AIS PUN ADA HALAL HARAM KE?

Lofa suka kunyah ais!

Setiap kali keluar makan dengan Lofa, mesti di kunyah ais batu tu. Adakah semua orang perempuan macam ini?

Puasku membebel-bebel tetapi tidak dilayannya. Katanya sekarang musim panas. Nak sejuk badan katanya. Maka dia nak minum air sejuk yang ada ais. Barulah lega, katanya..Yela la lofa.

“Lofa, suka ais kan?” Meh saya nak tanya ni.

1. Adakah awak tahu tahap kebersihan ais yang digunakan?
2. Dimana ia dibuat?
3. Daripada sumber mana yang diambil
4. Bagaimana proses dia?
5. Siapakan yang membuatnya?

“Persoalan ini mesti awak simpan dalam kepala,” bisingku kepada lofa.

Kan kene membebel dengan ku. Ada aku kisah siapa dia. Haha.

Baiklah…jom saya ceritakan.

Sebenarnya adakah kita boleh mengetahui yang mana satu ais yang bersih dan yang mana satu pula ais yang kotor?

Mesti tidak tahukan. Sebab kebanyakkan ais datang di dalam plastik yang tidak mempunyai label ataupun maklumat syarikat.

Sebenarnya, kita tidak pernah terfikir pun dan mengambil mudah tentang kebersihan ais itu sendiri.

Ais je…daripada air yang dibekukan. Tiada masalah pun. Senang sahaja proses untuk membuatnya. Tidak ada pun bahan-bahan yang kritikal atau bahan haram mahupun bahan kimia yang digunakan. Inilah jawapan kita.

Sebab itu kita mengambil mudah.

Baiklah…

Awak…awak tu..semua restoran halal ataupun premis yang mempunyai sijil halal wajib mengambil ais daripada pembekal yang halal ataupun boleh dibuat secara sendiri. Jika mereka tidak mengambil daripada pembekal yang halal, maka sijil halal tidak akan diberikan. (Seriuskan pensijilan halal).

Untuk makluman semua, Halal itu bukan sahaja pada ais itu sendiri tetapi merangkumi segenap aspek toyyiban seperti kebersihan kawasan kilang, pemprosesan, sumber air, mesin dan kebersihan pekerja.

Bayangkan ais yang kotor itu masuk ke dalam badan. Ia boleh mengundang pelbagai penyakit-penyakit bawaan air seperti typoid dan e-coli.

Ada juga pembekal ais yang bersih dan mematuhi Peraturan 394A(Standard bagi Ais Yang Selamat Digunakan) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dari segi infrastruktur. Pilihlah pembekal ini. Jangan ambik mudah.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah:

1) Mendapati ketulan ais yang siap diproses diletakkan di atas lantai tanpa lapik bersama barangan lain seperti kasut but.

2) Keadaan lantai yang berkulat serta siling bersawang juga boleh menyebabkan ais berkenaan tercemar.

3) Air yang dibuang ataupun bukan daripada paip digunakan semula untuk dijadikan ais kiub.

4) Saluran air buangan itu berlumut.

5) Binatang peliharaan seperti anjing. Anjing dipelihara disebabkan untuk menjadi guard. JAKIM tidak membenarkan pak guard selain daripada orang!

Inilah antara isu-isu untuk industri ais ini.

Tip yang boleh kongsi:

1) Beli ais daripada pembekal yang diyakini.

2) Beli yang mempunyai label.

3) Buat sendiri. 😂.

Sekian,
Aminurrashid
#abamhalal
#aishalal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *