HARI GRADUASI ADILAH 2

CERITA 2

Tarikh 21/10/18

Cerita semalam.. Tahniah Adilah dapat naik pentas sempena konvokesyen.
Diumumkan sebagai penerima anugerah dekan dengan gelaran “Anugerah khas ketua pegawai eksekutif”. Bohonglah kalau umi takde rasa bangga dengan pencapaian Adilah. Namun jauh di sudut hati umi sentiasa berasa cemas dengan dirimu.

Sentiasa cemas dengan bagaimana hubungan mu dengan Allah.
Bagaimana pergaulanmu bersama rakan-rakan.
Bagaimana solatmu,bagaimana kamu menjaga akhlak. Cemas..memang cemas.

Tapi apakan daya umi mahu mengawasimu 24jam.

Hanya pada Allah umi berdoa agar kamu sentiasa dipelihara dari segala bala bencana. Selamat di dunia dan di akhirat..

Menjadi muslimah yang sentiasa berakhlak baik. Menjaga solat dan segala ibadah. Rugi kalau kita hanya berjaya di dunia tetapi kita gagal dalam mengejar akhirat. Negara yang kekal abadi.

Semoga kita akan sama-sama dapat berpimpin tangan menuju syurga Firdaus Allah. Aminn

HARI GRADUASI ADILAH

CERITA 1:

Teringat kisah dulu..Ketika adik Suriani Hasan konvo kat UPSI. Bergenang air mata bila dia melintas lalu masuk ke dalam dewan.

Abah sudah meninggal dunia ketika tu. Jadi Kak Ita lah yang meneman emak.

“Ita, ko belikanlah Yani tu bunga, yang murah-murah pun jadilah.” Emak bisik-bisik pada Kak Ita.

Allahu.. Rasa sedihnya hati.

“Iyalah mak,Ita beli.”

Kak Ita beli bukan yang murah. Kak Ita belikan yang tercantik dan yang mahal. Semuanya untuk gembirakan emak. Sebenarnya bukan berduit sangat masa tu.Iyalah bisnes pun baru nak merangkak-rangkak. Tapi demi menggembirakan emak. Kak Ita sanggup nak buat apa saja nak bagi dia gembira.

Memang sepanjang masa bergenang air mata dia. Pasti bercampur baur antara gembira dan kesedihan.

Hari ini anak Kak Ita pulak yang konvo.

Tapi…tapi perasaannya berlainan sekali. Mana tidaknya, semua kelam kabut. Dari pagi tadi dua2 budak yang tak kecik sangat, Muaz dan Sara dah mula buat perangai. Dua-dua meragam bila kata kena duduk luar dewan. Tak boleh masuk. Duduk dengan Abang Besar Aiman.

Monyok semacam dua2 orang. Suruh kemas barang nak keluar homestay, diaorang buat tak tau je. Suruh mandi, masih duk baring-baring lagi. Umminya dah tinggi suara.

Kita nak cepat, semua jadi lambat.

Apa-apa solat dulu tadi di Masjid Besi Putrajaya. Selesai dalam 1:30. Terus masuk kereta. Dah lambat ni. Dua-dua masih tak bertukar mood. Masih nak buat perangai.

“Abang takyah masuklah. Ita masuk dengan Aiman. Abang jaga budak-budak ni.” kata En Somi.

” Mana boleh! Apa kata Dila nanti. Mesti dia sedih, ayah tak tengok dia naik pentas.” Tinggi dah suara. Allahu, dah buat dosa je dengan suami. Tapi membebel-bebel lagi ni.

Adui..rasa telinga dah panas ni, Naik dah darah ni.

Dah lambat, mestilah parking susah nak cari. Tapi alhamdulillah dapat jugak parking kat basement.

Masuk PICC tak pandanglah budak dua orang tu. Bagi duit kat Aiman suruh belikan bunga untuk kakaknya. Carilah apa yang patut. Umi dan ayah dah lambat nak masuk dewan.

Okfine. Selesai bab budak-budak.

Bagi pas pada yang bertugas.
“Encik, sepatutnya tak boleh pakai sandal. Tak boleh masuk ni.”

Ah sudah. Satu hal bila dah kelam kabut. En Somi lupa nak tukar sandal pada kasut.
“Kereta parking jauhlah cik.” En somi cakap baik-baik dengan yang bertugas.

“Saya bagi lepas ni. Tapi cover-cover sikit iya. Takut penjaga kat atas tak bagi masuk.

Alhamdulillah lepas masuk dan dapat tempat
duduk. Harap tiada lagi kujatan-kujatan..

Panjang pulak luahan rasa..huhu
Buat cerpen dalam dewan sementara menunggu nam kakak Adilah di panggil. Tapi taklah kot nak rasa-rasa sentimental.. Penat dah😅😅

PUDING ROTI SEDAP

Hari ini Kak Ita nak share resepi puding roti yang sangat mudah.

Kalau emak Kak Ita teringin nak makan, inilah satu-satunya pencuci mulut yang ringkas dan senang di buat. Sedap pun sedap.

Tapi Kak Ita dah modified sikit resepi ini sebab Kak Ita suka apa_apa dessert yang kurang manis. Kurang manis tapi sedap.

Resepi Puding Roti Mudah
======================
10 keping roti
3 cawan susu segar (susu cair pun boleh)
3 biji telur gred A@B
3 sudu besar gula (Kak Ita guna gula organik)
3 sudu besar margerin (cairkan)
1 sudu teh vanilla esen
kismis suka hati( Kalau ada cranberry @ kurma pun boleh masukkan)
Chocolate cip ( Kak Ita tak letak sbb tak suka☺)

Bahan sos
=========
1tin susu cair
1/2 tin air (guna tin susu tadi)
3 sudu besar gula
1 @ 2 sudu besar tepung kastard bergantung pada kepekatan sos yang kita suka.
1 sudu teh vanilla
Sedikit garam

CARA- CARA NAK BUAT.

Carik-carikkan dan atur roti ke dalam bekas yang telah disapukan margerin di sekeliling bekas.

Taburkan kismis di antara roti tadi. Ketepikan.

Di dalam bekas yang lain, campurkan susu,gula, telur, margerin cair dan esen vanilla. Kemudian kacau bahan tadi hingga sebati dan gula terlarut.

Setelah siap, tuangkan bahan cecair tadi ke dalam bekas yang mengandungi roti. Biar sebentar untuk memastikan roti tadi dapat menyerap campuran cecair tadi dengan sempurna.Kemudian bakar di dalam oven pada suhu 200c selamat 30-45minit.

SOS KASTARD

Campurkan semua bahan-bahan sos dalam periuk dan kacau di atas api yang perlahan. Sentiasa mengacau sos tadi hingga ia menjadi sedikit likat dan berkilat. Siap.

Bolehlah dihidangkan ketika sejuk .Selamat mencuba..