TETAMU- kedatangannya membawa rahmat, keluarnya membawa dosa pergi.

Masa kita tengah serabut itulah selalu diuji. Tetamu nak datanglah, kucing nak beranaklah. Macam- macam hal.Tapi bila tiba bab tetamu, en somi selalu menegur kalau saya kata saya tak ready nak terima tetamu.”Kalau orang nak datang rumah tu jangan dihalang, biar mereka masuk rumah kita. Tetamu tu rahmat, pembawa berkat. Dia balik bawa dosa-dosa kita. Antara perkara yang Allah sangat suka hambaNya buat.””Kita ni banyak buat dosa, yang selalu kita tak rasa tu dosa. Dosa yang halus-halus nilah yang tetamu nak bawa balik. Tak suka ke?””Kita ni banyak sangat nak minta dengan Allah, tak suka ke berkat tetamu tu datang, asbab hajat kita Allah tunaikan.”Itulah selalu bebelan en somi pada saya. Alasan biasa, rumah bersepahlah, nak pegi jenjalanlah. Tah apa-apa lagi.Semua itukan boleh diadjust. Rumah bersepah tu kemaslah. Kalau tengah bergaduh tu simpanlah sekejap. Lagilah sekarang, siap boleh call lagi bila masa nak datang. Tetamu datang pun bukan selalu.Sebab tak selalulah kita kena raikan.Sungguh, yang berat inilah rupanya besar ganjaran dari Allah. Rahmat dan berkat dari Allah.Sunnah rasulullah saw yang sangat dituntut.Kalau sekadar amalan baik yang kita buat hari-hari. Tak tau yang mana Allah terima. Kita semua perlukan keberkatan dan rahmat dari Allah. Tanpa rahmat dan kasihsayang Allah, kita adalah hamba yang miskin. Miskin yang tidak nampak di mata kasar.Miskin harta nampak di mata. Miskin amalan siapa pun tak tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *