TAPAI OH TAPAI!

Tapai!

Tahukah anda, di dalam tapai adanya alkohol.

Apa? Dalam tapai ada alkohol.

Iya, memang ada alkohol disebabkan oleh proses penapaian. Apa-apa yang menjalani proses penapaian akan menghasilkan alkohol.

Maka, adakah haram kita makan tapai sebab mempunyai alkohol?

Jom kita belajar.

Kita selalu dimomokkan dengan alkohol.

“don’t drink alcohol”. – signage yang selalu kita lihat. Betulkan?

Selalunya alkohol dikaitkan dengan arak. Tetapi adakah arak itu alkohol?

Adakah haramnya arak sebab alkohol?

Jawapannya tidak.

Arak dan alkohol adalah sebatian yang berlainan.

Malah ada alkohol dalam tapai lagi tinggi daripada minuman keras.

Ingat formula ini.

(Dalam arak adanya alkohol tetapi alkohol tidak semestinya daripada arak).

Alkohol boleh terhasil daripada proses penapaian buah dan juga boleh terhasil daripada sebatian kimia.

Maksudnya, ia boleh dibuat di makmal sahaja.

Sebab itulah, alkohol di dalam minuman atau dalam kordial atau dalam minyak wangi adalah biasanya bukan daripada alkohol arak.

Sekian,
Aminurrashid.
#abamhalal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *