan di dalam bekas tadi separuh keras, carikkan atau goreskan bahagian atasnya dengan garpu perlahan- lahan.

Kemudian masukkan keseluruhan puding yang ada ke dalam bekas tadi.

Tujuan kita menggores puding tadi adalah untuk memastikan kedua bahagian puding tadi melekat dengan baik supaya semasa kita potong, puding ini tidak terpisah pada 2 bahagian.

Rehatkan puding tadi. Jika suka, bolehlah dihiaskan dengan mangga yang dipotong dadu. Letakkan mangga dadu tadi ketika puding sudah separuh keras.

Nak bagi hiasan mangga kita nampak berkilat dan cantik, sebelum ditaburkan ke atas puding, mangga tadi boleh digaulkan dengan sesudu dua sunquik perasa oren atau mangga. Gaul perlahan supaya mangga dadu tadi tidak benyek atau lembik.

Masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dimakan ketika sejuk.

Selamat mencuba..๐ŸŒน๐ŸŒน

PERIA GORENG RANGUP

Pahit! Itu presepsi pertama bila di sebut tentang sayur ini. Memang pahit, tapi banyak khasiat! Dulu pun saya kurang gemar makan peria. Tapi semasa kecil, emak cukup suka dengan sayur peria.

Kalau dia goreng, mesti bahan utamanya ada telur dan udang. Letak sedikit santan. Biasanya, telur dan undang yang habis. Perianya tinggal untuk emak dan abah makan. Begitulah dunia anak- anak.

Sebenarnya, peria ni kalau kita goreng rangup, rasanya tidaklah terlalu pahit.

Sungguh! Cubalah buat. Anak- anak kecil pun boleh makan.

Kami sekeluarga memang suka makan peria goreng rangup ni. Makan panas- panas, lagi tidak terasa pahitnya.

Mudah saja membuatnya.

Hanya perlukan peria biasa atau peria katak ( saya suka peria katak walaupun rasanya lebih pahit).

Hiris nipis- nipis, kemudian rendam dalam air garam selama 1 jam. Selepas itu, perah peria tadi dan bilas beberapa kali dengan air paip.

Perah lagi dan letak di dalam tapisan.

Nak mudah, gunakan saja sebarang tepung kfc, saya suka guna tepung ayam goreng jenama Bestari.

1 cawan tepung kfc

2 sudu besar tepung beras

Air secukupnya. Bancuh pekat- pekat.

Ada orang buat 2 kali salutan. Sekali selepas digaul dalam bancuhan tepung, kemudian disalut semula dengan tepung yang kering.

Boleh saja buat yang mana- mana. Saya buat ikut mood.

Yang penting cara kedua- duanya sedap โ˜บ.

Goreng dalam minyak yang banyak. Bila sudah nampak coklat angkat dan toskan minyak tadi. Siap!

Allahu! Sedapnya! Terasa petang ni nak buat lagi.hihi

Selamat mencuba!

JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

Walaupun jauh, tapi tetap dekat di hati.๐Ÿ’–๐Ÿ’–

Minggu lepas saya ajak adik beradik, ipar duai, masak nasi lemak pada hari yang sama. Tarikhnya pada 19/4/2020 Ahad.

Siap buat poster ๐Ÿ˜

Alhamdulillah, 5 famili sanggup menyambut cabaran kecuali 1 famili sebab adik dan isterinya ‘frontliner’. Kami tahu bagaimana sibuknya mereka. Kami doakan Zizi dan Sila bersabar dalam tugas. Moga Allah memberi pahala selayak para pejuang agama Allah.

Macam- macam hal berlaku dalam masa nak siapkan nasi lemak ni. Ada yang tiba- tiba bekalan air terputus tanpa amaran. Dah macam mana nak memasak? ๐Ÿค”

Yang sibuk dengan anak kecil meragam lagi. Tiba- tiba nak bergayut je kat mamanya. Hai anak- anak ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Tapi kesungguhan nak siapkan nasi lemak kasih sayang ni amat- amat menyentuh hati.๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Siap juga 5 jenis nasi lemak kasih sayang dari 5 famili ni walaupun ada yang terlajak siapkan nasi lemaknya hari ini gara- gara tak de air semalam.

Kemudian ada pula berlaku kebakaran belukar berhampiran dengan rumahnya. Sementara nak tunggu bomba sampai, bergotong royonglah sesama jiran nak padamkan api kebakaran.

Sungguh, hari ini dalam sejarah.

Terima kasih adik- adik dan ipar-ipar yang disayangi. Ginilah gaya kak long @ mak long kamu. Sabor jelah. Hihi.

Sungguh, dalam kejauhan jarak, ada kalanya rasa rindu membuak- buak pada semua adik beradik. Bukan boleh dibuat- buat. Ia datang sendiri.

Emak dan arwah abah pernah buka warung nasi lemak di kampung. Abah siap beri nama yang cantik untuk warung kesayangannya. ‘Al Barokah’.

Warung ‘Al Barokah’ banyak meninggalkan kenangan buat emak dan abah. Jadi semalam saya minta pada semua adik- adik, sedekahkan al fatihah buat arwah abah. Khusus untuk abah, kita buat secara berjemaah.

Moga arwah abah mewah dengan hadiah al fatihah dari anak menantu dan cucu- cucu. Moga emak juga boleh berlapang dada dan redha dengan kami anak- anak yang sering melukakan hati ibu tua ini.

Selagi ada hayat dikandung badan, kasih sayang dan silaturrahim ini akan kami jaga.

Tiada apa yang lebih menggembirakan bila kita merdeka di akhirat kelak. Dapat berkumpul bersama di Syurga Allah dengan riang gembira.

Ya Allah, Ya Wajidโ€ฆ perkenankanlah.

Sepinggan nasi lemak, auranya hebat! Boleh menyatukan seluruh keluarga.

Stay At Home

Lupa dah hari ke berapa perintah kawalan pergerakan (pkp) dilaksanakan. Sejak duduk di rumah ni hari dan tarikh pun lupa.

Aduhai… Rasanya bukan saya seorang kot. Ramai yang mengalami perkara yang sama. Bukan hendak mengeluh atau merungut, cuma begitulah keadaannya bila tiba- tiba kita terhentu dari melakukan rutin harian. Segalanya menjadi kaku tiba- tiba.

100 tahun sekali, pasti berlaku pandemik. Itu kata pakar kaji sejarah. Jika dilihat pada bukti yang diberi, ianya benar. Namun yang pasti, dunia ni sudah semakin kepada penghujungnya.Ada percaturan Allah di situ.

Suka atau tidak, kita harus menghadapi hari- hari yang mencabar ini dengan sebaik- baiknya. Daripada kita berkeluh kesah, lebih baik kita hadapinya dengan positif.

Ya, dari musibah dan malapetaka yang berlaku sekarang ini, banyak kebaikan yang kita boleh dapat.

Contoh, di dalam keluarga saya sendiri. Syukur sangat- sangat, kami boleh solat berjemaah bersama keluarga dan membaca yassin pada setiap malam. Perkara yang jarang- jarang dapat dilakukan di dalam keadaan yang biasa. Di mana masing- masing sibuk dengan mengejar dunia.

Allahu… banyak lagi perkara yang positif berlaku di depan mata.

Kita rasa ‘down’… itu lumrah hidup kita sebagai manusia biasa. Tapi kita ada pilihan. Untuk bangkit atau terus melayan perasaan duka lara kita.

Terpulang pada kita. Alangkah bagusnya jika boleh melihat lebih banyak kebaikan dari keburukan kesan dari serangan covid-19.

Cerita tentang ‘down’ atau stress ni, ada 1 page yang tiba- tiba popular dan meletop!

Namanya ‘MASAK APA TAK JADI HARI NI’. Tengok pada tajuk page pun kita dah tahu, ini mesti tentang angan- angan memasak dengan jayanya. Tapi hasilnya ‘hampeh’.

Nak sedih ke nak ketawa? Itu pilihan kita juga. Tapi dalam page tu, memang sapa- sapa yang join boleh hilang stress. Ada yang boleh gelak sorang- sorang. Ada yang siap ajak suami gelak sama- sama. Tak de siapa yang akan kecil hati.

Saya juga sudah di ‘invite’ untuk masuk. Tapi belum ada keberanian nak join. Takut saya yang melebih- lebih gelakkan orang. Rasanya saya duk tepi- tepi pun ok kot. Kita jeling- jeling je post orang lain. Nak gelak pun sikit- sikit je.๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Oklah. Esok akan ada cerita baru. Jom sama- sama kita angkat tangan berdoa, agar Allah segera hilangkan virus covid-19 dari muka bumi ini. Allah jua sebaik- baik Perancang dan Pentadbir. Semoga kita terus menjadi hamba yang taat dalam menunaikan perintah Allah. AAMIIN.

SAMBAL TEMPE KENTANG – SIMPLE & SENANG

Kalau sudah namanya anak Jawa, tempe ni sudah menjadi makanan kesukaan. Tapi yang bukan anak Jawa pun rasa juga yang suka.

Sumber protein yang murah. Hari- hari makan pun tak apa.

Tempe ni boleh dimasak dalam pelbagai jenis masakan. Padan sangat kalau diregukan dengan kentang.

Hari ni teringin pulak nak buat sambal tempe kentang. Mudah dan simple je. Dalam musim pkp ni, kita gunakan saja apa bahan yang ada di dalam rumah.

Bahan- bahan:

2 keping tempe dipotong kecil
1 biji kentang dipotong memanjang atau ikut suka.
1 senduk cili kisar
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
*~ ditumbuk
Sedikit belacan (optional, boleh ganti dengan serbuk ikan bilis)
2 keping asam keping atau sedikit asam jawa
Garam
Gula
Minyak

Cara:

Goreng tempe dan kentang secara berasingan. Angkat dan toskan minyak.

Keluarkan sedikit minyak tadi. Gunakan minyak yang sama untuk menumis cili, bawang merah, bawang putih dan belacan.

Kacau bahan tadi sehingga cili masak atau pecah minyak. Masukkan asam keping @ bancuhan air asam jawa, garam dan gula.

Imbangkan rasa. Bila campuran cili tadi sudah agak kering, masukkan tempe dan kentang. Kacau rata. Siap!

Kebetulan tadi saya ada lebihan petai, jadi saya masukkan sekali ke dalam sambal saya. Rasanya, pastilah lebih ummpphh.

Selamat mencuba.

Kenali jenama BUTTERCUP

Dalam keadaan pkp ni, pastinya ramai emak- emak yang rajin dan kreatif hendak memasak untuk keluarga.

Pastinya kek dan biskut juga termasuk di dalam senarai juadah yang hendak dihidangkan.

Saya beri tips dalam pemilihan buttercup sebagai bahan utama dalam pembuatan kek dan biskut.

Kenapa dengan ‘buttercup’ ini?

Jenama BUTTERCUP

Buttercup adalah jenama yang popular. Sering kali menjadi pilihan surirumah. Tetapi jangan keliru, walaupun ada perkataan ‘butter’ ,buttercup BUKAN pure butter.

Bahan di dalam buttercup ialah minyak dari kelapa sawit. Sebab itu harganya lebih murah. Berbanding dengan harga pure butter.

Walaupun bukan pure butter, ia juga boleh menghasilkan kek dan biskut yang sedap.

Buttercup yang dijual ada 3 jenis bentuk.

  1. BUTTERCUP KETUL

Sesuai digunakan untuk sapuan pada roti. Juga sesuai untuk dibuat biskut.

TIDAK sesuai untuk dibuat kek kerana ia akan menghasilkan kek yang sedikit kering. Berderai bila dipotong.

  1. BUTTERCUP TONG

Sesuai untuk kek.
Sesuai untuk biskut.

  1. BUTTERCUP TIN

Sesuai untuk kek.
Sesuai untuk masakan.
Tidak sesuai untuk biskut kerana ia masin.

Secara ringkasnya

Kek ~ tin @ tong
Biskut ~ ketul @ tong
Masakan ~ tin.

Tetapi jika tidak ada salah satu dari di atas yang sesuai ketika kita hendak membaking, boleh saja gunakan apa yang ada. Tips yang diberi hanya sebagai panduan dalam pemilihan buttercup. Bukan untuk jenama yang lain.