HALALKAH NUGGET YANG KITA MAKAN?

Nugget viral!

3 benda yang perlu anda tahu dan semak!

1) Bahan mentah/ramuan

Tahukah anda. Nugget adalah bahan mentah yang kritikal di dalam pensijilan halal kerana ia mengandungi bahan mentah dan ramuan yang kritikal.

Jom saya cerita.

Di dalam nugget, ia mengandungi bahan mentah dan bahan ramuan yang kritikal iaitu ayam, seasoning dan batter. Adalah amat penting untuk kita pastikan sumber ayam itu adalah halal (disembelih mengikut hukum syara’).

Selain daripada itu, seasoning dan batter untuk coating nugget juga boleh terhasil daripada sumber haiwan.

Maka, walaupun ia kesukaan anak kita. Hati-hati membeli produk ini.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به

“Setiap Daging yang Tumbuh dari sesuatu yang haram maka neraka lebih berhak baginya.” (HR. Thabrani).

2) Harga

Kita jadi gila dan tidak keruan apabila orang viral nugget murah! Nugget daripada jenama yang popular tapi dijual murah.

Memang kita terus beli dan jadi dealer la.

Aisey.. sabar na..

Kita mesti hati-hati dengan harga yang murah kerana isi nugget bukan hanya isi daging ayam sahaja. Ada industri mencampurkan dengan tulang dan lain-lain lagi.

Biasanya harga yang premium itu adalah daripada isi nugget yang berkualiti dan hanya isi daging ayam sahaja.

Bukan semua yang murah itu tidak berkualiti. Kene pastikan betul-betul.

3) Sijil Halal

Yang ini paling penting!

Belilah yang ada logo halal. Jika ada logo halal. Insha Allah, produk itu adalah daripada sumber yang halal dan toyyiban.

Tip:
Jika anda ingin membeli produk ini pastikan ada logo halal dan semak di halal Direktori www.halal.gov.my atau download aplikasi halal.

Harap status ini dapat menenggelamkan lagu haram semalam.

Sekian,
Aminurrashid.
2 Februari 2019
Trainer Halal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *