LALAI

Tajuk kuliah dari Ustaz Pahrol Mat Juoi di dalam radio IKIM.

Mengupas bab LALAI

1. Kurang membaca Al Quran

2. Kurang berzikir

3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:- Tidak fokus,- Sering terlupa bilangan rakaat,- Melewatkan solat,- Kurang solat jemaah.

4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.

5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.

6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.

7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8. Tak berhati-hati dengan perkara yg syubhah & haram.

9. Tangguh utk bertaubat.

10. Malu utk belajar agama.

11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.Ada juga Ustaz sebut :Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak’ kita dgn Al-Quran.

Pesan Ustaz:

Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI :

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.

2. ‘Bunuh’ kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.

3. Hilang fokus dlm hidup.

4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI :

1. MengulangĀ² dosa kecil sampai jadi kelaziman.

2. Berkawan dgn orgĀ² yg lalai.

3. Berada dlm persekitaran ‘rosak’. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.

4. Tidak berzikir.

5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam. (Contoh: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan lain-lain.)

Cara-cara mengatasi LALAI :

1. Cari sahabat yg baik & soleh.

2. Hadiri majlis ilmu.

3. Bangun malam utk solat tahajjud.

4. Banyakkan zikir & taubat.

5. Rajin baca quran.6. Bersangka baik pd org lain.

7. Pemaaf.

8. Ingat mati.

9. Kurangkan makan.

10. Amalkan sunnah Nabi saw.11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Share jika ia memberi manfaat.

Kredit pada penulis asal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *