KELEBIHAN BERISTIGHFAR- ringankan mulutnya menyebutnya.

K I S A H K E L E B I H A N
I S T I G H F A R

Ketika Imam Hambali bermusafir ke Iraq, beliau telah singgah di masjid dan selepas solat beliau ingin berehat dan tidur di satu sudut di dalam masjid. Oleh kerana penduduk di situ tidak mengenalinya, Imam Hambali telah dihalau lalu beliau tidur di bahagian luar masjid. Beliau dihalau lagi sehinggalah beliau tidur di tepi jalan.

Seorang lelaki telah melihat dan menjemput Imam Hambali untuk tidur di rumahnya. Rumah yang agak kecil tapi selesa. Imam Hambali melihat lelaki ini berniaga. Sepanjang dia menjaga kedainya itu, lelaki ini sentiasa beristighfar.

Imam Hambali bertanya, “Sudah berapa lama engkau beristighfar?” Lelaki itu menjawab, “Sejak aku mula berniaga.”

Imam Hambali bertanya lagi, “Sudah berapa lama engkau berniaga?” Dia menjawab, “Hampir 30 tahun.”

Imam Hambali bertanya, “Dah 30 tahun kau beristighfar, apa yang kau dapat?” “Allah telah memberi semua yang aku inginkan kecuali satu,” jawabnya.

“Apakah 1 permintaanmu yang belum Allah tunaikan?” Jawab lelaki tersebut, “Aku ingin berjumpa dengan Imam Hambali.”

Allah berfirman dalam Al-Quran,

“Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”

Surah Al-Anfal 8:33

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu,”

Surah Hud 11:3

@islamitu_indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *