Ayam oh ayam!

Ayam @ Bazar…

Pagi ini saya tak komen tentang bazir di bazar.

Tapi nak cerita tentang AYAM!

Pada bulan puasa ini, kalau kita pergi ke bazar dan melihat lauk-lauk yang dijual. Pasti semuanya nampak sedap. Memang kita jamu mata la kan…

Tapi sayangnya antara kita tidak pernah terfikir dan bertanya:

Sebagai contoh si Kuala Lumpur.

– Berapa banyak bazar ramadan yang ada?
– Setiap bazar ramadan mesti mempunyai lauk atau makanan berasaskan ayam?
– Ayam sebanyak ini, datang dari mana?
– Dimana tempat sembelih?
– Siapa yang sembelih?
– Betul ke cara sembelihannya?
– Siapa yang memantau?

Maka persoalan ini perlu dirungkaikan.

Betapa sedih pula..
– AYAM itu pula tidak masak/mentah.
– ada yang menjual yang sudah basi.
– ada juga yang menjual lauk semalam.
– ada yang penyediaan tidak bersih.

Sebenarnya perniagaan yang dilakukan pada bulan puasa ini banyak pahala boleh dibuat jika perniaga tahu akan KEBERKATAN. Bukan hanya memperolahi duit yang banyak, malah pahala berlibat ganda.

Tip ke bazar:
– Pastikan lauk yang dibeli itu tidak berbuih atau mempunyai warna yang pelik.
– Elakkan membeli lauk yang berkuah.
– Ambil kuih yang hampir dengan perniaga atau yang dibawah (baik-baik nanti kene marah).
– pergi gerai yang ramai orang (subjektif)
– PALING PENTING – LIHAT KEBERSIHAN PEKERJA, PERALATAN, dan PERSEKITARAN GERAI.

Sekian,
#abamhalal