SUKA BUDU? Cari yang halal.

Budu oh budu!

“Mu tak makan budu ke min?” tanya saing ambo.

“Makan ja. Kalau ada makan, kalau tiada pun boleh,” jawab ambo.

“Oo, okey. Mu pernah pergi kilang buat budu tak?” tanya saing ambo lagi.

“Pernah tapi…tapi… ,” balas ambo.

“Tapi apa min” balasnya.

………..

Jom saya kongsikan.

Secara asasnya. Pembuatan kicap dan budu adalah sama. Iaitu melalui proses penapaian (fermentation process).

Budu adalah makanan yang tradisi masyarakat kelantan dan bahan utama di dalam nasi kerabu. (Sedapnya, kecur air liur sambil menulis).

Secara asasnya, bahan mentah yang digunakan adalah kurang kritikal kerana bahan utama adalah ikan.

Tetapi isu utama produk yang melalui proses penapaian adalah kebersihan. Kebanyakkan industri masih menggunakan kaedah tradisional.

Apabila melalui proses tradisional, amalan kebersihan adalah paling penting. (Boleh lihat gambar yang dilampirkan- sumber google).

Pengalaman saya pergi kilang budu tidak dapat dikongsikan. (Pm tepi).

Dibawah ini saya kongsi pembuatan budu secara “homemade”.

Cara-cara pembuatan budu..pada penggemar budu boleh cuba ya kiki Like&sharehttps://m.facebook.com/Kaki-viral-554668648043071/

Posted by Kaki viral on Rabu, 10 Februari 2016

Carilah budu yang mempunyai sijil halal ataupun lebih diyakini.

Hasil penemuan penyelidikan terkini menunjukkan bahawa budu mempunyai banyak khasiat dan kelebihan, di antaranya:

1. Budu mengandungi gluthaione (bahan antioksida) yang boleh melawan radikal bebas.

2. Mampu menyingkirkan sisa toksik dalam badan

3. Meningkatkan daya imun (ketahanan) badan yang berperanan mencegah pelbagai penyakit bahaya, termasuk kanser.

Dan lain- lain lagi.

Awas!!!

Budu mengandungi asid urik yang agak tinggi, ini menyebabkan budu tidak sesuai bagi pengidap penyakit gout, jerawat batu dan keguguran rambut kronik.

Sekian,
Aminurrashid
#abamhalal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *