Keperluan kita- hanya ruang saiz kita sahaja

Bila sebut tentang dunia, sebolehnya semua tentangnya ingat kita terokai. Malah ingin kita miliki. Tak salah. Allah membenarkannya.Nak buru dunia, nak cari kekayaan dunia juga tidak salah. Siapa yang hendak menolak kemewahan dan kesenangan dunia.Akal kita berkata, jika kita boleh dapat kekayaan dunia, sudah pasti kita akan hidup senang.Namun.. hakikatnya, manusia itu sama sahaja. Baik dia seorang yang kaya atau pun dia miskin.Orang kaya atau miskin, bila mereka makan, sudah kenyang, itulah keperluan untuknya. Bila hendak makan lebih sudah tidak boleh. Tidak kiralah sesedap mana makanan tersebut.Bila kenyang, ruang perut sudah penuh,cubaan hendak makan lebih lagi akan memudaratkan tubuh badan kita. Mungkin kita akan sakit perut. Mungkin juga kita akan memuntahkan balik makanan tadi.Dalam berpakaian, walau secantik dan semahal mana pun pakaian kita, ruang keperluan pakaian tadi hanya sekadar saiz badan kita. Jika kononnya kita memakai pakaian yang mahal, kita tamak hendak meletakkan ruang kain yang lebih pada tubuh badan kita, hasilnya sudah tidak cantik. Pakaian tadi akan terlondeh dari tubuh kita.Kalau kecil pula ruangnya, lagi parah. Langsung kita tidak boleh nak pakai pakaian tadi.Begitu juga dalam berkenderaan. Naik BMW ke, Honda ke atau Viva sekali pun, ruang keperluan kita hanya saiz badan kita. Bezanya orang kata, naik kereta yang mahal ni lebih selesa dan sedap di bawa. Lebih laju dan bergaya. Namun apa- apa jenis kenderaan pun, bila sampai ke destinasi, itulah ruang keperluan kita. Kita tetap sampai ke tempat yang hendak dituju.Bila kita berbaring hendak tidur tidak kira di dalam rumah yang mewah atau rumah kos rendah, juga keperluan tetap sama saja, sekadar saiz ruang kita.Silap hari bulan, tidur diatas tilam yang empuk, katil yang mahal, siap dipasang aircond untuk mendapat udara yang nyaman. Berpaling kiri dan kanan, mencari ruang keselesaan, masih tidak boleh melelapkan mata.Begitulah juga anugerah rezeki dari Allah untuk umat manusia. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang.Sepatutnya yang dapat lebih membantu mereka yang dapat kurang agar ruang keperluan itu sama-sama dapat dipenuhi.Yang kurang memerlukan bantuan orang yang lebih.Orang yang dapat lebih, membantu orang yang kurang. Barulah akan terhubung kasih dan sayang.Jika orang yang kaya tidak mahu membantu orang yang miskin, akan berlaku hasad dengki. Orang kaya tidak akan senang duduk.Jika orang yang kaya tidak membantu yang kurang. Orang miskin juga tidak boleh tenang.Orang yang kaya akan dianggap tamak, bakhil dan kufur nikmat.Orang yang miskin tidak redha dan sabar.Sebab itulah berlakunya kecurian, rompakan, penculikan malah berlaku pembunuhan.Jika keadaan inilah yang berlaku, kita semua berada di dalam kemurkaan Allah. Masing- masing buat salah.Kesalahan yang kita buat itu mengikut ruang bidang masing- masing.Bila kita berada di dalam kemurkaan Allah, bererti kita semua berada di dalam keadaan berdosa. Allahu.. malangnya nasib kita.Di dunia lagi tidak selamat, di akhirat belum tentu nasib kita.Semoga Allah mengampunkan segala dosa yang kita lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *