Kasih simpul mati

Menghadiri majlis pernikahan sepupu semalam. Kedua mempelai menyimpul kasih buat kali kedua.

Mendengar tazkirah akad nikah sebelum majlis tentulah lain dari yg baru pertama kali bernikah. Lebih penekanan kepada membentuk persefahaman dan nilai kasih sayang suami isteri.

Kita yang dah lama bernikah pun boleh mengambil peringatan dari tazkirah tersebut.

Yang seronok dapat buah tangan ni. Orang JDT mesti sedia maklum. Menggamit memori, kenangan zaman-zaman sekolah dulu. Dah lebih 40 tahun tapi masih menjadi kudapan yang evergreen.

Ada yang panggil mee siput, ada yang panggil mee sanggul. Letak sambal tumis. Pecah-pecahkan, makan terus dari plastik. Bila makan cara begini lain nikmatnya. Teringat kenangan lama😍😍.

Keperluan kita- hanya ruang saiz kita sahaja

Bila sebut tentang dunia, sebolehnya semua tentangnya ingat kita terokai. Malah ingin kita miliki. Tak salah. Allah membenarkannya.Nak buru dunia, nak cari kekayaan dunia juga tidak salah. Siapa yang hendak menolak kemewahan dan kesenangan dunia.Akal kita berkata, jika kita boleh dapat kekayaan dunia, sudah pasti kita akan hidup senang.Namun.. hakikatnya, manusia itu sama sahaja. Baik dia seorang yang kaya atau pun dia miskin.Orang kaya atau miskin, bila mereka makan, sudah kenyang, itulah keperluan untuknya. Bila hendak makan lebih sudah tidak boleh. Tidak kiralah sesedap mana makanan tersebut.Bila kenyang, ruang perut sudah penuh,cubaan hendak makan lebih lagi akan memudaratkan tubuh badan kita. Mungkin kita akan sakit perut. Mungkin juga kita akan memuntahkan balik makanan tadi.Dalam berpakaian, walau secantik dan semahal mana pun pakaian kita, ruang keperluan pakaian tadi hanya sekadar saiz badan kita. Jika kononnya kita memakai pakaian yang mahal, kita tamak hendak meletakkan ruang kain yang lebih pada tubuh badan kita, hasilnya sudah tidak cantik. Pakaian tadi akan terlondeh dari tubuh kita.Kalau kecil pula ruangnya, lagi parah. Langsung kita tidak boleh nak pakai pakaian tadi.Begitu juga dalam berkenderaan. Naik BMW ke, Honda ke atau Viva sekali pun, ruang keperluan kita hanya saiz badan kita. Bezanya orang kata, naik kereta yang mahal ni lebih selesa dan sedap di bawa. Lebih laju dan bergaya. Namun apa- apa jenis kenderaan pun, bila sampai ke destinasi, itulah ruang keperluan kita. Kita tetap sampai ke tempat yang hendak dituju.Bila kita berbaring hendak tidur tidak kira di dalam rumah yang mewah atau rumah kos rendah, juga keperluan tetap sama saja, sekadar saiz ruang kita.Silap hari bulan, tidur diatas tilam yang empuk, katil yang mahal, siap dipasang aircond untuk mendapat udara yang nyaman. Berpaling kiri dan kanan, mencari ruang keselesaan, masih tidak boleh melelapkan mata.Begitulah juga anugerah rezeki dari Allah untuk umat manusia. Ada yang dapat lebih, ada yang dapat kurang.Sepatutnya yang dapat lebih membantu mereka yang dapat kurang agar ruang keperluan itu sama-sama dapat dipenuhi.Yang kurang memerlukan bantuan orang yang lebih.Orang yang dapat lebih, membantu orang yang kurang. Barulah akan terhubung kasih dan sayang.Jika orang yang kaya tidak mahu membantu orang yang miskin, akan berlaku hasad dengki. Orang kaya tidak akan senang duduk.Jika orang yang kaya tidak membantu yang kurang. Orang miskin juga tidak boleh tenang.Orang yang kaya akan dianggap tamak, bakhil dan kufur nikmat.Orang yang miskin tidak redha dan sabar.Sebab itulah berlakunya kecurian, rompakan, penculikan malah berlaku pembunuhan.Jika keadaan inilah yang berlaku, kita semua berada di dalam kemurkaan Allah. Masing- masing buat salah.Kesalahan yang kita buat itu mengikut ruang bidang masing- masing.Bila kita berada di dalam kemurkaan Allah, bererti kita semua berada di dalam keadaan berdosa. Allahu.. malangnya nasib kita.Di dunia lagi tidak selamat, di akhirat belum tentu nasib kita.Semoga Allah mengampunkan segala dosa yang kita lakukan.

UJIAN DARI ALLAH- untuk jadikan diri mu itu ISTIMEWA

“Mengapa hanya aku saja yang diuji. Terasa beratnya ujian dariMu Ya Allah. Tak tertanggung rasanya hendak menghadapi ujian yang Engkau beri.”Mungkin kita pernah berbisik di dalam hati, patah perkataan yang lebih kurang begitu maksudnya.Ujian yang menimpa terasa berat di bahu. Melihat orang lain bagai tidak diuji. Melihat orang lain boleh bersenang- senang, seolah- olah ringannya ujian mereka.Ada masanya kita seolah- olah belum sempat habis satu ujian, datang lagi ujian yang lain. Terasa sesaknya dada seolah-olah tiada nafas yang dapat dihela lagi.Beratnya ujian itu..Mengapa Allah perlakukan begitu pada dirimu ?Subhanallah.. Maha Suci Allah. Andailah kita tahu mengapa terjadinya begitu.Ini adalah kerana Allah mahu dirimu istimewa di akhirat. Bukan istimewa di dunia.Allah lambatkan terangkatnya ujian kerana Allah hendak beri banyak pahala buat dirimu.Itulah hikmahnya.Supaya kita dapat redha Allah dalam setiap ujian yang menimpa. ALLAH mahu kita kaya di akhirat.Lihat sahaja kekasih Allah di dunia yang diberi kekayaan di dunia. Nabi Sulaiman yang dikurniakan kekayaan, pun Allah uji dengan kesusahan.Ujian dan kesusahan yang berat buat Rasul Allah ini. Seolah- olah Allah bagi isyarat. Seolah-olah Allah berkata pada Rasul Nya,” Hai Rasul, engkau ini Kekasih Aku. Kalau engkau cinta Aku, tentu Aku hendak istimewakan engkau. Tapi bukan di sini tetapi di akhirat. Jadi terima dulu ujian di sini supaya dapat pahala yang banyak di dunia. Supaya engkau istimewa di akhirat.”Jika kekasih Allah juga diuji, apatah lagi kita manusia biasa. Tetap akan diuji.Tidak sukakah kita mendengar janji Tuhan seperti ini?Selayaknyalah jika berat ujian kita di dunia, kita mendapat pengiktirafan dari Allah di akhirat.Menjadi kaya dan menjadi orang istimewa di akhirat.