BERDOA TANPA HENTI- Jangan ditanya bilakah doa kita akan dikabulkan.

“Aku ada buat wakaf pam air kat Kemboja untuk arwah abah. Taktau le kenapa, aku suka dengan wakaf ni. Rasa macam mengalir je pahala buat arwah abah, macam air. Macam sejuk je kubur arwah.” Bisik saya pada sepupu saya Ati Nor Hayati Abd Kadir semasa arwah pakcik sedang dikafankan.”Esok-esok ada rezeki kau buatlah untuk arwah abah kau pulak.” Saya buat usul pada sepupu tadi.”Iyalah, aku pun nak buat jugak. Nanti kalau susah aku nak uruskan, kau tolong aku iya Ta.””Boleh-boleh takde masalah.”Arwah abah dah hampir 15tahun meninggalkan dunia fana ini. Selama itu juga saya menanggung rasa kekesalan.Rasa kesal kerana tidak berada disisi arwah saat dia menghembuskan nafas terakhir.Bukan kerana saya jauh ketika itu. Saya sudah sampai pun di kampung. Sudah pergi pun melawat abah di hospital sesampai di kampung. Tapi hanya sebentar. Malah sempat berjumpa dengan doktor yang merawat. Sudah tahu kondisi abah yang semakin lemah sistem badannya.Selepas habis waktu melawat, saya terus balik ke rumah pusaka. Adik beradik pun ada yang sudah sampai.”Nanti kita pergi lepas asar iya bang.” Saya memberitahu suami.Tapi sampai ke petang saya ikutkan rasa malas nak pergi melawat abah di hospital.Kebetulan pula saya baru 3 hari keguguran. Ini seolah-olah menguatkan lagi alasan untuk tidak pergi. Berbisik lagi dalam hati, esok sajalah pergi.Namun perancangan Allah lain. Abah pergi mengadap Ilahi pada sebelah malamnya. Emak seorang diri mengadap pemergian abah.Allahu.. berita kematian abah diberitahu oleh jururawat yang menelefon ke rumah. Kebetulan saya yang menjawab panggilan itu dalam keadaan terpisat-pisat kerana baru bangun dari tidur.Saya terduduk. Berita yang diterima ibarat batu yang dilemparkan ke muka saya. Sakit!!Nak menangis pun tak berlagu.Rasa bersalah dan kekesalan yang saya tanggung bertambah berat lagi, bila mak mertua saya meninggal dunia.Dia, saya jaga ketika sakitnya berbulan-bulan. Tanda-tanda kematian telah saya nampak jelas beberapa hari sebelum kematiannya.Saya cukup yakin, sayalah orang yang akan menunggu disisinya disaat ajal menjemput. Namun sekali lagi perancangan Allah bukan ikut kehendak saya.Emak mertua menghembuskan nafas akhirnya ketika saya tiada disisinya.Berlinang air mata saya bersama menanggung kekesalan dalam diri.Sekali lagi hendak menangis pun tak berlagu.Pagi semalam, saya terima berita pakcik sedang nazak. Saya terima berita dengan hati yang bulat. Saya berdoa bersungguh-sungguh pada Allah. Saya merintih, merayu pada Allah, izinkanlah saya dapat bertemu dengan pakcik sebelum ajalnya.Saya cuba selesaikan beberapa perkara sebelum pulang ke kampung seberapa cepat. Dalam hati tak putus-putus mengharap Allah tunaikan permintaan saya.Saya terus rintih dan merintih. “Ya Allah Kau Perkenankanlah doaku ini. Aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Janganlah Kau beratkan lagi rasa kekesalanku ini. Tak tertanggung rasanya.”Sungguh.. Maha Baiknya Allah. Sayalah orang yang dapat mengadap pakcik ketika sakaratul maut datang. Sayalah orang yang mungkin berada disisi malaikat maut yang hanya dipisahkan oleh dunia lain, yang diibaratkan seperti sehelai tirai yang menghalang.Sama-sama dapat mengajar pakcik mengucap syahadah. Saya dengar helahan nafas pakcik yang akhir.إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSungguh.. Kekesalan yang saya tanggung selama 15 tahun bagai dibawa pergi. Kini tiada lagi kekesalan.Betul bagai dijanjikan. ALLAH mendengar setiap apa yang didoakan oleh hambaNya. Jangan ditanya bilakah doa kita akan termakbul. Itu bukan hak kita.Tugas kita hanya berdoa dan berharap tanpa putus asa. Berdoalah tanpa henti.Allah tahu bilakah masa yang sesuai untuk Dia tunaikan.Mungkin di dunia dan mungkin juga di akhirat.Al fatihah buat arwah pakcik Abdul Kadir bin Long.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *