UJIAN – ia menjadi pakaian kehidupan

UJIAN dalam kehidupan.Kita semua tidak dapat lari dari menghadapi ujian dalam kehidupan.Kerana ujian itu pakaian hidup manusia.Suka atau tidak, iya tetap datang. Setiap dari kita menghadapi ujian yang berbeza-beza.Kita rasa, selalunya ujian dalam hidup ini banyak yang mengganggu gugat jiwa dan perasaan kita.Ujian yang datang ada kalanya boleh kita duga. Tetapi kebanyakannya tidak dapat kita duga.Bila datang ujian sebegini, seringkali hilang rasa ketenangan dan kebahagiaan kita.Lebih-lebih lagi jika ujian itu datang bertimpa-timpa.Aduhai.. Ibarat kata pepatah melayu’Sudah jatuh ditimpa tangga.’Adakalanya ujian yang datang itu berat bagi kita. Adakalanya ringan pula untuk kita.Adakala datangnya sekali sekala. Tapi ada juga yang datang berkali-kali.Kesimpulannya kita sebagai manusia tidak akan lepas dari ujian. Ertinya hati dan jiwa kita akan sentiasa dibolak balikkan, diganggu gugat.Jiwa tidak tenang dek kerana ujian.Bila datang ujian yang berat, susah sekali hendak mengubatnya.Tidak dapat diubat dengan harta atau kekayaan, tidak juga dengan nama dan pangkat, tidak juga dengan kuasa mahu pun ilmu.Kebanyakan dari kita, akan merasa gelisah dan sengsara. Menjadi kecewa dan putus asa dengan ujian yang menimpa.Allahu.. Betapa lemahnya iman kita.Sebenarnya, semua perasaan itu adalah fitrah semulajadi jiwa manusia. Rasa susah dan gelisah dengan ujian.Namun ada orang yang tenang saja bila menghadapi ujian. Ujian ringan atau berat, sama saja bagi mereka.Sedih tetap terasa namun tidak sampai menggugat. Tidak sampai hilang pertimbangan, tidak meroyan dengan ujian yang Allah timpakan pada mereka.Malah, ada golongan yang rasa terhibur dengan ujian dari Allah. Mereka rasa, Allah memberi perhatian.Bagaimana mereka ini boleh tenang dengan ujian?Boleh redha dengan ujian?Boleh pula rasa terhibur dengan ujian?Ini adalah kerana mereka meletak Allah di hadapan. Mereka kembali kepada segala ketentuan Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Mereka menjadikan Allah sebagai sandaran. Allah menjadi tempat rujukan mereka dalam apa jua keadaan.Bila sudah kenal dan perlu pada Allah. Maka yakinlah bahawa Allah lah pengubat segala penyakit jiwa yang menimpa manusia.Berbahagialah pada manusia yang menjadikan ujian sebagai hiburan.

ALLAH MEMUJUK.

Allah memujuk

==============Bila lihat gunung ganang, apa kita rasa?

Bila lihat laut yang terbentang luas, apa kita rasa?

Bila melihat bunga yang cantik warnanya, berbau harum, apa kita rasa?Apa yang kita rasa hanya rasa gembira, suka atau seronok.

Bila melihat kejadian tsumani, gempa bumi, banjir atau kematian, apa kita rasa?

Bila melihat kebakaran, kemalangan, apa kita rasa?

Apa yang kita rasa hanya rasa sedih, kasihan atau berduka.

Jarang sekali kita hendak merasa segala peristiwa yang terjadi,segala nikmat yang Allah beri itu adalah didikan dari Allah.

Allah memperlihatkan kebesarannya, mengumpan kita dengan ketakutan atau kegembiraan supaya kita dapat merasa, kita ini adalah hamba yang tidak ada kuasa, tidak ada kekuatan, hanya manusia yang lemah.

Namun ternyata kita ini manusia yang degil. Jarang sekali hendak mengambil pengajaran atau perhatian dari didikan Allah.

Seumpama kita ini orang cacat.

Kita ada mata tapi seperti buta.

Kita ada telinga tapi seperti pekak.

Kita ada mulut tapi seperti bisu.

Kita ada hati tapi seperti tiada perasaan.

Apa yang kita ambil perhatian, hanya pada nafsu. Kita belai, kita pupuk, kita manjakan sehingga nafsu itu bermaharaja lela.Nafsu yang dibesarkan, mula menguasai diri. Mula menjadikan kita tawanannya. Kita duduk dan tinggal di dalam sangkar nafsu.

Allah memujuk…

Marilah dekat dan segera datang padaKu.Tapi manusia buat tak endah. Buat tidak mendengar.

Allah memujuk…

SyurgaKu amat indah. Tidak akan pernah kau melihat keindahannya di dunia. Keasyikan syurga, kenikmatan syurga,kau tidak akan dapat di dunia. Semuanya nikmat dan keindahan yang tidak terduga.

Tapi.. manusia tidak perduli. Lebih malang bila ada manusia menjadikan gambaran syurga itu sebagai bahan lawak dan sinis.

Allah memujuk…

NerakaKu amat dahsyat! Penghuninya orang yang jahat. Diseksa dengan seksaan yang amat dahsyat. Kau tidak akan mampu tinggal di dalamnya.

Tapi.. manusia buat selamba. Tidak merasa apa-apa pun dengan amaran Allah itu.

Allah memujuk..

Kau lihatlah.. langit, bumi, gunung, haiwan, sungai, lautan. Itu semua ciptaanKu.Tapi manusia tidak ambil peduli siapa Penciptanya.

Namun tanpa segan silu, mengambil khazanahNya untuk kepentingan dan keuntungan untuk diri sendiri. Seolah-olah dunia ini miliknya.

Terlalu banyak tanda-tanda dan hujah-hujah yang menunjukkan kebesaran Allah.

Semua itu bertujuan untuk menyedarkan manusia pada Penciptanya.

Allah tidak berhenti memujuk.

Pujukan dan kasihsayang Allah untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak.

BIAR PENAT KITA BERBALOI

Adik saya kata dia kesian tengok saya, penat sibuk memanjang.”Mana kau tau?”“Yani tengok status akak kat fb pun dah tau akak penat.””Ala..Sama je macam akak tengok kau. Kesian penat memanjang. Nak uruskan anak kau yg 6 orang tu, semuanya kecik-kecik lagi. Iqy yang sulong tu pun belum berakal sangat. Kau nak pegi mengajar kat sekolah lagi. Akak tengok pun rasa penat.”Sama je kita 😆😆.Penat tapi jangan sampai kita tidak bahagia.Penat tapi jangan sampai kita tidak gembira.Rugi..kerana penat kita itulah yang akan Allah kira sebagai medan mengaut pahala.Penat itulah yang akan menjadi ibadah kita pada Allah.Kalau ikutkan banyak perkara yang kita lakukan membuatkan kita penat.Lepas makan, kenyang, penat.Balik dari melancong, suka-suka, penat.Balik dari shopping, penat.Itulah dunia. Sentiasa membuatkan kita penat. Jadi bila semuanya berakhir dengan penat, maka pastikanlah penat kita itu semua menghasilkan pahala.Dunia memang tempat kita berpenat- penat kerana akhirat juga tempat yang kita idam untuk bersenang- senang.Kerana syurga itu manis.Syurga itu tempat yang abadi.

BERDOA TANPA HENTI- Jangan ditanya bilakah doa kita akan dikabulkan.

“Aku ada buat wakaf pam air kat Kemboja untuk arwah abah. Taktau le kenapa, aku suka dengan wakaf ni. Rasa macam mengalir je pahala buat arwah abah, macam air. Macam sejuk je kubur arwah.” Bisik saya pada sepupu saya Ati Nor Hayati Abd Kadir semasa arwah pakcik sedang dikafankan.”Esok-esok ada rezeki kau buatlah untuk arwah abah kau pulak.” Saya buat usul pada sepupu tadi.”Iyalah, aku pun nak buat jugak. Nanti kalau susah aku nak uruskan, kau tolong aku iya Ta.””Boleh-boleh takde masalah.”Arwah abah dah hampir 15tahun meninggalkan dunia fana ini. Selama itu juga saya menanggung rasa kekesalan.Rasa kesal kerana tidak berada disisi arwah saat dia menghembuskan nafas terakhir.Bukan kerana saya jauh ketika itu. Saya sudah sampai pun di kampung. Sudah pergi pun melawat abah di hospital sesampai di kampung. Tapi hanya sebentar. Malah sempat berjumpa dengan doktor yang merawat. Sudah tahu kondisi abah yang semakin lemah sistem badannya.Selepas habis waktu melawat, saya terus balik ke rumah pusaka. Adik beradik pun ada yang sudah sampai.”Nanti kita pergi lepas asar iya bang.” Saya memberitahu suami.Tapi sampai ke petang saya ikutkan rasa malas nak pergi melawat abah di hospital.Kebetulan pula saya baru 3 hari keguguran. Ini seolah-olah menguatkan lagi alasan untuk tidak pergi. Berbisik lagi dalam hati, esok sajalah pergi.Namun perancangan Allah lain. Abah pergi mengadap Ilahi pada sebelah malamnya. Emak seorang diri mengadap pemergian abah.Allahu.. berita kematian abah diberitahu oleh jururawat yang menelefon ke rumah. Kebetulan saya yang menjawab panggilan itu dalam keadaan terpisat-pisat kerana baru bangun dari tidur.Saya terduduk. Berita yang diterima ibarat batu yang dilemparkan ke muka saya. Sakit!!Nak menangis pun tak berlagu.Rasa bersalah dan kekesalan yang saya tanggung bertambah berat lagi, bila mak mertua saya meninggal dunia.Dia, saya jaga ketika sakitnya berbulan-bulan. Tanda-tanda kematian telah saya nampak jelas beberapa hari sebelum kematiannya.Saya cukup yakin, sayalah orang yang akan menunggu disisinya disaat ajal menjemput. Namun sekali lagi perancangan Allah bukan ikut kehendak saya.Emak mertua menghembuskan nafas akhirnya ketika saya tiada disisinya.Berlinang air mata saya bersama menanggung kekesalan dalam diri.Sekali lagi hendak menangis pun tak berlagu.Pagi semalam, saya terima berita pakcik sedang nazak. Saya terima berita dengan hati yang bulat. Saya berdoa bersungguh-sungguh pada Allah. Saya merintih, merayu pada Allah, izinkanlah saya dapat bertemu dengan pakcik sebelum ajalnya.Saya cuba selesaikan beberapa perkara sebelum pulang ke kampung seberapa cepat. Dalam hati tak putus-putus mengharap Allah tunaikan permintaan saya.Saya terus rintih dan merintih. “Ya Allah Kau Perkenankanlah doaku ini. Aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Janganlah Kau beratkan lagi rasa kekesalanku ini. Tak tertanggung rasanya.”Sungguh.. Maha Baiknya Allah. Sayalah orang yang dapat mengadap pakcik ketika sakaratul maut datang. Sayalah orang yang mungkin berada disisi malaikat maut yang hanya dipisahkan oleh dunia lain, yang diibaratkan seperti sehelai tirai yang menghalang.Sama-sama dapat mengajar pakcik mengucap syahadah. Saya dengar helahan nafas pakcik yang akhir.إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSungguh.. Kekesalan yang saya tanggung selama 15 tahun bagai dibawa pergi. Kini tiada lagi kekesalan.Betul bagai dijanjikan. ALLAH mendengar setiap apa yang didoakan oleh hambaNya. Jangan ditanya bilakah doa kita akan termakbul. Itu bukan hak kita.Tugas kita hanya berdoa dan berharap tanpa putus asa. Berdoalah tanpa henti.Allah tahu bilakah masa yang sesuai untuk Dia tunaikan.Mungkin di dunia dan mungkin juga di akhirat.Al fatihah buat arwah pakcik Abdul Kadir bin Long.

5 SYARAT IBADAH

Pagi- pagi lagi dah tersentap. Allah menegur melalui sahabat-sahabat baik saya.
Kisahnya, kami ada group wassap mengaji. Masing-masing akan ambil juzuk-juzuk untuk dibaca. Selesai 30juz, kami khatam dan ulang semula membaca Al Quran.

Untuk lebih memeriahkan lagi taman- taman syurga kami, kami adakan juga bacaan zikir istighfar dan selawat sebanyak 100kali setiap hari. Bertambah menjadi 300kali pada hari Jumaat jika mampu. Tiada paksaan.

Selesai membaca, kami akan tick simbol sebagai tunjuk ada kami sudah selesai berzikir.

Malangnya, saya seorang yang culas dalam bab- bab meng’tick’. Harapkan ada sahabat- sahabat yang sudi membantu saya.

Sehinggalah pagi tadi, saya dapat tick sendiri. Memang sangat-sangat gembira. Sebabnya selama ni, saya tidak jumpa simbol✅.

Saya luahkan juga rasa penatnya dengan tugas-tugas harian.

Di situ saya disedarkan, dikejutkan oleh salah seorang sahabat yang perihatin dengan masalah saya.

“Sebab itu Islam suruh kita jadikan seluruh urusan dunia sebagai ibadah. Ibadah umum. Barulah untung dua-dua. Dunia dapat, akhirat pun dapat.”

Allahu.. Betul- betul saya tersentap. Saya lalai dan terlupa. Urusan dunia jika kita melepasi 5 syarat, boleh menjadi ibadah buat kita.

Bila menjadi ibadah, maka adanya pahala di situ. Termasuklah ianya menjadi urusan akhirat.

5 SYARAT IBADAH
================
1. Niat kena betul. Buat hanya kerana Allah taala.

2. Perkara yang hendak dilakukan mesti mengikut syariat. Maka urusan yang ‘lagho’ tidak termasuk.

3. Perlaksanaan hendaklah betul mengikut syariat. Cara-cara nak laksanakan jangan ada yang melibatkan unsur- unsur maksiat.

4. Natijahnya hendaklah betul. Bermakna hasil dari perbuatan kita itu betul menurut landasan Islam.

5. Tidak meninggalkan ibadah asas. Bermakna tidak boleh tinggalkan solat tanpa sebab dan semua rukun Islam.

Kalau begitulah mudahnya urusan dunia hendak di akhiratkan. Maka urusan kita di dalam tandas pun boleh menjadi ibadah.

Subhanallah.. Indahnya hidup bersama Tuhan.