KICAP OH KICAP! Halal ke?

Anda peminat KICAP?

Adakah anda tahu bagaimana cara pembuatan kicap?

JOM BACA, jangan tahu makan sahaja 🤣.

SOS SOYA, SOS KACANG SOYA ATAU KICAP

Di bawah Akta Makanan (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sos soya atau sos kacang soya atau biasanya dikenali sebagai kicap hendaklah cecair bersih, masin, dan bewarna coklat yang disediakan daripada penapaian kacang dari tumbuhan keluarga Glycine max samada bijirin atau tepung.

Kicap dihasil dari proses penapaian kacang soya dengan menggunakan kulat (koji) pada mulanya yang direndam didalam air masin yang kemudiannya bekteria dan yis menghasilkan cecair yang bewarna hitam serta perisa makanan berkualiti ringgi setelah 6 bualan melalui proses pemeraman. (Contoh proses ada diletakkan didalam gambar).

Dalam proses pembuatan kicap, antara perkara yang agak kritikal adalah proses pemeraman atau penapaian.

Ada kilang yang membuat penapaian secara tradisional.

Tetapi kaedah tradisional ini lebih rumit kerana tong-tong diletakkan diluar premis. Maka aspek kebersihan menjadi keutamaan.

Nak tahu bagaimana cara penapaian dibuat?

Sila lihat gambar…

Nasihat saya, carilah kicap yang mempunyai logo halal Malaysia.

Yakini logo halal.

Sekian,
Aminurrashid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *