Minyak Masak tak halal?

Minyak masak!

“Kakanda tau tak, kenapa pisang goreng acik tu sedap,” kata Neelofa kepadaku.

“Tak tau, sebab apa adinda?”jawab ku.

“Dia ada resipi rahsia. Orang kata dia letak plastik dan kadang-kadang dia letak polistrin,” sambut Neelofa.

“Astagfirullah… ish yeka? kalau betul apa yang dibuatnya itu. Boleh jatuh haram perbuatannya dan tidak beretika. Pengalaman kakanda, isu goreng pisang atau keropok ini ialah penggunaan minyak yang berulang kali dan juga penggunaan minyak yang dikitar semula.”

“Tahukah sayang, penggunaan minyak biasanya untuk tiga kali mengoreng sahaja. Jika melebihi tiga kali boleh menyebabkan kanser kepada kita,” balasku.

“Allah! yeka?”jawab Neelofa.

“Aa iya, ada garis panduan dikeluarkan tentang penggunaan minyak ini. Sebagai pengusaha, mereka perlu bertanggungjawab dan bukan memikirkan keuntungan sahaja.”

“Tapi ada masalah yang utama lagi iaitu isu minyak kitar semula ini. Ada pengusaha yang nak “cut cost”, maka mereka menggunakan minyak kitar semula ini. Tetapi mereka tidak sedar tentang sejarah atau rekod penggunaan minyak kitar semula ini. Kemungkinan minyak ini digunakan untuk masakan yang tidak halal.”

“Sememangnya minyak ini lebih murah. Malahan juga mereka tidak mengetahui bahawa minyak ini adalah minyak kitar semula,” kataku kepada Neelofa.

Baiklah.

Jom saya kongsi 3 tip yang boleh kita amalkan.

1) Warna:

Lihatlah warna minyak tersebut. Jika ia tidak jernih. Maka kemungkinan ia sedah digunakan berulang kali.
Lihat warna pisang goreng itu. Bagaimana warnanya. Ia akan mengikut warna minyak yang digunakan.

2) Bau:

Jika ada peluang bau. Sila bau minyak tersebut atau bau makanan yang dibeli itu.

3) Rasa:

Minta rasa sedikit untuk merasa makanan yang dibeli dahulu. Daripada rasa tersebut kita dapat mengagak minyak itu sudah lama digunakan atau tidak.

Tip bonus untuk anda.

– Lihat persekitaran kedai dan juga pemakaian pekerja gerai itu. Dari situ kita boleh menilai amalan kebersihan yang diamalkan oleh peniaga tersebut. Jika bersih di gerai, maka bersihlah semasa penyediaan yang dibuat.

Baiklah, tujuan nota ini bukan ingin manakutkan atau menimbulkan isu. Tujuannya adalah memberikan kesedaran kepada kita semua.

Yang belum tahu mereka lebih cakna, yang sudah tahu, jom sama-sama kita mengingati sahabat-sahabat kita.

Sekian,
Aminurrashid.
#abamhalal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *