UDANG/IKAN KERING HALAL?

Masinnya ikan dan udang kering.

Sungguh meloyakan, menjijikan dan pengotornya cara pengusaha yang tidak bertanggungjawab ini.

Hampa tau?
Sanggup hampa memakai selipar untuk membersihkan kotoran pada udang kering itu.
Nak bersih udang tetapi kaki memijaknya.

Hampa tau?
Udang yang hampa pijak tu la, kami masukkan ke dalam mee gereng.

Hamp tau?
Ikan kering itu juga la kami makan dengan ulam dan budu.

Hampa tau?
Ikan bilis sambal pedas yang kami buat tu la yang hampa pijak!

Hampa tau?
Anjing tu najis dan boleh bawa penyakit. Napa hampa biarkan anjing tu pi jilat udang kering tu? Ke hampa nak kami samak dulu makanan tu sebelum masak? Hampa memang tak fikir tentang kami.

Hampa tau?
Kami nak kurang makanan yang proses dan tidak sihat. Kami nak support makanan hampa. Tapi kalau hampa buat macam ini? Sapa yang kami nak percaya lagi?

Sedih tau!

Begitulah sahabat-sahabat. Ada sesetengah pengusaha yang tidak bertanggungjawab dan prihatin tentang amalan kebersihan. Mereka lebih fikir tentang keuntungan. Dan tidak fikir amalan mereka itu salah.

Carilah pengusaha yang diyakini.

Bersih dan semestinya halalan toyyiban.

(1) يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

(سورة البقرة, Al-Baqara, Chapter #2, Verse #168)

2:168 Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Sekian,
#abamhalal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *