KELUARGA BESAR AZBI

“Nanti lepas 30 hari ayah meninggal, abang nak buat kenduri. Kita jemput dalam 200 orang tetamu. Semua adik beradik boleh jemput sedara mara, kawan-kawan diaorang pun boleh dijemput.””Kita jemput anak- anak tahfiz, anak yatim, anak asnaf. Jiran tetangga kita.”Suatu hari En Somi bagitau tentang hasrat dia setelah beberapa hari ayah meninggal dunia.”Kita buat tahlil, bacaan yassin sekali.”Panjang lebar En. Somi bagi penerangan.”Iya, bang.”Saya menjawab ringkas.
Dah masuk gerbang 50an ni memang saya berazam taknak banyak membantah permintaan En. Somi. Apa-apa masalah, belakang kira.Dah banyak berfikir, tah berapa lama lagi masa yang tinggal untuk kami bersama. Biarlah di hujung-hujung masa emas ini lebih di manfaatkan untuk lebih sefahaman.Saya menantu ke 2 dari isteri yang pertama. Bila En. Somi mengambil tanggungjawab sebagai orang yang ditua-tuakan, saya pun kena bersedia sama.Sungguh, sejak ayah meninggal banyak benda yang En. Somi fikirkan. Yang sudah pergi memang tak kembali. Anak-anak yang tinggal masih ada lagi tanggungjawab yang perlu di selesaikan bagi pihak si mati.En. Somi mula merangka semua perkara yang perlu di buat. Mencari, mencatat, apa yang mungkin ayah berhutang, cari senarai- senarai nama kenalan dan saudara untuk dikunjungi.Menziarahi mereka sebagai tanda meneruskan persahabatan dan persaudaraan yang mungkin lama terputus.Letih! Memang meletihkan bagi saya. Dengan kerja hakiki yang tak pernah habis. Perlu ikut En. Somi dengan plan yang dirancang. Namun bila teringat dunia ini berputar. Hati ini menjadi kuat.”Ini masa kita sebagai anak menjalankan tanggungjawab pada ibu ayah yang telah mati.
Esok bila kita mati, harap-harap anak-anak kita akan buat perkara yang sama untuk kita.””Kenduri ni penting, abang nak kumpulkan semua adik beradik. Inilah usaha abang nak satukan hati adik beradik. Tak kira dari emak yang mana.” Telus En. Somi menyatakan harapannya.Iya, En. Somi ada ramai adik-beradik. Ada 24 orang. Dari beberapa ibu.19 orang lelaki, 5 orang perempuan. Saya sendiri sudah ada 19 orang biras.Orang yang anak seorang dua pun bergaduh dan senget-senget hati.
Adik beradik yang dari satu ibu pun ada yang merajuk hati, tidak berpuas hati dengan ibu bapa mereka. Jadi bukan suatu yang mustahil perkara yang sama berlaku pada kami.Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak boleh membetulkan keadaan. Itu adalah takdir dari Allah untuk kami. Takdir yang bukan untuk disalahkan atau mencari salah sesiapa.Setiap apa yang Allah jadikan tidak ada satu pun yang sia-sia. Semuanya ada hikmah dan ibrah. Semuanya ujian untuk kita bagi mendapatkan kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak.Sesiapa yang berjaya mengatasi ujian dari Allah, sudah pasti Allah persiapkan ganjaran yang terbaik buat mereka.Alhamdulillah, semalam selesai satu lagi hajat dan hasrat En. Somi. Kenduri arwah buat ayah. Anak-anak tahfiz dan ustaz mereka mengendalikan majlis bacaan yassin dan tahlil. Anak-anak kecil, anak yatim dan asnaf memeriahkan lagi majlis kenduri semalam.
Termasuk jiran tetangga dan saudara mara yang sudi hadir.Allahu.. adik beradik, ipar duai, anak-anak saudara, semuanya mengambil peluang untuk merapatkan lagi silaturrahim.Sungguh.. semalam hari yang amat membahagiakan. Hasrat untuk merapatkan ukhwah sesama keluarga akan terus dipupuk.Keluarga kami besar!
Memang menjadi harapan kami dapat bersama, berpimpin-pimpin tangan masuk ke syurga Allah. Harapan untuk kami berjumpa dengan gembira di dalam syurga kelak. Berjumpa kembali dengan ibu bapa kami sebagai satu keluarga.Harapan ini akan kami adik beradik usahakan bersama.Pada kawan-kawan dan saudara mara yang tidak dijemput, saya wakil keluarga memohon maaf. Mungkin ada yang terlepas pandang. Ada rezeki kita akan berjumpa. Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *