SEPASANG SELIPAR CACAT

NILAI SEPASANG SELIPAR
======================
Sudah seminggu selipar ni rosak. Kisah dari konvo Kakak Adilah tak habis lagi. Hujung selipar ni patah semasa kami bergegas memasuki bangunan PICC kerana sudah terlambat.

Semasa Muaz tunjukkan bahagian yang patah tu, umi hanya pandang sepi, suruh dia pakai je sehingga habis program konvo kakak.

Sehingga balik ke rumah, umi dah lupa pasal selipar tu. Muaz pun tak bersebut.

Sehinggalah beberapa hari lepas, semasa menyapu sampah di luar rumah. Umi terpandang pada selipar yang dah tak cukup sifat tu. Ambil dan campak ke dalam bakul sampah. Elok je terletak dalam bakul sampah tu sendirian. Tanpa ada sampah kering yang lain.

“Umiiiii !!!!! .. Kenapa buang selipar Muaz.”

Segera Muaz mengambil selipar cacat itu. Kebetulan ketika itu Muaz baru balik dari sekolah. Ternampak pulak dia pada selipar cacat tu dalam bakul sampah.

“Kan dah rosak. Buat apa simpan, bukan boleh pakai pun. Banyak lagi selipar lain yang umi beli. Selipar buruk tu jugak yang dipakai ke hulu ke hilir.” Umi dah mula membebel macam keretapi laju.

“Tak boleh buang! Ini Abang Hafiz bagi.”
Muaz ambil dan peluk selipar cacat tu.”
Tinggi suaranya dan dah berlinang air mata.

Muaz ni perangainya banyak ikut uminya. Nampak keras, garang. Tapi hati tisu. Sikit-sikit menangis. Mudah sungguh air mata tu nak keluar.

Umi terdiam. Iya… selipar tu sepupu Muaz yang bagi. Sepupu yang bernama Mohamad Hafiz. Tua setahun dari Muaz. Berumur 12 tahun. Tinggal di Johor Bahru. Hensem boy. Seorang yang pendiam. Anak bongsu.

*Allahu..nilai kasih sayang anak-anak. Mudah tersemai ketika masih kecil. Masih bersih dan suci. Apa saja yang berkaitan kasih dan sayang mudah di terima dalam diri.
Kasih sayang kalangan anak-anak bersifat jujur. Tiada kepentingan diri. Jika terus dipupuk dan dibaja. Insyaallah tidak akan hilang hingga dewasa.*

Umi mengalah. “Iyalah..umi tak buang. Simpan tepi dulu.” Umi ambil dan simpan selipar cacat tu letak di tepi dinding. Hari dah nak Maghrib. Syaitan dah banyak ketika ni.

Masuk rumah tutup pintu. Habis adegan hari tu.

Hari ini dalam group wassap keluarga. Umi membuat rayuan. Sebab 30/10 ni harijadi Muaz, umi minta Abang Hafiz bagi hadiah selipar buat Muaz. Supaya umi boleh buang selipar yang dah tak cukup sifat tu.😅😅😅😅 Papa Hafiz dah jawab. Yesss!! Muaz akan dapat selipar baru hadiah dari Abang Hafiz.
😍😍😍😍😍..

Tiada lagi air mata kesedihan Muaz.😁😁😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *