UJIAN – ia menjadi pakaian kehidupan

UJIAN dalam kehidupan.Kita semua tidak dapat lari dari menghadapi ujian dalam kehidupan.Kerana ujian itu pakaian hidup manusia.Suka atau tidak, iya tetap datang. Setiap dari kita menghadapi ujian yang berbeza-beza.Kita rasa, selalunya ujian dalam hidup ini banyak yang mengganggu gugat jiwa dan perasaan kita.Ujian yang datang ada kalanya boleh kita duga. Tetapi kebanyakannya tidak dapat kita duga.Bila datang ujian sebegini, seringkali hilang rasa ketenangan dan kebahagiaan kita.Lebih-lebih lagi jika ujian itu datang bertimpa-timpa.Aduhai.. Ibarat kata pepatah melayu’Sudah jatuh ditimpa tangga.’Adakalanya ujian yang datang itu berat bagi kita. Adakalanya ringan pula untuk kita.Adakala datangnya sekali sekala. Tapi ada juga yang datang berkali-kali.Kesimpulannya kita sebagai manusia tidak akan lepas dari ujian. Ertinya hati dan jiwa kita akan sentiasa dibolak balikkan, diganggu gugat.Jiwa tidak tenang dek kerana ujian.Bila datang ujian yang berat, susah sekali hendak mengubatnya.Tidak dapat diubat dengan harta atau kekayaan, tidak juga dengan nama dan pangkat, tidak juga dengan kuasa mahu pun ilmu.Kebanyakan dari kita, akan merasa gelisah dan sengsara. Menjadi kecewa dan putus asa dengan ujian yang menimpa.Allahu.. Betapa lemahnya iman kita.Sebenarnya, semua perasaan itu adalah fitrah semulajadi jiwa manusia. Rasa susah dan gelisah dengan ujian.Namun ada orang yang tenang saja bila menghadapi ujian. Ujian ringan atau berat, sama saja bagi mereka.Sedih tetap terasa namun tidak sampai menggugat. Tidak sampai hilang pertimbangan, tidak meroyan dengan ujian yang Allah timpakan pada mereka.Malah, ada golongan yang rasa terhibur dengan ujian dari Allah. Mereka rasa, Allah memberi perhatian.Bagaimana mereka ini boleh tenang dengan ujian?Boleh redha dengan ujian?Boleh pula rasa terhibur dengan ujian?Ini adalah kerana mereka meletak Allah di hadapan. Mereka kembali kepada segala ketentuan Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Mereka menjadikan Allah sebagai sandaran. Allah menjadi tempat rujukan mereka dalam apa jua keadaan.Bila sudah kenal dan perlu pada Allah. Maka yakinlah bahawa Allah lah pengubat segala penyakit jiwa yang menimpa manusia.Berbahagialah pada manusia yang menjadikan ujian sebagai hiburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *