5 SYARAT IBADAH

Pagi- pagi lagi dah tersentap. Allah menegur melalui sahabat-sahabat baik saya.
Kisahnya, kami ada group wassap mengaji. Masing-masing akan ambil juzuk-juzuk untuk dibaca. Selesai 30juz, kami khatam dan ulang semula membaca Al Quran.

Untuk lebih memeriahkan lagi taman- taman syurga kami, kami adakan juga bacaan zikir istighfar dan selawat sebanyak 100kali setiap hari. Bertambah menjadi 300kali pada hari Jumaat jika mampu. Tiada paksaan.

Selesai membaca, kami akan tick simbol sebagai tunjuk ada kami sudah selesai berzikir.

Malangnya, saya seorang yang culas dalam bab- bab meng’tick’. Harapkan ada sahabat- sahabat yang sudi membantu saya.

Sehinggalah pagi tadi, saya dapat tick sendiri. Memang sangat-sangat gembira. Sebabnya selama ni, saya tidak jumpa simbol✅.

Saya luahkan juga rasa penatnya dengan tugas-tugas harian.

Di situ saya disedarkan, dikejutkan oleh salah seorang sahabat yang perihatin dengan masalah saya.

“Sebab itu Islam suruh kita jadikan seluruh urusan dunia sebagai ibadah. Ibadah umum. Barulah untung dua-dua. Dunia dapat, akhirat pun dapat.”

Allahu.. Betul- betul saya tersentap. Saya lalai dan terlupa. Urusan dunia jika kita melepasi 5 syarat, boleh menjadi ibadah buat kita.

Bila menjadi ibadah, maka adanya pahala di situ. Termasuklah ianya menjadi urusan akhirat.

5 SYARAT IBADAH
================
1. Niat kena betul. Buat hanya kerana Allah taala.

2. Perkara yang hendak dilakukan mesti mengikut syariat. Maka urusan yang ‘lagho’ tidak termasuk.

3. Perlaksanaan hendaklah betul mengikut syariat. Cara-cara nak laksanakan jangan ada yang melibatkan unsur- unsur maksiat.

4. Natijahnya hendaklah betul. Bermakna hasil dari perbuatan kita itu betul menurut landasan Islam.

5. Tidak meninggalkan ibadah asas. Bermakna tidak boleh tinggalkan solat tanpa sebab dan semua rukun Islam.

Kalau begitulah mudahnya urusan dunia hendak di akhiratkan. Maka urusan kita di dalam tandas pun boleh menjadi ibadah.

Subhanallah.. Indahnya hidup bersama Tuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *