TEMPAT TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN

10 Tempat Tuntut Khairat Kematian.
(Mesti ambil tahu).

Ketika ibu mertua saya ada menunjukkan tanda-tanda dia akan meninggal dunia. Kami suami isteri teringat bahawa kami belum memperbaharui yuran khairat kematian di kariah kami.

Alhamdulillah, ajk surau bertolak ansur dengan kami, walau pun tarikh untuk kemas kini yuran khairat sudah berbulan tamat.

Sungguh.. Khairat kematian ini amat-amat membantu melicinkan urusan jenazah dari awal hingga akhir.

Rupanya ada pelbagai sumber yang boleh kita tuntut khairat kematian.

Saya jumpa entry dibawah ini. Saya

Pastikan anda baca satu persatu (sila semak untuk kepastian).

Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: Si mati menjadi ahli / mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli / pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
▪Umur dibawah 60 tahun
▪RM 2,500
▪Syarat: Si mati ahli / pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: Si mati Pesara / Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3,000
▪Syarat: Si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 – RM 2,000
▪Syarat: Bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 – RM 5,000
▪Syarat: Si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar / NGO / Koperasi
▪RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: Si mati adalah ahli berbayar persatuan / NGO / Koperasi

9. Khairat Kematian Pencen
▪RM 3,000

10. Lain-lain
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Bagaimana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Ambil cakna untuk mudahkan waris-waris.

Silakan share supaya lebih ramai tahu kewujudan khairat pusaka ni.

Copy paste dan di edit balik:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *